Peralatan yang sesuai adalah sangat kritikal dalam mempersembahkan gewang permukaan secara efektif.
Penggunaan alat yang betul bukan sahaja membantu pergerakan gewang dengan lebih baik, malah mengelakkan kita keletihan atau kehilangan ikan.
Bahagian ini diwujudkan untuk mengumpulkan artikel-artikel berkaitan ilmu memancing disepanjang apa yang saya belajar, terutama mengenai casting dan gewang.
Semoga bermanfaat!
Peralatan yang sesuai adalah sangat kritikal dalam mempersembahkan gewang permukaan secara efektif.
Penggunaan alat yang betul bukan sahaja membantu pergerakan gewang dengan lebih baik, malah mengelakkan kita keletihan atau kehilangan ikan.
— menganggap sistem tegangan atau drag berfungsi seperti brek kereta.
Selalunya ia akan dikunci ketat dan berharap ikan berhenti serta-merta.
Sebenarnya anggapan ini kurang tepat.
Fungsi sebenar sistem tegangan adalah untuk memenatkan dan memperlahankan larian ikan, sehingga ikan tersebut kehabisan tenaga.
Melaraskan drag dengan betul akan memberi banyak kelebihan kepada pemancing.
[su_note note_color=”#F4f4f4″]
Oleh itu artikel kali ini akan membincangkan kepentingan drag dan bagaimana membuat pelarasan sistem tegangan yang betul.
[/su_note]
Pernahkah anda terlihat atau terdengar tagline “Think Like a Fish”?
Seingat saya, kali pertama saya melihat perkataan “think like a fish” adalah pada paket pembungkusan produk jenama Storm pada beberapa tahun yang lepas.
Walaupun saya tidak ambil serius sangat pada waktu itu, namun ia sedikit sebanyak membuatkan hati saya terdetik – apakah yang dimaksudkan dengan “berfikir seperti ikan” itu.
Persoalan-soalan ini agak memeningkan saya.
Memang sukar untuk faham tanpa contoh yang jelas.