Pernah terfikir bagaimana blogger profesional menghasilkan artikel?
Mengapa artikel mereka sungguh menarik dan mudah naik pada halaman pertama enjin carian?
Adakah mereka mempunyai cara atau prosedur tertentu?
Ya, mereka ada.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan satu checklist penting sebelum publish artikel.
InsyaaAllah, jika anda mematuhi setiap apa yang disenaraikan dalam checklist ini, ia akan membantu anda mengurangkan banyak kesilapan dan memastikan setiap usaha anda berbaloi.
Anda sudah bersedia? Jom.
1. Adakah artikel sudah mempunyai tajuk yang benar-benar menarik?
Jika tajuk anda tidak menarik, maka risiko untuk artikel tersebut tidak dibaca adalah tinggi.
Sama seperti anda tidak mempedulikan buku yang tidak mempunyai cover yang menarik, orang ramai juga akan mengabaikan artikel yang mempunyai tajuk yang hambar.
Sebelum publish artikel tersebut, pastikan dahulu artikel anda benar-benar mempunyai tajuk yang menarik dan mencuit emosi.
Tajuk adalah perkara paling penting dalam penghasilan artikel blog.
Jika tajuk anda lemah (walaupun artikel anda bagus), maka ia akan jarang dapat menarik perhatian orang untuk membacanya.
Kita hidup di zaman maklumat melimpah ruah, jadi pembaca hanya akan tertarik kepada perkara yang benar-benar menarik perhatiannya sahaja.
Dengan membina tajuk yang meyakinkan dan terperinci, anda akan buat ramai orang terperasaan artikel anda dan membangkitkan rasa hendak memeriksanya.
2. Pastikan tajuk SEO anda dibawah 60 Aksara
Tajuk artikel pada blog adalah tidak sama dengan tajuk SEO.
Tajuk SEO biasanya muncul didalam SERP dan ia mestilah tidak melebihi 60 aksara panjang.
Mengapa?
Sebab jika tidak, Google dan enjin carian lain akan memotong tajuk anda menjadi seperti ini:
Sebab itu saya cuma menjadikan panjang tajuk SEO saya adalah tepat. Dalam sesetengah keadaan, tajuk asal artikel sebenar adalah berbeza dengan tajuk SEO. Contohnya artikel ini.
Tujuannya adalah supaya dapat memenuhi syarat had 60 aksara itu.
Jika anda tidak menggunakan plugin SEO Yoast untuk wordpress, maka saya sangat mencadangkan anda supaya install plugin tersebut.
Ia akan banyak membantu anda menentukan had aksara untuk tajuk dan memaparkan bagaimana ia akan muncul dalam Google.
3. Adakah perenggan pertama artikel anda menarik dan membangkitkan emosi?
Secara umum, pelawat blog anda akan menilai artikel anda dalam 10 saat yang pertama, atau lebih kurang daripada itu.
Sebab itu pembuka kata dalam perenggan pertama mesti super menarik.
Pengenalan yang baik akan membantu pelawat anda menentukan sama ada meneruskan pembacaan atau tidak.
Ia perlu mencuit emosi pembaca anda dalam 2-3 ayat yang pertama.
Masukkan elemen penceritaan, fakta menarik, atau persoalan yang membuka minda untuk segera mencipta hubungan emosi dengan pembaca anda.
Buatkan pembaca teruja untuk membaca artikel tersebut.
Beritahu mereka apa yang mereka terlepas, dan apa yang anda akan bantu mereka. Kejutkan mereka dan tinggalkan mereka dengan persoalan.
Minda manusia gemarkan perkara yang menarik, sesuatu yang baru, berguna, provokatif dan mengujakan.
Semua rangsangan ini akan membuatkan minda manusia tertarik dan berminat untuk kekal lebih lama pada blog anda.
Antara kaedah berkesan adalah menggunakan teknik APP:
- Agree: kemukakan idea yang dipersetujui oleh pembaca
- Promise: nyatakan janji anda untuk menunjukkan cara menyelesaikan masalah
- Preview: jelaskan apa yang anda mahu pembaca tersebut belajar
4. Adakah artikel anda sudah mempunyai Meta Description?
Meta Description adalah ringkasan yang dipaparkan oleh enjin carian dibawah tajuk artikel anda.
Jika anda tidak menulis meta description sendiri, maka enjin carian akan mengambil beberapa ayat terawal dan memotongnya pada tempat yang tidak seharusnya.
Ia akan kelihatan tidak cantik.
Sebab itu anda harus menulis sendiri meta description yang panjangnya dibawah 160 aksara.
Sekali lagi, gunakan Yoast SEO jika anda masih belum kerana ia akan banyak memudahkan anda.
5. Adakah focus keyword anda sudah terdapat di dalam tajuk, meta description dan kandungan artikel?
Setiap kali anda menulis artikel, anda harus mempunyai tema utama dalam penulisan anda yang dipanggil focus keyword.
Anda perlu pastikan tajuk, meta description dan kandungan artikel anda mempunyai focus keyword yang ingin disasarkan.
Sebagai contoh: focus keyword untuk artikel ini adalah ‘Sebelum Publish Artikel’
6. Adakah anda mempunyai variasi keyword yang berkaitan dalam artikel anda?
Kesilapan semua orang adalah melakukan keyword stuffing di dalam artikel mereka.
Apa yang sebaiknya adalah anda harus menulis dengan bahasa yang semulajadi dan pastikan anda menambah keyword yang berkaitan di dalam artikel anda.
Untuk melakukan ini, anda harus google keyword utama anda, scroll ke bawah dan lihat pada bahagian carian yang berkaitan.
Ini adalah taktik ninja yang dilakukan oleh kebanyakkan pakar seo.
7. Adakah anda sudah membuat pautan dengan artikel lama?
Pautan dengan artikel dalam blog anda adalah penting untuk meningkatkan pageview dan menurunkan bounce rate.
Dalam setiap artikel yang anda tulis, anda patut memautkan 1-2 artikel terdahulu yang relevan.
Ia akan membantu pembaca anda mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu topik, dan membuatkan mereka berada didalam blog anda lebih lama.
Anda mungkin sukar pada mulanya, tetapi ia akan menjadi senang bila anda menulis semakin banyak artikel di dalam blog anda.
Malah, ini adalah salah atu resepi untuk mencipta kandungan blog evergreen
8. Pastikan semua pautan dibuka dalam new window
Meletakkan link luaran yang membantu pembaca mengetahui dengan lanjut tentang sesuatu perkara adalah baik dan sangat membantu.
Walau bagaimana pun, jika pembaca tersebut meninggalkan blog anda jika klik pada link tersebut, ia adalah tidak bagus.
Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, anda sepatutnya harus menjadikan semua link dibuka dalam tetingkap yang baru (new window)
Ini akan menurunkan bounce rate pada laman web anda apabila membuat pautan pada sumber lain.
Antara perkara yang perlu diperhalusi pada bahagian ini adalah:
- Adakah pautan tersebut relevan?
- Adakah laman yang hendak dipaut itu mempunyai reputasi?
- Adakah artikel anda mempunyai terlalu banyak pautan? (jika ya, sila kurangkan.)
- Tentukan sama ada ia memerlukan tag nofollow atau dofollow
9. Adakah semua imej anda mempunyai alt text?
Pastikan semua imej telah ditambah alt text (alternate text) yang betul.
Ia akan memberi kelebihan dari SEO kepada imej di dalam laman web anda untuk muncul di enjin carian. Ia membantu enjin carian untuk memahami apakah gambar tersebut.
Saya sangat menggalakkan anda mengambil berat tentang alt text dan image title pada gambar anda.
Ini kerana Google telah menyatakan mereka mengambil kira perkara ini sebagai salah satu ranking factor. Gunakan teks yang berbeza di dalam kedua-dua attribute ini dengan keyword yang menjelaskan gambar anda.
Tuliskan text yang betul, terperinci dan membantu dalam menjelaskan imej tersebut.
10. Penggunaan format heading yang betul
Anda kena pastikan artikel anda senang dibaca.
Sub-tajuk harus menggunakan heading h2 dan H3.
Jika perlu, gunakan bullet list, bold, italicize dan format lain yang memudahkan pembacaan pada skrin.
Pastikan setiap baris ayat adalah pendek dan sangat jelas untuk dibaca.
11. Tambah Category dan Tags
Sebelum publish artikel, tetapkan category dan tags.
Bila anda terlupa, post tersebut akan termasuk dibawah category yang diset sebagai default, dimana ia mungkin tidak sesuai dengan topik anda.
Ia adalah satu kecuaian yang dungu.
Sebab itu anda harus utamakan langkah untuk menetapkan kategori pada artikel anda, dan menambah tags yang relevan.
Baca artikel ini: Panduan menggunakan Categoy dan Tags dengan betul
12. Tambah Call-To-Action
Sudahkah anda menyertakan call-to-action dalam artikel anda?
Biasanya pada penghujung artikel, anda sepatutnya meminta pembaca anda meninggalkan komen, beli produk, follow anda di media sosial dan sebagainya.
Walau apa pun call-to-action anda, pastikan ia wujud.
13. Pra-lihat dan uji dahulu sebelum publish artikel
Perkara terakhir yang perlu anda buat sebelum publish artikel, anda harus membuat preview terlebih dahulu bagaimana ia muncul di website.
Klik pada semua link untuk memastikan ia berfungsi.
Sila proofread, dan pastikan imej serta format dalam artikel anda adalah tersusun dengan baik.
Bila semuanya telah sempurna, barulah tekan publish.
Bukan mudah untuk berjaya..
Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda menekan butang publish.
Tetapi saya memilih untuk menyenaraikan 13 perkara yang paling penting sahaja dalam menjayakan sesebuah artikel.
Jika anda betul-betul serius meningkatkan 13 elemen ini, insyaaAllah artikel anda akan meroket naik ke kedudukan muka pertama enjin carian.
Semoga ia membantu anda menghasilkan artikel yang berkualiti.
Tetapi jika anda ada sebarang keraguan dan persoalan, saya gembira untuk membantu anda pada ruangan komen dibawah.
Tinggalkan Komen Anda..
Hi… datang dari cikguakin.com … artikel ni sgt Membantu sya! Makasih yaa…
Sama-sama Cikgu Akin
terima kasih kerana berkongso tips.. saya jadikan ini sebagai panduan sebelum publish
Sama-sama.
Apa blog puan Laila ye? Senang-senang boleh saya baca entri di blog puan laila pula.
Nanti share link ye :-)