Bagaimana Kita Memanfaatkan Hidup Kita? Adakah Ia Bermakna?

kehidupan bermaknaPernahkah anda terfikir apakah tujuan kita hidup di dunia ini?

Adakah kewujudan kita membawa sebarang makna?

Kita semua tahu bahawa semua orang akan menghadapi kematian. Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Kematian membuatkan saya tertanya-tanya apakah makna hidup (meaning of life) jika akhirnya kita semua akan meninggal dunia?

Jadi apakah tujuannya menjadi produktif dan mengumpul harta, menempuhi segala yang kita lalui di bumi ini jika semua itu akan berakhir?

Saya menemui jawapan di dalam Al-Quran apabila Allah berfirman:

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

Surah Al-Mulk ayat 1-2

Hidup dan mati diciptakan sebagai ujian buat kita untuk kita melihat berapa banyak yang telah kita manfaatkan daripada hidup kita dan apa yang kita lakukan ketika kita diuji.

Lebih penting lagi, saya menyedari bahawa jika bukan kerana mati, maka tiada maknanya kehidupan.

Dan kerana kita akan mati, kita perlu memastikan bahawa hidup kita meninggalkan kesan yang bermanfaat.

Jika kita sekadar melakukan apa yang perlu dilakukan untuk hidup: makan, tidur, berkahwin, mendapat anak, bekerja, pencen, dan kemudiannya mati..

… maka ia adalah benar, hidup tidak bermakna apa-apa.

Tetapi jika kita berusaha untuk menjadikan hidup kita penuh makna dan memenuhi tujuan kita, maka itu semua akan sangat bermakna.

Ini membawa saya kepada mesej utama dalam hidup ini:

— Bagaimana saya boleh tetap mendapat untung selepas saya meninggal dunia?

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Apabila anak Adam mati, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang memberikan manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya”

Maka, jika kita terus mahu mendapat amalan baik dan memaksimumkan ganjaran di akhirat selepas kita meninggal dunia, maka kita perlu melabur dalam tiga perkara ini:
  • Laburkan kepada anak-anak kita: 

Ajar mereka perkara yang baik, kesopanan, bagaimana menjalani kehidupan bermakna dan produktif.

Ajar mereka tentang produktiviti spiritual, fizikal dan sosial.

Sedarkan mereka adalah pelaburan terbesar kita dan kita akan melakukan apa sahaja untuk membantu mereka berjaya di dunia ini dan di akhirat.


  • Laburkan dalam kebajikan yang berterusan:

Pilih satu projek yang akan berterusan selepas kita meninggal dunia seperti membina masjid, sekolah, atau rumah anak yatim.

Jika projek itu terlalu besar untuk kita, cuba bergabung tenaga dengan rakan dan keluarga serta kumpulkan dana untuk satu kebajikan yang akan berterusan selepas kita meninggal dunia.

Bina portfolio kepada kebajikan tersebut supaya ia akan terus memberikan kita ganjaran di alam barzakh.


  • Laburkan pada diri kita:

Pelajari ilmu bermanfaat supaya kita boleh ajarkan dan kongsi dengan orang lain.

Mulakan satu blog yang boleh kekal lebih lama daripada kita.

Tulis buku. Rekod video yang bermanfaat dan kongsikan.

Tinggalkan legasi supaya bila kita meninggal dunia nanti, perkataan kita akan tinggal dan kekal.

Melalui cara ini, kita akan mendapat ganjaran ketika kita berada dalam kubur nanti.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Qhaleed
Qhaleed
2 tahun yang lalu

Best

Nina
Nina
2 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian ini. Ia amat bermakna kepada pembaca.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading