Menangani Masalah Ketagihan Pornografi

pornografi

Bagaimana saya dapat menangani ketagihan pornografi?

Jawapan pendeknya adalah:

jika kita sering melakukan ibadat yang mencukupi dan sentiasa membaca Al-Quran supaya rasa kehidupan akhirat terasa lebih penting dari kehidupan sekarang..

…  maka melakukan dosa dengan sengaja akan menjadi perkara paling payah.

Masalahnya bukanlah pornografi semata-mata, tetapi hakikatnya adalah hati yang tidak cukup lembut, tidak cukup rendah dan tunduk kepada Tuhan.

Inilah masalah yang perlu diperbaiki.

Dan cara menanganinya adalah dengan mendedikasikan masa sekurang-kurangnya sejam setiap hari untuk beribadat — solat sunat, membaca al-Quran atau berdoa setiap kali selepas solat fardhu.

Bila kita dapat melakukan ini selama beberapa hari, InsyaaAllah hati kita akan menjadi lembut dan tunduk.

Kesedaran kita tentang Allah itu Maha Memerhati akan meningkat.

Kemahuan kita untuk beribadah juga melalui perbuatan baik akan meningkat, sehingga kita memasuki keadaaan di mana tidak terfikir tentang dosa.

Sentiasa tanyakan kepada diri kita: Pentingnya tak kehidupan akhirat kepada kita?

Sekiranya ia terasa jauh dan tidak penting, maknanya kita telah gagal untuk meletakkan Tuhan berada di dalam hati.

Inilah yang mesti kita usahakan untuk diperbaiki.

Kita harus tahu bahawa semua amalan-amalan kita dicatat adalah benar.

Kita harus sentiasa berusaha untuk menambah amalan baik, dan bimbang tentang dosa-dosa yang telah tercatat,

Kita perlu terus-menerus memohon ampun, kerana kita tidak akan pernah pasti apakah Tuhan telah mengampuni semua dosa-dosa kita.

Sebaik sahaja akhirat terasa begitu nyata, ia akan menimbulkan emosi dalam diri kita (bila memikirkan Syurga membuat kita merasa teruja dengan kenikmatan, dan memikirkan Neraka menyebabkan kita takut), maka kita tahu bahawa kita akhirnya berjaya mengimbangi kehidupan sekarang dengan kehidupan akhirat.

Ketagih melakukan dosa akan berlaku apabila seseorang itu terikat pada kehidupan sekarang (dunia), apabila kehidupan akhirat hanyalah dirasakan bukan sesuatu yang nyata, dan hidup hanyalah tentang makan dan minum.

Inilah penyakit yang perlu dirawat, dan menyembuhkan ia akan menyembuhkan semua sekali dosa, bukan sekadar dosa tertentu sahaja.

Oleh itu, lakukan segala yang kita boleh untuk menyebabkan kehidupan akhirat dirasakan nyata di dalam hati kita

Bacalah Al-Quran, berdoa kepada Allah, dan terus berdoa, sehingga hatimu tunduk kepada Allah.

Dan ulangi perkara ini setiap hari.

Ini bukanlah sesuatu yang kita lakukan seperti mengumpul piala.

Iman adalah sesuatu yang sentiasa perlu ditambah dari masa ke semasa, setiap hari dalam hidup kita.

Kita mesti berusaha setiap hari untuk mengekalkan kehidupan akhirat di dalam hati kita.

Tanpa usaha ini, tidak kira apa kejayaan jangka pendek yang telah kita capai untuk menghindari dosa, kita akan tetap jatuh kembali ke dalamnya.

Tuhan tidak akan membebankan kita melebihi apa yang kita dapat tanggung.

Sekiranya anda tidak dapat menghentikan tabiat ini, maka mohonlah keampunan, membaca Al-Quran, dan solat tahajjud.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung seksaan daripada kejahatan yang diusahakannya.

— Surah Al Baqarah, ayat 286

Ini adalah urusan hati diantara kita dan Tuhan.

Allah Maha Baik dan Maha Memahami, dan Dia lebih mengenali kita daripada diri kita sendiri.

Dia akan melihat keikhlasan dan usaha kita, dan inilah yang paling penting.

 

Ketagihan Pornografi

Support ML Studios!

Billplz
billplz.com/mlstudiosmy

Maybank QRPay
goo.gl/Qs9tCS

Paypal
paypal.me/mlstudiosmy

Posted by ML Studios on Tuesday, 31 July 2018

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading