Kaedah Menulis Sub-Tajuk Yang Menarik & Berguna

menulis sub-tajuk artikel

Artikel yang menarik perhatian di internet selalunya disebab oleh dua perkara:

  1. Tajuk artikel yang menarik dan mengusik jiwa
  2. Ayat pembukaan yang meyakinkan

Namun malangnya, selepas itu tulisan anda hanya akan di-scroll sahaja laju-laju ke bawah.

Mereka hanya scan jika ada apa-apa lagi info yang menarik perhatian mereka.

Mereka langsung TIDAK BACA apa yang anda tulis.

Fakta yang anda harus tahu:

Hanya kira-kira 10% sahaja pembaca yang akan membaca keseluruhan perkataan yang anda tulis.

Itulah tingkah laku normal pembaca di alam maya.

Disinilah dimana sub-tajuk memainkan peranan.

Ia berfungsi untuk menarik perhatian pembaca untuk terus mengekalkan fokus mereka.

Sub-tajuk yang menarik tidak akan membuatkan orang membaca setiap patah perkataan, tetapi ia akan menghentikan orang dari meninggalkan artikel anda lebih awal.

Sub-tajuk akan membenarkan pembaca mencari maklumat yang penting kepada mereka.

Dengan memberitahu pembaca lebih lanjut mengenai apa yang terdapat dalam artikel akan membuatkan mereka singgah lebih lama.

Dalam dunia yang kekurangan masa ini, sub-tajuk akan memberitahu pembaca bahawa mereka telah tiba di tempat yang betul.

Apakah Itu Sub-Tajuk dan Mengapa Ia Sangat Penting?

Sub-tajuk adalah tajuk kecil dan memainkan peranan besar dalam menangkap dan mengekalkan fokus pembaca web.

Ia juga memastikan fokus pembaca berpindahdapat dipindahkan dari satu sub-tajuk ke sub-tajuk seterusnya.

Font sub-tajuk biasanya lebih kecil daripada saiz font tajuk utama, tetapi ia lebih besar berbanding saiz font untuk teks artikel anda.

Tujuan utama sub-tajuk adalah:

  1. Ia menonjol kerana saiznya dan mencuri perhatian
  2. Pembaca akan berhenti untuk membaca ia dan meneruskan imbasan sehingga sub-tajuk seterusnya dimana mereka akan membacanya.
  3. Bila pembaca scan dari sub-tajuk ke sub-tajuk, ia berfungsi memandu fokus pembaca menuruni halaman artikel.
  4. Sub-tajuk yang kelihatan menarik akan membuatkan pembaca untuk fokus pada bahagian tersebut, dan begitulah seterusnya.

Memahami Tingkah Laku Pembaca Jenis Scanner

Apa yang dilakukan scanner adalah menilai sama ada mereka mahu melaburkan masa mereka untuk membaca artikel anda.

Sifat mereka adalah seperti haiwan pemangsa.

Mereka memburu maklumat – sama seperti harimau lapar yang sedang memburu makanannya.

Mereka cuma hanya mahu apa yang mereka perlukan dengan SEGERA.

Mereka hanya sekadar mengimbas blog anda untuk meneka sama ada mereka berada di tempat yang betul atau tidak.

Disinilah sub-tajuk akan bertindak seperti kail.

Fokus mereka (pembaca) akan tersangkut dan mula membaca bahagian tersebut.

Sub-tajuk juga harus berfungsi untuk meringkaskan artikel anda.

Dengan cara itu scanner dapat membaca dan merasakan aliran cerita oleh sub-tajuk anda.

Dengan kata lain, sub-tajuk harus memberi pembaca panduan yang cepat dan mudah untuk melihat apa yang ada dalam tulisan anda.

Ini menjadikan tulisan anda cukup jelas & mudah difahami

Bagaimana Menulis Sub-Tajuk Yang Menarik Perhatian?

Prinsip utama dalam menulis sub-tajuk yang baik adalah:

  • Berguna – ia memaparkan janji dan manfaat kepada pembaca.
  • Unik – Ia mengandungi fakta atau ulasan yang berguna kepada pembaca.
  • Ultra-spesifik – Ini membuatkan sub-tajuk menonjol dan menarik perhatian.
  • Mendesak – Desakan membuatkan pembaca mengambil tindakan.

Mungkin anda merasakan elemen di atas terlalu banyak untuk dimasukkan ke dalam sub-tajuk, terutamanya jika kita perlu menghasilkan sub-tajuk yang pendek.

Oleh itu, cuba masukkan elemen yang paling penting dahulu iaitu Berguna dan Unik.

Sama seperti menulis tajuk utama, kita mahu sub-tajuk kita menunjukkan manfaat, menarik dan mengusik perhatian pembaca.

Ia juga harus deskriptif (menerangkan) mengenai apa yang kita menulis.

Untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan, sila teliti setiap perenggan dan bertanyakan pada diri anda:
  • Perenggan ini mengenai apa?
  • Apakah perkara paling penting dalam bahagian ini?
  • Apa yang saya mahu pembaca dapat daripada bahagian ini?

Dengan menjawab persoalan di atas akan membantu anda menulis sub-tajuk yang memberikan pratonton pada bahagian tersebut.

Sekarang pembaca tahu apa yang diharapkan dan akan berminat untuk meneruskan pembacaan.

Bagaimana Merangka Struktur Sub-Tajuk dalam Artikel Anda?

Gunakan Struktur Selari


Struktur selari adalah corak perkataan atau frasa yang bersifat serupa.

Ia akan membuat pembaca anda memahami dengan lebih mudah apa yang anda ingin sampaikan.

Sub-tajuk dengan struktur tatabahasa yang konsisten adalah lebih mudah diingati dan lebih menarik perhatian.

Cuba lihat contoh di bawah: 

Tajuk utama artikel:
Nota & Tips Memilih Joran Casting Terbaik

Sub-tajuk 1:
Memahami bagaimana joran berfungsi

Sub-tajuk 2:
Mengenalpasti faktor asas utama dalam memilih joran?

Sub-tajuk 3:
Mengenali komponen asas sesuatu joran yang baik

Sub-tajuk 4:
Menentukan Keseimbangan dan keselesaan

Sub-tajuk 5:
Ketahui 5 langkah asas membeli joran mengikut keperluan anda

Dalam contoh di atas, anda dapat melihat sub-tajuk adalah konsisten menggunakan perkataan yang berakhir dengan “i”.

Misalnya memahami, mengenali, mengenalpasti dan sebagainya.

Kaitkan Sub-Tajuk dengan Tajuk Utama Artikel


Apabila anda buntu menulis sub-tajuk, cuba kaitkan kembali dengan tajuk utama artikel anda supaya anda tetap berada di landasan yang betul.

Sebagai contoh, jika anda menulis artikel yang bertajuk Cara Mudah untuk Simpan Wang, sub-tajuk anda hendaklah mengikut turutan sehingga mencapai matlamatnya (iaitu menyimpan wang)

Mari lihat contoh di bawah:

Contoh Sub-tajuk 1:
Menyingkirkan kad kredit

Contoh Sub-tajuk 2:
Mengapa menyimpan wang itu penting

Contoh Sub-tajuk 3:
Membuka akaun simpanan

Contoh Sub-tajuk 4:
Simpan semua rekod perbelanjaan

Tajuk artikel ini memberi bayangan kepada pembaca bahawa mereka boleh menjangkakan tips penjimatan wang.

Daripada sub-tajuk di atas, sub-tajuk yang kedua, “Mengapa menyimpan wang itu penting” —kelihatan tidak sesuai dengan idea artikel ini, jadi ia tidak sepatutnya ada.

Mungkin, kika anda ingin menambah sedikit latar belakang pada artikel, anda boleh meletakkan ini dalam perenggan pengenalan.

Penutup: Setiap Sub-Tajuk Adalah Batu Loncatan Ke Hadapan

Tips terakhir mengenai sub-tajuk adalah kita mesti anggapnya sebagai batu loncatan.

Setiap satunya mewakili perenggan atau bahagian yang dibina pada artikel itu.

Dan sub-tajuk akan menggerakkan pembaca dari satu langkah ke arah yang lebih dekat dengan tujuan utama iaitu memahami topik utama.

Sub-tajuk berfungsi untuk meringkaskan artikel anda dengan memecahkannya kepada bahagian-bahagian yang mudah dibaca.

Kandungan di bawah setiap sub-tajuk adalah berbeza-beza, namun ada aliran semula jadi dari satu sub-tajuk ke sub-tajuk seterusnya.

Ini membolehkan pembaca jenis scanner mempunyai panduan yang cepat dan mudah untuk melihat apa yang ada dalam artikel anda.

Dan jika dia minat, dia akan berhenti, melihat kembali dan membaca dengan lebih lanjut.

Semoga artikel ini membantu anda menulis blog dengan lebih baik!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading