Ini adalah review ringkas mengenai rod Tulala Lite Wire 63.
Ia adalah rod Tulala kedua saya selepas Tulala Gargoyle. Oleh itu saya akan berkongsi pengalaman dan pandangan saya mengenai rod ini.
Bahagian ini diwujudkan untuk mengumpulkan artikel-artikel berkaitan ilmu memancing disepanjang apa yang saya belajar, terutama mengenai casting dan gewang.
Semoga bermanfaat!
Antara spesis yang sentiasa mencetuskan adrenaline rush kepada pemancing adalah Siakap Merah. Mengapa?
— Pastilah kerana ia ikan yang sangat agresif dan kuat!
Ia akan menghentam gewang dengan cukup padu dan berjuang sepenuh tenaga untuk melepaskan diri.
Taktiknya juga cukup licik dan jahat.1. Spesis ini adalah game fish yang hebat kerana, apabila ia dalam mood yang yang baik, ia akan menghentam pelbagai jenis gewang yang dihulurkan.
Maka tidak hairanlah ia sangat disanjungi oleh pemancing kita.

Padu dan sering mengewakan pemancing!
Ikan bulan (tarpon) adalah spesis ikan muara yang seharusnya menjadi lesen bagi setiap pemancing.
Walaupun game fish ini di negara kita tidak mencapai saiz mega seperti saudaranya diluar sana, namun tentangan yang diberikan tidak kurang menarik.
Larian deras dan lompatan yang memukau pasti membuatkan kita tidak jemu dengan spesis ini.
[su_note note_color=”#ecf7ff”]
Oleh itu, artikel kali ini akan cuba membincangkan dengan terperinci mengenai taktikal dan teknik menggoda spesis bermata besar ini menggunakan gewang secara berkesan.
[/su_note]
Antara gewang minnow yang sudah lama berada dipasaran tempatan adalah adalah Abu Garcia Tormentor.
Malah seingat saya, gewang ini sudah pun berada dipasaran sejak tahun 2006 lagi.
Oleh kerana gewang ini efektif, maka ia menjadi gewang kegemaran saya, terutamanya untuk memburu pemangsa yang suka menyerang hendap di air cetek.