Manfaat Berpuasa Sunat Dan Makan Menggunakan Tangan

Manfaat berpuasaBerpuasa mungkin tidak kelihatan seperti cara terbaik untuk menguruskan pemakanan.

Ini kerana ia merupakan perbuatan menahan diri daripada mengambil nutrisi pada waktu yang tertentu.

Namun, banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat manfaat berpuasa terhadap kesihatan dan bagaimana ia menjadi latihan untuk tubuh jika dilakukan dengan bersederhana.

Kajian Mengenai Manfaat Berpuasa 2 Hari Seminggu

Kajian terbaru berkaitan manfaat berpuasa datang daripada diet berpuasa dua hari seminggu oleh Michael Mosley.

Diet ini mensyaratkan mereka yang melakukannya untuk mengambil diet biasa mereka selama lima hari seminggu dan dua hari lainnya dengan mengambil hanya satu perempat daripada kalori normal mereka

Ia dilakukan ke atas 500 orang wanita dan 600 orang lelaki.

Hasilnya?

Orang-orang yang terlibat dalam kajian ini mengalami penurunan berat badan dan mengurangkan risiko diabetes, sakit jantung dan dementia.

Sebagai muslim, kita dicadangkan untuk berpuasa dua hari seminggu iaitu pada hari isnin dan khamis seperti mana yang digalakkan oleh sunnah Nabi Muhammad SAW.

Budak Usamah bin Zayd berkata dia mengikuti Usamah ke Wadi al-Qura ketika mengejar unta-untanya.

Dia akan berpuasa pada Isnin dan Khamis.

Budaknya bertanya kepadanya: ‘Mengapa engkau berpuasa pada Isnin dan Khamis sedangkan engkau adalah orang tua?’

Dia berkata: ‘Rasulullah SAW selalu berpuasa pada Isnin dan Khamis.’ Apabila ditanya tentangnya, baginda berkata: ‘Amalan hamba dipersembahkan (kepada Allah) pada hari isnin dan khamis’

— Abu Daud

Bukan sahaja berpuasa membantu menambahbaik kesihatan kita, ia juga membantu mengurangkan “kesesakan makanan” di dalam minda ketika kita berpuasa.

Berbanding sentiasa berfikir tentang apa yang kita akan makan atau snek seterusnya, kita akan merehatkan minda kita separuh hari dan fokus kepada apa yang perlu dilakukan.

Manfaat Makan Menggunakan Tangan

Nabi Muhammad SAW mengajar kita etika ketika makan dalam hadis berikut:

Umar bin Abu Salah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sebutlah nama Allah (bismillah sebelum makan), makan dengan tangan kananmu dan apa yang dekat denganmu”

– Bukhari dan Muslim

Ramai orang memandang rendah kepentingan makan menggunakan tangan dan lebih suka makan dengan sudu dan garfu.

Sebenarnya terdapat kajian menunjukkan terdapat enzim di hujung jari yang membantu menghadam makanan.

Bahkan, pernahkah kita perhatikan bagaimana kita dapat makan dengan lebih banyak dengan sudu dan garfu berbanding jika kita makan dengan tangan kita (dan kemudian akhirnya menyesal kerana makan terlalu banyak)

Saya percaya bahawa ini mempunyai kaitan dengan tangan, otak dan perut yang hilang apabila kita makan menggunakan sudu garfu.

Kita tidak sedar dengan jumlah makanan yang kita makan sebelum sudah terlambat.

Makan dengan tangan memberikan perasaan lebih dekat dan hubungan spiritual dengan  makanan.

Jika kita tidak biasa dengannya, mulakan hari ini.

Ka’ab bin Malik RA meriwayatkan:

Aku melihat Rasulullah SAW makan dengan tiga batang jari – ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah dan baginda menjilatnya selepas menghabiskan makanan

— Muslim

 

Penutup

Seperti yang kita ketahui, makan berlebihan menyebabkan bahaya kepada sistem penghadaman kita.

Dikatakan bahawa perut adalah rumah kepada segala penyakit.

Dan kebanyakkan penyakit seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, dan penyakit jantung dikaitkan dengan tabiat makan yang tidak terkawal.

Semoga apa yang sunnahkan oleh Rasulullah akan membantu kita hidup dengan lebih sihat dan lebih aktif, InsyaaAllah.

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading