Gewang Minnow Yang Killer: Abu Garcia Tormentor

abu garcia tormentorMurah dan berkesan!

Antara gewang minnow yang sudah lama berada dipasaran tempatan adalah adalah Abu Garcia Tormentor.

Malah seingat saya, gewang ini sudah pun berada dipasaran sejak tahun 2006 lagi.

Oleh kerana gewang ini efektif, maka ia menjadi gewang kegemaran saya, terutamanya untuk memburu pemangsa yang suka menyerang hendap di air cetek.

 

Pengenalan


Gewang ini terdapat dalam beberapa saiz.

Antaranya adalah saiz 50mm, 70mm, 90mm dan 110mm. Namun yang paling popular adalah saiz 70mm dan 90mm.

abu garcia tormentor

Gewang ini bagi saya adalah sangat efektif untuk memerangkap ikan yang gemar menyerang hendap seperti Siakap, Siakap Merah, Kerapu dan Haruan.

Ini kerana aksi renangannya sangat menarik walaupun ditarik dengan perlahan. Malah bunyi yang dikeluarkan juga cukup kuat

Apa yang menarik, harga gewang ini sangat ekonomi. Sekitar RM15-17 sahaja.

 

Reka Bentuk


Abu Garcia Tormentor didatangkan dalam pelbagai pilihan warna.

Semuanya boleh dikatakan berkesan. Namun, warna yang selalunya memberi hasil kepada saya adalah warna biru dan silver.

Oleh kerana gewang ini dalam kategori minnow, bentuknya adalah panjang dan bulat.

Ia dilengkapi dengan ball bearing sebagai transfer weight system. Ia juga berfungsi untuk memberikan bunyi yang kuat dan unik kepada gewang ini.

Hasilnya ia mudah dilontar jauh dan membelah angin dengan mudah ketika angin kencang. Ia sangat stabil.

Kedalaman selaman gewang ini adalah sekitar 1~2 kaki dan boleh beraksi dengan baik di kawasan berarus.

gewang abu garcia tormentor

Material gewang ini adalah dari plastik keras, maka ia agak tahan dengan hentakan batu dan tidak bocor bila dikekah pemangsa bergigi tajam.

Ia mempunyai daya keapungan yang baik. Maka penggunaan matakail yang besar dan tebal tidak akan banyak mengganggu aksinya.

 

Aksi Abu Garcia Tormentor


Ini adalah bahagian yang paling menarik kerana bagi saya, aksi gewang ini sangat power.

Gelekan gewang ini adalah bersifat wide wobble.1

Ia memberikan sudut gelekan yang besar walaupun dikarau secara perlahan.

Oleh sebab itu, ia sangat efektif untuk menarik pemangsa yang pemalas keluar dari kawasan persembunyiannya seperti ikan kerapu, MJ dan siakap.

abu garcia tormentor

Malah, bunyi gemerincing yang dihasilkan oleh gewang ini akan membantu ikan mengesannya di dalam air yang keruh dan cuaca yang gelap.

Selain itu, aksinya bila di jerk & twitch juga menarik dengan mempamerkan seolah-olah ikan yang sedang sakit atau ketakutan.

 

Penutup


Abu Garcia Tormentor Minnow bagi saya boleh dianggap sebagai gewang yang harus dimiliki oleh setiap pemancing.

Saya sudah menggunakan gewang ini sejak sekian lama.

Keberkesanannya untuk menarik pemangsa yang suka menyerang hendap seperti siakap dan kerapu meletakkan gewang ini dalam kelas tersendiri.

Selain dari tahan lasak, ia murah berbanding jenama lain.

Semoga perkongsian ini membantu anda!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
inche fly
inche fly
6 tahun yang lalu

saya baru terai gewang ni lepas tgk post sedara! memang mantap tormentor ni, kena kumpul stok sebelum ia pupus

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading