Berapa Lama Sepatutnya Tempoh Tidur Kita Setiap Malam?

Tempoh tidur yang diperlukan
Adakah benar tempoh tidur yang optimum bagi setiap manusia adalah sekitar 8 jam?

Secara purata, setiap orang akan tidur selama 24 tahun dalam seumur hidup.

Itu adalah suatu tempoh yang panjang.

Dan sejak dari bangku sekolah kita diberitahu bahawa kita seharusnya tidur selama 8 jam sehari.

Persolannya, adakah ia benar?

Menurut kajian yang dijalankan oleh UCSD menunjukkan perkara yang berbeza.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 mencadangkan rahsia umur yang panjang adalah hanya tidur yang cukup, iaitu sekitar 6.5 jam sahaja1

Jadi, Berapa Lama Tempoh Tidur Yang Benar-Benar Kita Perlukan?

Untuk menjawab persoalan ini, maka sangat penting untuk kita memahami bagaimana kita tidur setiap malam.

Kita perlu ingat bahawa kita bukannya mesin yang boleh dimatikan dengan segera, tetapi kita manusia yang mempunyai nadi dan kehidupan

Menurut saintis, setiap malam apabila kita tidur otak dan tubuh kita akan melalui kitaran tidur.

Kitaran tidur ini dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah:

Peringkat 1

Kita sedang tidur.

Peringkat ini bermula dimana kita meletakkan kepala di atas bantal dan menutup mata.

Selalunya ini mengambil 15-20 minit.

Kita akan masih berjaga dan sedikit bunyi pun akan membangunkan kita.

Peringkat 2

Kita sedang mula hilang kesedaran tetapi masih tidak tidur sepenuhnya.

Kita mungkin tidak akan terbangun pada bunyi yang ringan atau pergerakan dalam bilik tetapi sekiranya seseorang menyentuh kita, kita mungkin akan bangun

Peringkat 3 dan 4

Kita telah masuk ke peringkat tidur mati.

Kita tidak sedar pada peringkat ini, atau secara praktikalnya ‘mati’ seperti yang orang katakan, dan tubuh serta otak kita sedang melakukan kerja membaikpulih pada waktu ini.

Peringkat 5

Ia dikenali sebagai peringkat REM (Rapid Eye Movement) dan inilah peringkat dimana kebanyakkan mimpi berlaku.

Pada akhir peringkat kelima, kita akan mula keluar daripada ketidaksedaran kepada kesedaran an sedia untuk memulakan kitaran tidur daripada peringkat 1 semula.

Perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah jika kita terbangun ketika sedang tidur, kita akan terasa teramat penat dan malas.

Bahkan kita mungkin merasakan yang kita belum pun tidur.

Namun jika kita terbangun di peringkat penghujung tidur, kita mungkin akan terasa seronok, segar, cergas dan kita rasakan kita telah tidur selama berjam-jam lamanya!

Oleh itu bagaimana kita boleh mengira kitaran tidur kita?

Terdapat cara yang mudah untuk mengira tidur kita dengan menggunakan pen, kertas dan jam loceng.

Bagini caranya:

Para saintis menganggarkan bahawa kebanyakkan orang mempunyai kitaran tidur selama 90 minit.

Ini bermakna kita melalui seluruh kitaran tidur daripada peringkat 1 sehingga peringkat 5 dalam tempoh yang pendek itu.

Katakan kita mahu tidur pada jam 10 malam dan bangun pada 5 pagi.

Berapa banyak kitaran – 90 minit – yang boleh kita penuhi dalam tempoh masa tersebut?

Ini adalah jumlah kitaran tidur yang kita boleh peroleh:

10 malam — 11.30 malam = 1 × kitaran tidur

11.30 malam — 1.00 malam = 2 × kitaran tidur

1.00 pagi — 2.30 pagi = 3 × kitaran tidur

2.30 pagi — 4.00 pagi = 4 × kitaran tidur

Selepas kitaran ke 4, sila BERHENTI!

Jika kita teruskan lagi, kita akan bangun jam 5.00 pagi dan bukannya 4.00 pagi.

Teka apa yang akan terjadi?

Kita akan bangun tidur di pertengahan kitaran tidur dan akan berasa sangat letih dan mengantuk.

Jika kita teruskan tidur sehingga 5.30 pagi (satu lagi kitaran tidur yang penuh), kita akan terlepas bangun solat subuh pada waktunya (atau mungkin terlepas terus solat subuh itu sendiri)

Anda mungkin terfikir bahawa masih ada satu jam penuh sebelum jam 5.00 pagi dan rugilah jika dibazirkan.

Maka sebab itu, gunakan waktu ini untuk aktiviti seperti solat tahajjud, bermuhasabah, membaca atau membuat perancangan hari atau minggu kita.

Namun, jika kita benar-benar mengantuk dan perlu tidur juga tanpa perlu mengambil risiko terbangun di tengah-tengah kitaran tidur, saya cadangkan kita bangun sepenuhnya pada jam 4.00 pagi (hanya bangun dan duduk di atas katil, kemudian pergi ke tandas).

Kemudian anggarkan masa 20 – 40 minit untuk kita tidur tapi tidak lebih daripada itu.

Tidur dalam tempoh ini dapat memastikan diri kita untuk berada dekat dengan peringkat kesedaran dalam kitaran tidur dan bangun ketika dekat dengan pukul 5.00 pagi tidak akan menjadi sukar.

Untuk membantu anda, mungkin persoalan-persoalan ini memberi sedikit pencerahan:

1. Perlukah saya menambah masa tambahan pada permulaan kitaran tidur bagi mengganti masa yang diambil untuk saya tidur?

Sesetengah saintis mencadangkan agar kita menambah 15 minit pada permulaan kiraan kitaran tidur kita bagi memberikan ruang kepada masa yang kita ambil untuk tidur.

Jika kita tertidur dengan cepat, maka kita tidak perlu menambah masa tambahan ini dan kita boleh ambil kira minit-minit pertama itu sebagai sebahagian daripada peringkat pertama kitaran tidur kita iaitu “peringkat tertidur”.

Tetapi jika kita mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam, meletakkan masa tambahan dalam kiraan tadi adalah idea yang bagus.

Masa yang tepat untuk masa tambahan ini bergantung kepada berapa lama masa yang selalunya kita ambil untuk tertidur.


2. Berapa kitaran tidur yang saya perlukan?

Ini bahagian yang sukar.

Majoriti pakar kesihatan akan menasihatkan kita tidur sekurang-kurangnya lima hingga enam kitaran tidur setiap malam untuk tidur yang sihat (sekurang-kurangnya 7-8 jam).

Tambahan pula, kita patut melatih diri untuk tidur pada jumlah masa yang sama setiap malam dan bangun lebih kurang pada masa yang sama setiap pagi.

Kadangkala kita mungkin perlu mengorbankan tidur kita untuk tanggungjawab dunia (keluarga, kerja, travel) dan tanggungjawab akhirat (tahajjud, sahur, solat subuh) tetapi cubalah kembalikan masa tidur itu sama ada melalui tidur sekejap-sekejap atau tidur di hujung minggu.

Ini mengingatkan saya kepada kata-kata Umar bin al-Khattab, yang berkata kepada Muawiyah bin Abi Sufyan:

Jika aku tidur pada waktu siang sudah tentu aku akan mengabaikan umat, dan jika aku tidur pada waktu malam, aku sudah tentu akan mengabaikan diri sendiri. Bagaimana boleh aku tidur bila aku ada dua kebimbangan ini wahai Muawiyah?


3. Bagaimana jika saya bangun pada akhir kitaran tidur dan masih terasa penat?

Terdapat dua sebab  untuk ini:

  • Kitaran tidur anda bukannya 90 minit

Boleh jadi kitaran tidur anda adalah 100 atau 120 minit.

Cara mudah untuk mengetahui adalah dengan membuat experimen.

Jika kita bangun pada akhir kitaran tidur dan berasa segar, kita tahu yang kita telah menjalani kitaran penuh yang sempurna.

  • Kita belum melalui kitaran tidur yang secukupnya

Adakalanya tubuh kita masih perlukan kitaran tidur lebih banyak daripada yang kita berikan.

Contohnya, kita mungkin perlukan tiga hingga empat kitaran tidur berbanding hanya satu atau dua kitaran.

Kita perlu ‘memahami bahasa’ tubuh kita.

Jika tubuh kita berasa letih, jadi kita mungkin perlukan kitaran tidur yang lebih.


4. Adakah terdapat aplikasi untuk membantu kita mengurus waktu tidur dengan lebih cekap?

Terdapat beberapa aplikasi yang membantu kita mengurus masa tidur dengan lebih baik.

Antaranya:

Ini adalah laman web yang membolehkan kita mengira secara tepat bila kita patut bangun dengan mengambil kira kitaran tidur kita dan pukul berapa kita rancang untuk tertidur.

Ini adalah aplikasi yang boleh kita muat turun ke telefon pintar kita dan letakkan di bawah bantal sebelum tidur.

Berdasarkan pergerakan kita tidur pada waktu malam, ia akan memberitahu kita purata kitaran tidur pada waktu malam.

Fakta terakhir: Wanita Perlukan Lebih Waktu Tidur Berbanding Lelaki

Di sini terdapat satu fakta yang agak menarik.

— Kaum wanita memerlukan waktu tidur yang lebih sedikit berbanding orang lelaki.

Secara purata, wanita memerlukan lebih 20 minit. Tetapi sesetengah wanita mungkin memerlukan lebih lagi atau kurang berbanding ini.

Mengapa perkara ini terjadi?

Ini kerana struktur otak wanita adalah berbeza dengan lelaki dan lebih kompleks, jadi keperluan tidur mereka adalah lebih besar.2

Tidur dan bagaimana kita menguruskannya setiap hari adalah satu topik yang menarik.

Kita mungkin tidur beberapa jam, tetapi jika beberapa jam ini berkualiti tinggi, maka kita akan mendapat manfaat daripada tidur dengan begitu baik sekali.

Anda ada tips yang mungkin berguna untuk dikongsikan bersama?

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

9 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Zyra
Zyra
1 tahun yang lalu

Kalau kita tidur pukul 3 petang..berapakah jam yang kita akan bangun jika tidur pukul 3?

Nur Alya Arissa
Nur Alya Arissa
2 tahun yang lalu

Ada ka tidur pukul yang sesuai ialah pukul sembilan?

Budak melaka
Budak melaka
3 tahun yang lalu

Saya nak tanya, kalo sudah terbangun dari tidur pertama dan lepas tu nak sambung tidur yg kedua, adakah kene mula dari 0 jam atau sambung dari tidur yg pertama tadi??

arif
arif
3 tahun yang lalu

alhamdulillah tq info..sy sdg latih diri bgun jm 4 pg..info sgt bguna..truskn bkongsi

niza
niza
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian… Sy sedang mengalami gangguan tudur lebih 1 bulan.. Sy tidak dapat tidur cukup 7 jam… Sy sukar mendapat kan tidur cukup kerana selalu terjaga awal dan badan penat dan kepala pening akibat kurang tidur… Skrg sy sdg usaha untuk mendapatkan tidur yg cukup n berkualiti.. Moga Allah permudahkan.. Aamiin

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading