5 Sebab Mengapa Kita Perlu Cuba Sesuatu Yang Baru

cuba sesuatu yang baru
Anda berani cuba sesuatu yang baru?

Where there is an open mind there will always be a frontier.

— Charles F. Kettering

Kebanyakan daripada kita semua suka untuk berkoya/berimiginasi mampu untuk berbuat apa sahaja.

Kita suka untuk buat perkara baru, mencuba makanan baru, melancong ke destinasi asing, bertemu dengan kenalan baru dan buat perkara-perkara yang kita idamkan selama ini.

Tapi yang malangnya, ramai dari kita tidaklah pula mempunyai kecenderungan atau cita-cita untuk menjejaki kembali apa yang kita idamkan itu.

Selalunya kawan suka untuk mengajak kita mencuba sesuatu yang baru, dan kita pula kadangkala yang menolak ajakan mereka.

Mungkin ini disebabkan oleh tiada masa, penat, kurang berminat berminat dan takut untuk meninggalkan kehidupan harian zon selesa kita.

Alasan pertama dan kedua mungkin boleh diterima, tetapi alasan ketiga tidak sepatutnya menghalang kita.

Lain kali, jika ada kawan-kawan yang mencadang atau mengajak mencuba sesuatu yang baru, ikutlah mereka.

Walaupun ia mungkin semudah mencuba masakan zimbabwe  direstoran baru, ataupun selasak memanjat gunung dan membuat sky-diving.

Jangan takut. Luaskan hati kita untuk mencuba sesuatu yang baru.

The advanture of trying something new is one of the great things about being alive.

Mencuba perkara baru mungkin boleh membebankan kita, tetapi kita akan belajar banyak perkara daripada ini.

5 Sebab Mengapa kita Perlu Cuba Sesuatu Yang Baru:

  • Memberi kepuasan hidup – Hidup tidak akan dipenuhi sekiranya kita tidak keluar melihat dunia dan cuba sesuatu yang baru. Hidup bukannya untuk statik, kekal pada sesuatu tempat yang sama, dan buat benda yang sama setiap hari.  All men die, but not all men live.
  • Mengelakkan kebosanan – Bereksperimen dengan benda baru mengelakkan kita dari merasa bosan. Benda yang paling teruk dalam kehidupan ini adalah membiarkan diri kita memburuk kebosanan. Elakkan otak kita dari tidak berfungsi.
  • Cuba sesuatu yang baru  meningkatkan keyakinan diri kita. Keluar pergi memanjat gunung atau buat sesuatu yang memerlukan keyakinan akan memaksa diri kita meningkatkan keyakinan dengan sendirinya. Kita akan merasa peningkatan diri dan terkejut dengan potensi yang terdapat pada diri kita.
  • Cuba sesuatu yang baru akan membuka minda kita. Manusia selalu takut untuk mencuba apa yang mereka tidak tahu, tetapi dengan mencuba sesuatu yang barulah ia akan membuka ruang untuk ilmu dan pengalaman baru. Kadangkala kita perlu juga untuk melihat dari perspektif yang lain.
  • Memandu pertumbuhan & kematangan diri. Melakukan perkara yang sama setiap hari, makan di restoran yang sama, berfikir dengan cara yang sama dan hanya bercakap perkara yang lebih kurang sama setiap hari tidak akan mengembangkan akal kita. Pertumbuhan manusia memerlukan action, didalam bentuk situasi yang baru, pengalaman ataupun attitude kita.

Otak kita memerlukan cabaran untuk membuatkannya sentiasa dirangsang. Fakta sains menyatakan, semakin usia kita tua, semakin otak kita perlu dirangsang untuk berfikir.

Jadi, daripada kita memperlahankan diri kita, kita patut mencuba sesuatu yang baru, pergi ke tempat baru, belajar sesuatu yang baru untuk mencabar kepercayaan kita selama ini mengenai dunia diluar sana dan mengenai diri kita sendiri.

 

Cabaran membentuk kematangan

Sebelum saya menjadi tour leader (kembara sufi) dahulu, saya memang takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Sudahlah tidak pernah ke luar negara, lepastu perlu pulak jadi tour leader. Sangat menggerunkan untuk memimpin trip 40 orang ke tempat yang kita sendiri pun belum pernah sampai. ohoho!

— Tapi saya ambil keputusan untuk menerima cabaran ini.

Pada mulanya memang sukar dan memeningkan.

Tapi lama-kelamaan saya mula berasa yakin dan belajar banyak perkara.

Disamping dapat melihat negara luar dan mendalami budaya kehidupan masayarakat lain di dunia.

Secara tidak langsung juga saya dapat belajar berkomunikasi, belajar untuk memegang tanggungjawab dan belajar untuk tidak takut menerima perubahan.

Alhamdulillah setakat ini saya telah berjaya membawa beberapa trip ke Korea dan China.

Begitu juga sebelum saya menjadi jurukamera perkahwinan dan  penulis, saya berasa takut dan tidak yakin.

Tetapi setelah mencuba dan melaluinya, barulah saya kenal diri dan potensi dalam diri saya.

Sekarang saya percaya, untuk maju ke hadapan perlu ada perubahan dan keluar dari zon selesa kita.

Yang terbaru, saya memang sengaja minta ditugaskan ke pedalaman sabah.

Pasti sesuatu yang menarik akan menunggu sepanjang saya disana. hehe

Yang penting kita kena berani menyahut cabaran dan melapangkan dada. InsyaaAllah, keyakinan diri dan skill lain akan datang dengan sendirinya.

Inilah yang akan memperkayakan kehidupan & menambah kematangan fikiran kita.

 

Penutup

Cubalah sesuatu yang baru untuk hidup.

Jika ada kawan mengajak melakukan sesuatu, terimalah pelawaan mereka. Jangan takut, walaupun kita rasa tidak selesa. Cabarlah diri anda.

Change is good.  Change is necessary in order to move forward.

Jadi apa perancangan anda setakat ini?

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

5 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
jimi
jimi
4 tahun yang lalu

Sy telah cuba..

Ryu
Ryu
4 tahun yang lalu

Saya mahu mencuba sesuatu yang baharu . Saya mahasiswa jurusan undang ii tetapi memilih untuk menjadi manager di sebuah restoran milik rakan saya . Jujur sekali saya cakap yang saya langsung tidak mempunyai pengalaman menjadi manager . Dan ini merupakan kali pertama saya melakukan sesuatu yang dianggap mencabar dan memerlukan usaha keras untuk saya belajar menguruskannya . Insyallah , dengan izin Allah saya akan terus mencuba dan yakin akan menjadikan business ini sebagai syarikat dalam industri makanan no. 1 di Malaysia .

makhluk cantik
makhluk cantik
4 tahun yang lalu

Saya baru sahaja mendapat tawaran kolej komuniti untuk khusus dandanan rambut. Tak dapat dinafikan, dandanan rambut bukanlah khusus yang saya idamkan. Separuh pemikiran saya mengatakan bahawa saya boleh melakukan ini, namun separuh lagi pemikiran saya menafikan dan saya tak sangka hujah pada pemikiran belah pembangkang membuatkan saya berasa takut untuk mencuba. Orang sekeliling juga agak tak membantu untuk menenangkan saya jadi saya hanya perlukan masa bersendirian.
 
Di sini, di bilik gelap ini bersama laptop di atas perut, cuba mencari laman web yang mampu membuatkan saya bersemangat semula. Terima kasih, awaklah orang yang dipilih Tuhan untuk membuatkan saya berfikir semula. Saya akan fikirkannya dengan lebih teliti dan doakan saya. Semoga awak menghadapi hari yang indah. :)

Nur Husna Hasan
Nur Husna Hasan
10 tahun yang lalu

Makan restoran yang sama, menu yang sama, that’s so me,haha… putaran tu akan sama sampai satu tahap datang rasa bosan then 3,4 bulan pon belum tentu akan jejak lagi kat restoran tu,hihi… travel memang best, especially bila jadi main committes, gaduh2 dengan kawan2 lain jantina disebabkan perbezaan pendapat tu memang spices & memories yang boleh jadi cerita kat anak cucu bak kata lecturer saya ^_^

Inchenaim
Reply to  Nur Husna Hasan
10 tahun yang lalu

Haha. it’s normal. Saya dulu pun dalam 1 minggu tu order benda yang sama je, makan pun ditempat yang sama. Tuan kedai tengok muka pun tahu dah kita nk makan apa.hahaha.

Tapi sejak2 duk pedalaman ni, baru la selalu tukar2 menu sebab masak sendiri.

Kalau gaduh2 dalam trip travel ni, saya la yang pening kepala nak setelkan kasi puas hati semua orang. Masing-masing susah nak tolerate. Nasib la jadi tour leader. huhu