Mengenali Jenis-Jenis Bentuk Gewang dan Perbezaannya

bentuk gewang minnow

Adakah anda memahami pengkelasan setiap jenis bentuk gewang?

Antara salah satu kekeliruan yang sering terjadi kepada caster baru adalah tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan minnow, shad dan crankbait.

Artikel ini akan menerangkan secara ringkas tentang topik ini:

Apakah Perbezaan diantara Gewang Minnow, Shad dan Crankbait?

Sebenarnya perbezaan utama diantara ketiga-tiga gewang ini adalah terletak kepada bentuknya.

Berikut adalah penerangannya:

Minnow

bentuk gewang minnow
Gewang minnow

Gewang minnow adalah berbentuk panjang dan kurus.

Contoh gewang minnow adalah Rapala X-Rap dan Rapala Countdown

Shad

bentuk gewang shad
Gewang Shad

Gewang shad juga berbentuk panjang, tetapi ia lebih pipih, leper dan rata pada bahagian tepi.

Contoh gewang shad adalah Rapala Shad Rap, Ofmer X-Deep dan Rapala Flat Rap.

Crankbait

bentuk gewang crankbait
Gewang Crank

Gewang crankbait pula cenderung kepada berbentuk bulat, pendek dan gemuk.

Aksi gewang ini selalunya lebih kencang dan mampu menyelam pantas.

Contoh gewang crank adalah Rapala Fat Rap dan Evergreen Combat.

Swimbait

bentuk gewang swimbait

Swimbait adalah sejenis gewang berbadan keras yang berbentuk seperti ikan sebenar, tetapi bersegmen (jointed body) dalam beberapa bahagian.

Ia amat popular diluar negara untuk menjebak ikan largemouth bass. Namun dinegara kita ia masih belum mendapat tempat.

Mungkin harganya yang ‘keras’ dan sukar untuk didapati.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Jerkbait?

bentuk gewang jerbait
Jackall Squad Minnow dan Megabass Trick Darter (shad)

Jerkbait adalah gewang yang tergolong di bawah family minnow dan shad.

Terma jerkbait sebenarnya bukanlah dikelaskan berdasarkan bentuk gewang tersebut, tetapi ia berdasarkan cara persembahannya iaitu perlu di-jerk (henjut) untuk menghasilkan aksi melilau yang menggoda pemangsa.

Jerkbait biasanya terdiri daripada gewang minnow yang diletakkan pemberat supaya mengampai (keapungan neutral) bila karauan dihentikan.

Penutup

Semoga artikel ini membantu anda memahami perbezaan diantara bentuk dan jenis gewang dengan lebih baik.

InsyaaAllah ia akan memudahkan urusan pemilihan dan pembelian gewang anda kelak, agar sesuai dengan cara pancingan anda.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

3 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Neevy
Neevy
4 tahun yang lalu

Tq bro.. Baru je tahu ni..main casting ikan dpt je..ble org tny Gewan ape pkao..ckp “ha yg legend pnye” pdhal x tahu pape pon..HAHA..saje tkar angin nk casting..xde la malu sgt nty org tny..rupenye slme ni pkai 2 jenis…rapala Rap n ofmer deep minnow n shad..

Pijan Madinil
5 tahun yang lalu

Fuhhh terbaik bro… baru “khatam” (41 tab page), 2 hari baca. Tu pun berkaitan pancinglah, yg lain tu skip dulu v(^_^)’v

Jika tidak keberatan, mohon review gak lure2 tempatan spt Senses Saviors, OR Craft Spearyu, Code, Baby Code, Apop dan sebagainya…

Antara blog memancing dlm BM yg amat menarik, simple tp padat & mudah difahami . Kipidap bro…

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading