Produktiviti Akan Meningkat Bila Kita Bersyukur Kepada Allah

bersyukur kepada AllahMungkin kita telah diberitahu banyak kali bahawa kita perlu bersyukur atas setiap pemberian.

Perkara ini selalunya agak sukar dilakukan ketika kita berada dalam kesusahan.

Namun begitu, tahukah kita bahawa yang bersyukur boleh melipatgandakan produktiviti?

Kesan perbuatan bersyukur atas produktiviti telah dibuktikan dengan pelbagai kajian.

Ini termasuk salah satunya dimana “peserta yang menyimpan senarai kesyukuran (gratitude list) lebih cenderung untuk melakukan peningkatan terhadap matlamat peribadi yang penting (akademik, perhubungan dan kesihatan) dalam tempoh dua bulan berbanding dengan subjek-subjek dalam experimen lain.1

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Surah Ibrahim ayat 7

Betapa cantiknya janji ini dan bagaimana ia memberikan motivasi!

  • Ketika senang, kita bersyukur dan ia akan menjadikan kita terinspirasi.
  • Dan pada waktu susah, kita bersyukur dan kita akan dapat mengatasi situasi yang mencabar.

Abu Suhayb Ibn Sinaan telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berkata:

Betapa ajaibnya seorang mukmin; ada kebaikan baginya dalam setiap perkara, dan sifat ini hanyalah khusus untuk dirinya. Jika dia mendapat susuatu yang baik, dia bersyukur, lalu dia menjadi baik untuknya. Sekiranya dia mendapat kesusahan dan dia bersabar, dia itu pula menjadi baik untuknya”

— Muslim

Bersyukur memberikan kita tenaga spiritual yang positif yang kita perlukan untuk mengatasi cabaran dalam hidup.

Tambahan pula, ia memberikan inspirasi kepada kita untuk bekerja dengan lebih keras kerana-Nya.

Rasulullah SAW selalu solat sehingga kakinya bengkak.

Apabila ditanya mengapa baginda solat sebegitu sedangkan baginda telah dijanjikan syurga, “Tidakkah patut aku menjadi hamba yang bersyukur?” — Bukhari

Akhirnya, bersyukur membantu kita mengatasi sifat tamak.

Tamak boleh menyebabkan kita mengejar cita-cita palsu yang tidak memberikan manfaat kepada hidup atau menggandakan produktiviti kita.

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Jika ada dua lembah emas untuk anak Adam, dia akan mengimpikan untuk satu lagi (lembah). Dan mulutnya tidak akan penuh kecuali dipenuhi pasir (dia tidak akan pernah puas), dan Allah akan kembali kepada orang yang bertaubat”

— Muslim

Jadi, mari kita gunakan rasa kesyukuran ini untuk menikmati apa yang kita ada, daripada kesal dengan apa yang kita tiada.

Bagaimana Untuk Bersyukur?

1. Hitung Rezeki Yang Telah Kita Dapat

Kita tidak akan pernah dapat menghitung setiap rezeki yang diberikan Allah, mencuba sahaja akan memberikan perasaan kesyukuran dalam hati kita.

Allah menyatakan dalam al-Quran:

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al-Nahl ayat 18


2. Memuji dan Berterima kasih Kepada Allah

Sebelum berdoa, pujilah dan berterima kasihlah kepada Allah atas setiap pemberian yang Dia berikan.

Ini akan membawa kepada pengiktirafan dalam hati dan lafaz pada lisan seperti kata Ibn Qayyim ketika dia menerangkan:

Pemberian (blessings) datang kepada seorang hamba daripada Allah, satu demi satu.

Perkara yang menjaminnya adalah sifat bersyukur berdasarkan tiga sokongan: pengiktirafan dalaman terhadap pemberian itu; melafazkan kata-kata syukur dan berterima kasih; dan menggunakannya di jalan yang diredhai oleh-Nya.

Dengannya, seseorang hamba itu akan menunjukkan rasa kesyukuran atas pemberian tersebut – walaupun sebentar”


3. Mencarai Manfaat Daripada Barakah

Menggunakan pemberian tersebut di jalan yang Allah redha.

Jangan gunakannya untuk mengingkariNya.


4. Berterima Kasih kepada Manusia Lain

Nabi Muhammad SAW berkata:

Orang yang tidak berterima kasih kepada manusia, tidak juga berterima kasih kasih kepada Allah

— Ahmad dan Tirmizi

Baginda juga bersabda:

Sesiapa yang menolong kamu, maka balaslah. Jika kamu tidak dapat mencari sesuatu untuk membalasnya, maka berdoalah untuknya sehingga kamu rasa kamu telah membalas untuknya 

— Abu Daud

Dalam hadis lain, baginda bersabda:

Sesiapa yang telah ditolong dan berkata kepada mereka yang telah menolongnya, ‘Jazakallahu Khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan)’ telah melakukan yang secukupnya untuk membalasnya.

— Tirmizi


5. Meminta Tolong Daripada Allah Cara Untuk Berterima Kasih KepadaNya

Satu doa masyhur yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk dilafazkan selepas setiap solat adalah:

Allahumma a’inni ala dzikrika wa shukrika wa husni ibadatika.

Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan Menyembah-Mu dengan sebaiknya”

Mari pastikan kita menghafalnya dan membacanya setiap kali selepas solat.

 

Kesimpulan: Kelebihan Hidup Sentiasa Bersyukur

Bersyukur bukanlah satu perasaan.

Ia adalah satu cara hidup dan kaedah menghadapi segala cabaran dalam kehidupan.

Ia akan menjadi jendela untuk melihat realiti, dimana ia membolehkan kita menerima segala kebaikan dan keburukan didalam kehidupan ini.

Bersyukur membolehkan kita menerima banyak perkara di dunia ini dan memperbaiki apa yang terkurang.

Ia membolehkan kita melihat bagaimana diri kita dalam mewujudkan kehidupan yang lebih baik.

Kesyukuran meletakkan kita dalam hubungan yang lebih positif dengan orang lain disekeliling kita.

Kesyukuran adalah satu cara yang membolehkan kita mengambil tempat sepenuhnya dalam kehidupan tanpa risau mengenai ganjaran dan status.

Dan menyingkirkan ego dari kehidupan.

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Rizuan & Co
5 tahun yang lalu

Alhamdulilah dengan bersyukur ia membuatu kita lebih dekat kepada Allah. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada serta terima dengan hati yang redha. In shaa allah.