Kasut Yang Tak Muat (Dan Garam Percuma)

kehidupan-kasut-yang-tak-muat
Kasut yang tak muat bukanlah satu perkara yang menguntungkan. Begitu juga dengan perkara-perkara lain dalam kehidupan..

Ada sepasang kasut yang cantik, tapi saiznya terlalu kecil, disebuah jualan yang menawarkan diskaun sehingga 90%..

Tapi ia tak berbaloi untuk dibeli, ia memang bukan untuk anda, dan tidak berbaloi untuk sebarang harga.

Kerana kasut yang tak muat bukanlah sesuatu yang menguntungkan.

Dan disatu masa lain, di sebuah kedai makan, anda mungkin terperasan bahawa tiada bayaran tambahan untuk garam.

Kita boleh ambil sebanyak mana yang kita mahu untuk makanan kita, secara percuma.

Sudah pastilah ia bukan betul-betul percuma. Ia sudah pun termasuk dalam apa yang kita telah bayar untuk makanan itu..

.. jadi untuk menjadikan bayaran kita itu berbaloi, mungkin kita mahu ambil garam itu sebanyak-banyaknya.

Tapi melakukan itu merupakan perbuatan yang menjengkelkan.

Kerana walau seberapa banyak yang kita bayar untuk garam itu, dan walaupun kita boleh gunakannya tanpa had; — menggunakannya secara berlebihan hanya akan merosakkan hidangan kita.

Oleh itu, terlalu banyak garam juga bukanlah sesuatu yang bagus.

Kehidupan ini sebenarnya bukanlah mengenai ‘semua benda yang kita boleh makan’.

Tetapi ia adalah berkisar tentang ‘benda yang kita sesuai untuk makan’.

— Bukan semua perkara kita harus miliki. Bukan semua peluang harus kita gapai.

Kerana walaupun kita telah memilikinya, bukan bermakna kita sesuai dengannya.

Dan hanya oleh kerana kita telah membayarnya, tidak bermakna kita harus menggunakan kesemuanya dengan semaksimum mungkin.

Ia mungkin menghancurkan anda.

Jadi, rancang dan pilihlah perkara yang betul-betul tepat dan memberikan kebaikan.

Kerana kehidupan sederhana itu indah.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nur Husna Hasan
Nur Husna Hasan
9 tahun yang lalu

Deep….bile dlm kepala byk benda lain tgh fikir, ssh nk faham entri ni,hahaha… conclusion kasut tak muat = garam percuma = you have to make the right choice to determine you life coz not all things you need in your life, betul x?

Inchenaim
Reply to  Nur Husna Hasan
9 tahun yang lalu

Yup, definitely!

Hazmin Hamudin
9 tahun yang lalu

mendalam betul maksud dalam entri ni. Kadang-kadang kita terlalu tamak sehinggakan semua perkara kita ingin bolot memandangkan kita telah membayarnya. Tapi adakah kita perlukannya? Atau terbazir begitu sahaja.

Inchenaim
Reply to  Hazmin Hamudin
9 tahun yang lalu

Ya tuan. Hidup ni berkisarkan pilihan yang tepat dan yang perkara benar-benar penting kepada kita. Bersederhana itu lebih baik :)