Fakta: Selalu Update Status Sweet di Facebook Adalah Sejenis Sakit Mental

status sweet di facebook

Pernah rasa menyampah dengan sesetengah orang di Facebook?

Kita semua pasti pernah melihat ada sesetengah pasangan yang gemar membanjiri media sosial seperti Facebook dengan gambar percutian romantis mereka, keluar dinner, berjalan-jalan, di rumah..

… malah gambar ketika tidak melakukan apa-apa juga pun di update.

Saya rasa anda sudah faham apa yang saya maksudkan disini.

Update status sebegitu memang tidak menjadi isu.

Tetapi, apabila ia sudah mula menjadi satu obsesif, setiap masa mahu memaparkan “moment sweet” bersama pasangan di Facebook, ia memang akan menjadi sesuatu yang sangat menjengkelkan.

Baca Sepenuhnya

Soalan Yang Harus Ditanya Sebelum Memberi Nasihat Kepada Seseorang

Sebelum memberi nasihat kepada seseorang

Pernahkah ada seseorang mencari anda untuk meminta nasihat dan pandangan?

Apabila ada seseorang meminta nasihat kita, sukar untuk mengetahui sama ada mereka benar-benar inginkan bantuan, atau mereka hanya inginkan seseorang untuk meluahkan masalah mereka.

Oleh itu, sebelum kita memberikan sesuatu pandangan, tanyakan dahulu kepada mereka soalan ini terlebih dahulu.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Memilih Snap Swivel Terbaik Untuk Gewang?

snap swivel untuk gewang

Dalam dunia casting, snap swivel merupakan satu alat yang penting.

Snap swivel atau juga dikenali sebagai “cili” di negara kita, akan memudahkan kerja kita memasang dan menukar gewang.

Penggunaan snap juga akan membuatkan gewang beraksi lebih baik berbanding diikat terus pada tali. Selain itu, ia mengelakkan tali dari terbelit pada gewang.

Terdapat banyak jenis dan bentuk snap swivel di pasaran.

Kita perlu memilih snap mengikut keperluan dan kesesuaian gewang dalam memburu sesuatu spesis atau keadaan tertentu.

Baca Sepenuhnya