Kasut Yang Tak Muat (Dan Garam Percuma)

kehidupan-kasut-yang-tak-muat
Kasut yang tak muat bukanlah satu keuntungan. Begitu juga dengan perkara dalam kehidupan..

Ada sepasang kasut yang cantik, tapi saiznya terlalu kecil, disebuah jualan yang menawarkan diskaun sehingga 90%..

Tapi ia tak berbaloi untuk dibeli, ia memang bukan untuk anda, dan tidak berbaloi untuk sebarang harga.

Kerana kasut yang tak muat bukanlah sesuatu yang menguntungkan.

Dan disatu masa lain, di sebuah kedai makan, anda mungkin terperasan bahawa tiada bayaran tambahan untuk garam.

Kita boleh ambil sebanyak mana yang kita mahu untuk makanan kita, secara percuma.

Sudah pastilah ia bukan betul-betul percuma. Ia sudah termasuk daripada apa yang kita telah bayar untuk makanan itu..

.. jadi untuk menjadikan bayaran kita itu berbaloi, mungkin kita mahu ambil garam itu sebanyak-banyaknya.

Tapi melakukan itu merupakan perbuatan yang menjengkelkan.

Kerana walau seberapa banyak yang kita bayar untuk garam itu, dan walaupun kita boleh gunakannya tanpa had; – menggunakannya secara berlebihan hanya akan merosakkan hidangan kita.

Oleh itu, terlalu banyak garam juga bukanlah sesuatu yang bagus.

Kehidupan ini sebenarnya bukanlah mengenai ‘semua benda yang kita boleh makan’.

Tetapi ia adalah berkisar tentang ‘benda yang kita sesuai untuk makan’.

– Bukan semua perkara kita harus miliki. Bukan semua peluang harus kita gapai.

Kerana walaupun kita telah memilikinya, bukan bermakna kita sesuai dengannya.

Dan hanya oleh kerana kita membayarnya, tidak bermakna kita harus menggunakan kesemuanya dengan sebanyak mungkin.

Ia mungkin menghancurkan anda.

Jadi rancang dan pilih perkara yang betul-betul tepat dan memberikan keuntungan.

Sederhana itu indah.

guest
4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments