Bagaimana seorang saintis menghadapi kegagalan?
Dan apa yang kita boleh belajar daripada cara mereka?
Sumber artikel ini pada asalnya adalah dari James Clear, diterjemah dan tambahkan point dari sisi pandangan Islam oleh saya.
Menghadapi Kegagalan Seperti Seorang Saintis
Apabila seseorang saintis itu menjalankan satu eksperimen, terdapat pelbagai jenis kemungkinan terhadap keputusan yang akan diperolehi.
Sesetengah keputusan positif dan sesetengahnya mungkin negatif, tetapi semua itu adalah data (maklumat)
Setiap keputusan adalah maklumat yang boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian.
Dan beginilah bagaimana saintis menerima kegagalan: setiap keputusan yang diperoleh tetap dianggap data / maklumat.
Ini sangat berbeza dengan bagaimana masyarakat kita bercakap mengenai kegagalan..
Terdapat stigma dalam masyarakat kita – kegagalan selalu dianggap sebagai petunjuk nilai diri seseorang.
Gagal dalam ujian bermakna dia tidak cukup bijak.
Gagal dalam seni bermakna dia tidak kreatif.
Gagal dalam bisnes bermakna dia tidak cukup rajin.
Dan sebagainya.
Tetapi bagi saintis, keputusan yang negatif bukanlah petunjuk bahawa mereka saintis yang teruk
Malah, ia agak bertentangan.
Membuktikan sesuatu hipotesis itu salah selalunya berguna untuk membuktikannya betul, kerana kita akan belajar sesuatu yang baru disepanjang proses itu.
Kegagalan kita adalah maklumat (pengajaran) yang boleh menolong kita kepada jawapan yang sebenar.
Kegagalan adalah Yuran yang Harus Dibayar untuk Mencapai Kejayaan
Tidak.
Saya tidak bermaksud bahawa kita harus sengaja membuat kesilapan atau kegagalan itu sesuatu seronok.
Malah sebaliknya, sepatutnya kita harus berusaha untuk melakukan dengan cara yang paling betul dan sebaik yang mungkin.
Dan kegagalan terhadap perkara yang penting kepada hidup kita adalah langsung tidak menyeronokkan.
Tetapi kegagalan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada proses kematangan kita kerana satu sebab…
Jika kita fokus untuk membina tabiat baru atau belajar kemahiran baru, maka secara asasnya kita sedang bereksperimen dalam satu atau banyak cara.
Dan jika kita melakukan banyak eksperimen, pasti kadangkala kita akan mendapat keputusan yang negatif.
Ia berlaku kepada setiap saintis dan ia akan berlaku kepada anda dan juga kepada saya sendiri.
Failure is simply a cost you have to pay on the way to being right.
— Seth Godin
Hadapilah kegagalan seperti saintis
Kegagalan bukan mencerminkan kita.
Kejayaan juga bukan mencerminkan kita.
Ia cuma maklumat (pengajaran) yang akan memandu kita ke arah yang betul untuk eksperimen seterusnya.
Dalam Islam, Kegagalan Juga Bukanlah Sebuah Penamat..
Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita–citanya tidak tercapai.
Perasaan kecewa adalah sebahagian dari Gharizatul Baqa’ (naluri mempertahankan diri) yang Allah campakkan pada manusia.
Allah memberi kita kegagalan bukanlah bererti Allah membuang kita ke pulau kegagalan untuk selamanya.
Perasaan kecewa akibat kegagalan bukannya tanpa hikmah.
Apa yang perlu adalah menyelami ibrah (pengajaran) yang Allah berikan.
Kerana kegagalan bukanlah akhir kepada segalanya, tetapi sebaliknya menjadi permulaan kepada segala-galanya.
Meskipun kedengaran klise tetapi ada benarnya.
Ambillah pengajaran dari sebuah kegagalan lalu buatlah pembaikan diri.
Tentu sahaja dengan tetap percaya pada qada Allah.
Seorang mukmin yang kuat tidak mudah dipatahkan dengan ujian serta sedikit kegagalan.
Dia percaya semua yang berlaku ada pengajaran yang Allah ingin tunjukkan.
Seorang mukmin itu sungguh menakjubkan, kerana setiap perkaranya itu baik.
Namun tidak akan terjadi demikian kecuali pada seorang mukmin sejati.
Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, dan itu baik baginya.
Jika dia tertimpa kesusahan, dia bersabar, dan itu baik baginya”.
— HR Muslim
Tanamkan dalam diri kita bahawa “Allah Maha Mengetahui yang terbaik bagi hamba-hambaNya”
Hakikatnya:
Setiap perkara mengewakan kita pada hari ini hanya akan membuatkan kita lebih kuat pada akhirnya.
Manusia yang paling kuat adalah orang yang pernah gagal, menerimanya, dan belajar dari kegagalan tersebut.
Dengan kegagalan tersebut, dia belajar menjadi lebih matang.
Ia berkenaan keberanian kita untuk berhenti menjadi lemah, mengesat air mata dan kembali ke dalam gelanggang kehidupan untuk bertempur dengan lebih garang dari sebelumnya.
Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita.
Kita akan sedar betapa beruntungnya kita pernah gagal sebegitu.
Cuma kita kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu.
Percayalah setiap jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, untuk menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
Tinggalkan Komen Anda..
yalah …matang usia dan tindakan..
setiap kegagalan adalah tangga menuju kepada kejayaan..
kita sedap mulut je membuat retorik kata..
yang memikul kegagalan akan tahu betapa tinggi atau rendahnya gunung hahahaha
Sebenarnya tiada kegagalan, cuma hanyalah hasil yang kita kurang senangi.
Walaupun sesuatu perkara itu tidak menjadi seperti yang kita jangkakan, jangan mudah patah hati dan putus asa.
Belajar apa yang boleh daripadanya dan move on. Siapa yang meneruskan kehadapan satu langkah setiap masa akan menang pada akhirnya.
Kerana kita perlu menempuh ranjau-ranjau yang panjang dan lama terlebih dahulu sebelum boleh mencapai kejayaan akhir.