Memilih Tali Pancing Terbaik: Braid VS Mono VS Fluorocarbon

tali pancing terbaikApakah tali pancing terbaik?

Ini sebenarnya satu persoalan yang agak popular dikalangan pemancing.

Sesetengah orang mungkin berpendapat tali sulam (braid) adalah pilihan muktamad.

Ada juga pemancing lebih gemar melontar fluorocarbon, dan malah ada yang tidak mempedulikan tali jenis lain selain daripada tali tangsi (mono)

Jadi bagaimana pilihan anda?

Baca Sepenuhnya

Gewang Killer: Kaedah Menggayakan Gewang Jerkbait

gewang jerkbait
Master gewang jerkbait, Mr. Teru

Tahu apakah faktor yang paling mencetuskan nafsu ikan pemangsa untuk menyerang?

— apabila terdapat ikan kecil yang sedang cedera atau hampir mati, dimana ia adalah sasaran mudah.

Ia adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh banyak pemangsa!

Berdasarkan tabiat inilah munculnya asas penciptaan gewang jerkbait.

Gewang jerkbait dicipta untuk meniru mimik ikan yang sedang cedera, seolah-olah ia tidak dapat berenang dengan sempurna, kelemasan dan menunggu masa untuk mati.

Sebab itulah ia cukup killer untuk kebanyakkan spesis ikan pemangsa.

Baca Sepenuhnya

5 Kaedah Menggayakan Gewang Permukaan Secara Efektif

teknik gewang permukaan
Letupan ganas pada gewang permukaan memang satu saat yang sangat mengujakan!

Dalam dunia mengilat, tiada yang lebih mengujakan daripada gewang permukaan.

Letupan sambaran ganas secara tiba-tiba mampu membuatkan jantung kita berhenti berdegup seketika.

— Boleh lembik lutut dibuatnya!

Artikel ini akan memaparkan 5 teknik berkesan untuk menggayakan gewang gewang permukaan serta perkara-perkara lain yang perlu diketahui.

Baca Sepenuhnya

Pandangan Pertama Knob Drave M5 Terbaru 2018 (R-Edition)

drave on daiwa z2020 black limited customAntara syarikat tempatan yang sentiasa membuat saya teruja adalah Drave Fishing.

Semenjak menggunakan offset handle Drave dari tahun 2016, saya sentiasa berpuas hati dengan produk ini.

Ia memangnya produk yang solid dan tidak pernah gagal mencapai expectation saya.

Tahun ini, Drave mengeluarkan swept handle T5 versi kedua dan knob M5 R-edition terbaharu.

Apa yang menarik saya kali ini adalah knob Drave M5 versi kedua tersebut.

Ini kerana saya bercadang untuk menggantikan knob livre fortissimo yang dipasang pada reel Z2020 saya, dimana saya rasa tidak selesa dengan gengaman jari saya.

Saya rasa knob M5 adalah calon terbaik dimana saya telah berasa selesa menggunakannya sejak 2 tahun yang lepas.

Tanpa membuang masa, saya terus menghubungi pihak Drave untuk memesan knob Drave M5 terbaru.

Oleh itu, ikuti ulasan ringkas saya mengenai knob terbaru ini.

Baca Sepenuhnya