Jika anda mudah terpengaruh dengan filem, anda akan nampak bahawa menghasilkan karya kreatif adalah satu proses bebas dan tidak memerlukan disiplin.
Sedangkan pada hakikatnya, untuk menjadi seorang artis memerlukan kerja keras.
Malah proses menghasilkan filem itu sendiri memerlukan lakonan semula berkali-kali untuk mendapatkan scene yang sempurna.
Saya melihat perkara yang sama dalam bidang seni lain seperti penulisan dan fotografi.
Jika anda mahu membina sesuatu karya seni, bersedialah untuk melalui beberapa detik membosankan.
Membina kemahiran sangat memerlukan disiplin.
Disiplin untuk bertahan..
… dan belajar serta mengamalkan sesuatu secara berulang-ulang kali, sehinggalah kita berjaya menguasainya.
Ini kerana tidak semua kemahiran datang secara semula jadi.
Ia mungkin bertentangan dengan idea anda selama ini tentang ‘artis’, tetapi inilah perkara yang paling penting dalam mengasah dan membina kemahiran.
Untuk menjadi seorang yang kreatif, anda perlu ada disiplin untuk belajar secara gigih.
Di Eropah dan Asia Timur, wujud satu sistem guru dan pelatih (master and apprentice), di mana perantis perlu membuat apa yang disuruh oleh gurunya.
Dan dia akan diberhentikan atau dibuang jika ingkar arahan.
Jika anda hendak belajar sesuatu kemahiran seni dari seseorang, ia akan mengambil masa yang panjang.
Ia memerlukan banyak kesabaran.
Kita kadang-kadang mungkin perlu melapangkan sedikit waktu untuk mendapat inspirasi dan membiarkan idea mengalir.
Tetapi mendapatkan idea hanyalah sebahagian kecil daripada proses menghasilkan karya kreatif.
Apa yang berlaku disebalik proses untuk menghidupkan idea itulah seringkali membosankan dan berulang-ulang.
Walau bagaimanapun, setelah ada hasil yang tercipta, ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan.
Jadi penting untuk kita tidak awal berputus asa.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk benar-benar menguasai sesuatu kemahiran karya kreatif?
Terdapat satu kisah yang menarik tentang Pablo Picasso, bagaimana dia berkebolehan untuk menghasilkan karya seni yang luar biasa dalam hanya beberapa minit.
Pada suatu hari dia telah pergi berjalan ke pasar dan dia telah disekat oleh seorang wanita.
Wanita itu menghulurkan sekeping kertas kecil dan berkata;
Mr. Picasso, saya adalah peminat hasil kerja encik. Bolehkan encik buat sedikit lukisan kecil untuk saya?”
Picasso tersenyum dan pantas menghasilkan satu karya seni kecil tetapi cantik diatas kertas tersebut.
Kemudian dia menyerahkan kembali helaian kertas kepada wanita tersebut sambil berkata;
Karya seni tersebut akan bernilai satu juta dollar”
“Tetapi Mr. Picasso..” kata wanita tersebut “karya seni ini hanya mengambil masa tiga puluh saat untuk dihasilkan”
“Puan yang cantik,” kata Picasso, “Saya mengambil masa tiga puluh tahun untuk menghasilkan karya dalam masa tiga puluh saat”
…
Picasso bukan satu-satunya orang yang super kreatif yang berlatih bertahun-tahun untuk menguasai seninya.
Perjalanan karya beliau mempunyai banyak persamaan dengan lagenda kreatif yang lain.
Malah, orang yang anggap berbakat besar juga jarang menghasilkan karya hebat sebelum membuat latihan yang berdekad-dekad.
Jadi bagaimana kita yang hanya bertaraf nubis kubis ini?
Jika membaca artikel ini sehingga habis, anda juga mungkin berminat dengan kisah Mira Nakashima ini
Tinggalkan Komen Anda..
Betul tu tuan, agak setuju dengan keseluruhan idea dari artikel ni. Kemahiran kreatif bukan semata-mata tentang bakat semulajadi dan kekal dalam diri orang seni. Malah perlukan masa utk mengasah tajamkan kemahiran, dan juga saya rasa dipengaruhi juga dgn faktor sekeliling yg menjadi pendorong pengkarya tersebut. Terima kaseh atas artikel yg bermanfaat ini!
Ya tuan, minat sahaja tidak cukup. I think its like build a muscles to run a marathon, we must work on it.
Terima kasih kerana sudi singgah meninggalkan komen tuan.
Saya sangat menghargainya!