Masalah Yang Timbul Bila Terlalu Banyak Membaca..

membaca banyak buku membebankan

Kurangkan membaca dan anda anda akan lebih bijak..

Anda mungkin terfikir bahawa saya mengarut, tetapi saya ada sebab untuk berkata sedemikian.

Di zaman ini, kita semua mempunyai satu masalah yang sama..

… iaitu tidak ingat apa yang telah dibaca!

Sampah Masuk. Sampah Keluar..

gangguan smartphone terhadap membacaDengan 600 ribu-1 juta unit buku telah diterbitkan, 1 billion laman web yang wujud dan 16 juta facebook pages yang aktif seluruh dunia (tidak termasuk media sosial lain) — kita hidup di dalam dunia yang sangat padat dengan informasi.

Poket kita membawa perpustakaan yang sangat luas, yang langsung tak pernah terbayang sebelum ini.

Memang gila memikirkan bagaimana kita semua dapat bertahan dalam arus lautan informasi ini..

Kita berterusan memproses maklumat.

Kita menyelit ke newsfeed facebook dan twitter setiap masa.

Kita mengeluarkan smartphone semasa berhenti di lampu merah traffic light, kerana kita takut terlepas sesuatu yang penting.

Informasi menyerang kita dari segenap sudut setiap masa.

membaca informasi berlebihan

Menurut Wikipedia:

Kajian pada tahun 1997 mendapati 50% pekerja dalam 1000 syarikat terganggu dengan email lebih dari 6 kali dalam sejam.

Ketukan maklumat berterusan ini meningkat dengan mendadak 19 tahun kemudian.

Pada tahun 1997 masih belum wujud smartphone. Gmail, media sosial dan sistem pesanan ringkas (SMS) juga belum dicipta.

Pada hari ini, secara purata pekerja pejabat akan terganggu setiap 3 minit.

Walaupun tanpa membaca buku, kita secara berterusan dibebani dengan maklumat setiap hari.

Dan secara sedar atau tidak, pendedahan maklumat secara berterusan ini akan memberi  kesan sampingan  terhadap bagaimana cara kita berfikir dan bertindak.

‘Kemahuan’ dan ‘proses membuat keputusan’ adalah sumber minda yang terhad.

Kedua-dua perkara ini akan memaksa fungsi eksekutif minda, iaitu ‘fungsi membuat pilihan‘ untuk bekerja.

Apabila fungsi eksekutif ini sudah mengalami keletihan, kita akan menjadi semakin  kurang cekap  untuk membuat keputusan.

Pada satu tahap, kita akan sudah tidak mampu untuk membuat apa-apa keputusan langsung.

Inilah yang dimaksudkan oleh seseorang bila mereka mengeluh “saya penat sampai tak boleh fikir nak makan apa”.

Maklumat berlebihan secara berterusan akan mengarah kepada perasaan cepat penat.

Tindakan mudah seperti membuka notifikasi dan sentiasa update dengan perkembangan newsfeed akan menjadikan kita kurang berminat untuk bersenam, dan merasa lemas apabila perlu membuat keputusan.

Walaupun saya sangat menggalakkan semua orang untuk membaca, tetapi saya tidak fikir mengambil sesuatu maklumat secara pantas akan menyelesaikan masalah.

Ia langsung tidak akan mengalih kabus didalam kepala kita.

Malah, meningkatkan kadar pengambilan maklumat, tidak bermakna kita akan menjadi lebih bijak.

Ia hanya membuatkan kita lebih cepat kepenatan.

 

Apakah Perbezaan diantara Mengingat & Faham?

mengingat-vs-memahamiKemampuan kita untuk menyimpan maklumat berlaku dalam dua bentuk:

  • Pertama adalah dalam bentuk ‘mengingat/hafalan.’


Menghafal adalah cara asas untuk ingat sesuatu benda.

Ia sangat bergantung kepada konteks, mengambil masa yang lebih lama untuk disimpan dan mudah untuk lupa.

Kita semua lakukan ini semasa di zaman persekolahan.

Kita menghafal semua elemen kimia dalam periodic table, persamaan kuadratik dan segala fakta sejarah.

Semuanya kita lakukan semata-mata untuk lulus peperiksaan.

Tetapi saya rasa anda semua sudah lupa semua perkara ini, kan?

 

  • Cara kedua kita menyimpan maklumat adalah dengan ‘memahami’.


Kita akan memahami apa yang berlaku apabila kita dapat menghadam sesuatu maklumat itu sebagai kebenaran.

Ia akan menjadi sebahagian daripada diri kita, dan kita mampu untuk menjelaskan kembali kepada orang lain.

Inilah tujuan utama diwujudkan aktiviti projek sains dan study group di sekolah: untuk merangsang pengetahuan berbanding mengingat secara hafalan.

Perbezaan ketara antara ‘mengingat’ dan ‘faham’ boleh dilihat dalam contoh membesarkan anak.

Kita boleh beritahu anak kecil supaya jangan menyentuh periuk panas.

Dan mereka boleh mengingat perkara itu dengan baik.

Tetapi dalam kebanyakkan kes, hal ini masih tidak mampu menghalang mereka daripada menyentuh benda panas.

Walaupun mereka ingat pesanan anda bahawa periuk adalah panas, namun ia gagal menghalang mereka menyentuh seterika panas.

Mereka ingat tapi tidak faham.

Mereka tidak akan tahu sehinggalah mereka merasa sendiri terkena kepanasan tersebut.

 

Eksperimen Saya Lakukan dengan Diri Sendiri..

Terpengaruh dengan banyak artikel mengenai usahawan berjaya dunia seperti Elon Musk, Tim Ferris dan Warren Buffet yang menghabiskan masa 80% masa seharian dengan buku, saya mengambil keputusan untuk mencubanya.

membaca

Secara purata, kebanyakan CEO syarikat yang berjaya menghabiskan 4-5 buku sebulan, dimana menjadikan mereka menghabiskan 60 buah buku setahun.

Oleh itu saya menetapkan satu matlamat yang agak gila iaitu 60 buku setahun (sama seperti mereka).

Eksperimen ini saya jalankan pada tahun lepas, iaitu tahun 2015.

Semasa menjalankan eksperimen ini, saya sedar bahawa membaca dengan kelajuan biasa tidak akan mampu membuatkan objektif saya tercapai.

Saya tidak cukup masa dan harus menggandakan kelajuan membaca saya.

Secara jujur, sepanjang tempoh itu saya rasa seperti hanya belajar sedikit.

  • Lebih banyak saya baca, semakin sedikit yang saya dapat.
  • Semakin pantas saya membaca, semakin rendah tahap pemahaman saya.

Selepas beberapa bab, saya semakin sukar untuk grab sebarang maklumat yang saya baca atau dengar.

Saya tidak mampu membuat sebarang hubungkait selepas menghabiskan sesuatu bab.

Saya tak boleh menerangkan kepada orang lain apa yang saya baca.

Perkara ini juga terjadi apabila saya multi-tasking.

Otak saya tidak mampu menerima apa yang dibaca sambil mendengar benda lain (contohnya radio).

Saya berasa cepat penat bila keadaan ini berterusan..

Saya berasa perkara-perkara yang saya baca dan dengar itu langsung tidak pernah wujud dalam kepala saya.

Apa yang pasti, tahun 2015 adalah tahun yang buruk, dan saya perlu membaca kembali buku-buku tersebut. Tiada cara lain.

Ini adalah bukan belajar.

Tetapi mengejar matlamat menghabis buku semata-mata..

Lebih baik tidak membaca langsung daripada membaca banyak buku.

Secara dasarnya saya bersetuju kita harus banyak membaca.

Tetapi bukan secara tergesa-gesa.

Bukan jumlah bilangan buku yang perlu kita kejar, tetapi kualiti pembacaan kita itu.

 

Masalah Yang Yimbul Bila Membaca Secara Pantas..

membaca secara pantasApabila kita ‘mengingati’ sesuatu, kita memanggilnya data, informasi atau fakta.

Apa kita ‘memahami’ sesuatu, kita memanggilnya pengetahuan (ilmu).

Pengetahuan atau ilmu ini akan membentuk diri kita sebagai manusia.

Kita menyimpan sesuatu artikel ke dalam arkib sebagai rujukan pada masa hadapan, manakala tujuan buku adalah sebaliknya.


Tujuan buku adalah untuk memberi inspirasi dan membantu perkembangan diri kita.


Sesebuah buku bertujuan untuk menjadi tambahan kepada pancaindera kita, mengembangkan kematangan dalam diri kita.

Supaya kita dapat melihat dengan lebih jauh ke hadapan.

Dan disinilah masalah akan terjadi bila kita membaca dengan pantas:

Kita akan mula melihat sesebuah buku sebagai ‘makanan’.

Ini menyebabkan kita mencabar diri kita supaya ‘mengunyah’ ia dengan lebih pantas agar kita dapat ‘mengunyah makanan’ seterusnya dengan lebih cepat.

Kita akan mula melihat ia sebagai data; sebagai sesuatu yang perlu diingat.

Apabila kita mula berhenti mencarinya sebagai ilmu, maka semua yang kita cari tersebut akan bertahan buat sementara sahaja.

 

Baca Dengan Perlahan Untuk Pemikiran Yang lebih Mendalam..

membaca perlahan dan mendalamDisebalik kelemahan ‘menghafal’, ada kaedah lain yang lebih berbaloi untuk membaca, iaitu membaca dengan teliti dan mendalam.

Konsep ini dikenali sebagai slow reading.

Konsep membaca perlahan ini sudah kedengaran sejak berdekat yang lalu, tetapi secara rasmi ia diasaskan oleh seorang novelis iaitu I. Alexander Olchowski pada tahun 2009.

Idea utamanya adalah seperti yang diungkapkan oleh John Miedema:

If you want the deep experience of a book, if you want to internalize it, to mix an author’s ideas with your own and make it a more personal experience, you have to read it slowly.”

Seperti ungkapan diatas, sebabnya adalah jelas.

Belajar (sama ada menghafal atau memahami) memerlukan  fokus. 

Tanpa memberi perhatian sepenuhnya, kita akan menghadapi masalah untuk mengekalkan apa-apa dalam fikiran kita.

Contohnya seperti mendengar podcast sambil berhempas pulas membalas emel.

Bila kita membaca laju, maka kita akan fokus untuk menghabiskan buku tersebut dengan sepantas yang boleh.

Mata kita jarang untuk melihat kembali ke belakang untuk melihat balik ayat yang telah kita baca.

Otak kita melulu cepat ke hadapan, meninggalkan lubang yang besar untuk kefahaman.

Ini menyukarkan minda kita untuk bekerja menyambungkan dan membuat hubungkait apa maklumat yang telah dikumpulkan.

Akibatnya, ia bukan sahaja melumpuhkan pemahaman terhadap petikan yang sedang dibaca..

… malah bakal merosakkan pemahaman perenggan yang seterusnya, bergantung kepada apa yang sedang dibaca.

Misteri tidak akan boleh diselesaikan jika detektif terlepas semua petunjuk.

Novel juga tidak akan dapat difahami dengan hanya membaca halaman belakang sahaja.

Inilah yang saya rasakan bila membaca secara pantas, saya rasa macam tidak pernah membaca apa-apa.

membaca banyak buku
Sesuatu idea harus disambungkan atau bertembung dengan idea lain agar idea baru terbentuk

Tujuan utama kita baca dengan perlahan bukan sahaja untuk memastikan agar kita faham setiap perkataan dihadapan kita..

.. tetapi agar ia dapat meresap masuk ke dalam minda kita.

Walaupun perkara yang pertama sekali akan muncul adalah gangguan dan pemikiran yang tidak sepatutnya, tetapi dengan latihan semua perkara ini akan menjadi selari.

Kita akan dapat melihat persamaan dan perbezaan dalam setiap perkara yang anda baca.

Sambungan-sambungan ini adalah asas kepada pembelajaran itu sendiri.

Kita selalu terkeliru antara belajar proses mengumpul maklumat, tetapi belajar sebenarnya adalah proses penghadaman.

Dengan belajar kita mengubah sesuatu dari ingat kepada faham.

Dan ini akan membentuk pemikiran yang mendalam.

Penyerapan satu idea tidak cukup untuk mencetuskan pemikiran.

Sesuatu idea harus bertembung dengan idea yang lain.

Dalam falsafah, ini disebut sebagai Formula dialektik Hegel.

Sesuatu idea (atau tesis) mesti bertembung dengan idea lain (antitesis) dengan tujuan untuk mewujudkan pemikiran baru (sintesis).

Jadi dengan membaca secara tenang, ia bukan sahaja meningkatkan fokus, mengurangkan penat, dan merangsang pembelajaran..

.. malah ia juga membuka ruang untuk membina pemikiran kita sendiri.

 

Sekarang Apa yang Boleh Kita Lakukan?

Bagaimana untuk belajar lebih dengan kurangkan bahan bacaan?

Langkah pertama, ringkas tapi penting: kita mesti mengabaikan tabiat-tabiat buruk zaman informasi ini.

Adakah ini bermaksud anda harus membuang jauh-jauh iphone anda?

Atau delete semua akaun media sosial? Tidak membaca secara online? (seperti artikel ini)

Tidak.

Mestilah tidak sama sekali.

membaca informasi yang banyak

Apa yang kita perlukan adalah kemahuan untuk membentuk semula tabiat kita sebagai amalan hidup terbaru.

Apakah yang dimaksudkan?

— Saya maksudkan adalah meletakkan had terhadap diri sendiri.

  • Mematikan segala notifikasi dan fokus menyerap apa yang ada di depan anda.
  • Memberikan masa kepada diri anda untuk membuat refleksi dan menyimpul idea baru, berbanding memeriksa iphone anda setiap kali ada notifikasi baru.
  • Tidak menggesa diri anda untuk menghabiskan buku dengan cepat; tidak mencabar diri anda supaya membaca lebih banyak buku berbanding rakan anda.
  • Meletakkan buku nota rapat disebelah anda semasa membaca dan mencatat segala pandangan anda.
  • Membaca sesuatu ayat berulang-ulang, memikirkannya dengan lebih dalam untuk kefahaman.
  • Supaya diri kita melihat proses membaca sebagai cara untuk berkembang, bukannya sebagai banyak mana buku yang kita telah kumpul.

Tidak kisah dari peranti mana anda gunakan untuk membaca, atau apa jenis kandungan yang anda pilih untuk baca…

… tapi bila anda melakukannya,  dedikasikan masa yang berkualiti untuknya. 

Jangan bimbang apa yang anda akan terlepas, dan benarkan diri anda hilang dalam pemikiran.

Jangan risau tentang kuantiti buku yang anda baca, tetapi sebaliknya fokuskan masa anda untuk meningkatkan kualiti ilmu yang ingin anda belajar.

Anda mungkin tidak bersetuju dengan artikel ini…

Saya sangat berminat untuk mengetahui apa yang ada fikir mengenai perkara ini pada ruangan komen dibawah.

Terima kasih saya ucapkan.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

30 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Cyrus
Cyrus
3 tahun yang lalu

Saya setuku dengan artikel ini.Terima kasih tuan

Cyrus
Cyrus
3 tahun yang lalu

Saya setuju dengan artikel ini. Terima kasih tuan.

missaisya
missaisya
4 tahun yang lalu

Really helpful for me. Thank you dear writer. I would share this and credit to the owner :)

hafiza abdul hamid
hafiza abdul hamid
4 tahun yang lalu

Selama sy menjadi guru sejarah tingkatan 6 hampir 22 tahun ini, sy rasa inilah masalah terbesar yg sy hadapi.. pelajar tidak memahami apa yg dibaca krn pengetahuan sejarah yg sgt terhad. sedangkan guru terikat utk menghabiskan sukatan pelajaran.. sentiasa tersepit antara menyediakan pelajar dgn cara berfikir sejarah yg sgt analitik, atau membaca cepat utk memahamkan isi pelajaran secara keseluruhannya shj.. selalunya kena pilih salah satu bergantung kpd jenis pelajar di hadapan sy.. artikel ini sekurang kurangnya menjawab dilema sy utk bagaimana perlu sy bertindak mengikut kesesuaian.. terima kasih tuan.

Adem
Adem
5 tahun yang lalu

Sy stuju dgn artikel ini…sbb sy susah nk faham akan sesuatu perkara..jd mngambil msa yg lama utk hadam,hafal,faham,memahami dn mengingati..sprti tuan tuan cadangkn,bkn brpa byk buku prlu kita hbis baca(laju),tp sberapa byk yg kita pelajari & igt dlm sesebuah buku..trima ksih.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading