Mengapa Sesetengah Orang Mengalah dalam Mengejar Impian?

mengejar impian
Photo by Štefan Štefančík on Unsplash

Mengapa sesetengah orang mengalah dalam mengejar impian mereka?

Kerana mungkin sampai satu tahap, mereka mula merasakan impian itu adalah mustahil untuk dicapai

Mereka mula percaya bahawa mereka tidak mampu, tidak layak dan tiada kemahiran yang diperlukan.

Tapi jika kita tidak menuruti kemahuan hati,
Memenuhi impian dan minat kita,
Dan menafikan kehidupan yang kita dambakan,
Maka bagaimana yang kita akan jadi nanti?

Adakah hidup kita akan benar-benar bahagia?

Sebenarnya, apa yang penting adalah kita harus memecahkan matlamat kita kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.

Perkara yang kita boleh capai hari ini akan membawa kita selangkah lebih dekat dengan matlamat terakhir dan impian yang sebenar.

Mengapa?

Kerana kita tidak boleh mencapai bintang dengan hanya memandangnya.

Dan apabila ia terlihat jauh; kita akan mudah untuk menjadi lemah semangat..

… dan berputus asa.

Maka, ambil sedikit masa untuk memecahkan impian kita kepada beberapa matlamat-matlamat kecil.

Jangan biarkan kesukarannya melemahkan anda.

InsyaaAllah, anda boleh mencapainya, tetapi pertama sekali anda perlu mula melangkah…

guest
10 Comments
Inline Feedbacks
View all comments