Pemilihan Set Pancing Untuk Gewang Permukaan

set pancing sesuai untuk gewang permukaan

Peralatan yang sesuai adalah sangat kritikal dalam mempersembahkan gewang permukaan secara efektif.

Penggunaan alat yang betul bukan sahaja membantu pergerakan gewang dengan lebih baik, malah mengelakkan kita keletihan atau kehilangan ikan.

Di bawah ini saya nyatakan jenis set pancing yang sesuai:

Aksi Joran Yang Sesuai

Saya lebih gemar menggunakan joran pendek sepanjang 6 kaki (tidak melebihi 7 kaki) yang mempunyai aksi pantas (fast action) atau sederhana (medium action) untuk menggayakan gewang permukaan.

Alasannya adalah kerana:

  • Rod pendek akan memudahkan kita mengawal aksi gewang, terutama di tempat sempit seperti di atas bot.
  • Rod aksi pantas akan membantu persembahan pensil dan popper lebih hidup.

Reel Yang Sesuai Digunakan

Oleh kerana aplikasi gewang permukaan hanya menyebabkan rintangan air yang kecil, reel yang mempunyai ratio gear yang tinggi adalah lebih sesuai.

Pilih reel mempunyai ratio tinggi adalah 7:1 ke atas.

Dengan reel yang laju, ia akan memudahkan kita menyimpan slack line dengan lebih pantas dan cekap.

Ini penting untuk mengelakkan kejadian backlash.

Selain itu, bila ikan menyambar gewang, kita boleh mendaratkan ikan dengan lebih cepat.

Pemilihan Tali dan Perambut

Tali yang sesuai untuk menggayakan gewang permukaan adalah dari jenis sulam (braid) dan tangsi (monofilamen).

Penggunaan tali fluorocarbon, walaupun ia halimunan di dalam air, ia tidak sesuai untuk aplikasi gewang permukaan kerana ia berat dan bersifat tenggelam.

Oleh itu sedikit sebanyak akan menjejaskan aksi gewang permukaan.

Tali sulam dan tangsi adalah lebih ringan dan terapung diatas air, dimana ia akan memudahkan kita menggayakan gewang permukaan dengan lebih efektif.

Penutup: Kepentingan Memilih Set Pancing Sesuai

Pemilihan set pancing yang tepat menghidupkan persembahan gewang permukaan dengan sempurna.

Malah, ia juga penting untuk mengurangkan keletihan serta membantu kita mendaratkan “monster” yang diidamkan dengan lebih yakin.

Oleh kerana keperluan set pancing banyak bergantung kepada situasi padang pancing, jenis gewang dan teknik yang ingin digunakan..

… maka artikel ini hanya membantu memberi gambaran awal mengenai set pancing yang sesuai.

Semoga membantu!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
zfr
zfr
3 tahun yang lalu

Salam bang, saya baru nak belajar memancing cara gewang permukaan. boleh tak saya guna reel spinning untuk memancing cara gewang permukaan ni? terima kasih.

Shah
Shah
5 tahun yang lalu

Jika rod casting 6 kaki berkuasa medium, dengan line test antara 8-17LB, apakah kategori LB tali yang paling sesuai? Adakah antara 8-17LB sahaja? Saya selalu jumpa pemancing yang mengenakan tali 20LB walaupun line test rod hanya sekitar 8-17LB. Terima kasih.

Shah
Shah
Reply to  Muhamad Naim
5 tahun yang lalu

Jika saya set up rod 8-17LB tersebut dengan reel ajiking nesmo 6.3:1 dengan drag 5kg, cun tak kalau pakai braided 20LB?

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading