Mengapa sesetengah orang mengalah dalam mengejar impian mereka?
Kerana mungkin sampai satu tahap, mereka mula merasakan impian itu adalah mustahil untuk dicapai
Mereka mula percaya bahawa mereka tidak mampu, tidak layak dan tiada kemahiran yang diperlukan.
Tapi jika kita tidak menuruti kemahuan hati,
Memenuhi impian dan minat kita,
Dan menafikan kehidupan yang kita dambakan,
Maka bagaimana yang kita akan jadi nanti?
Adakah hidup kita akan benar-benar bahagia?
Sebenarnya, apa yang penting adalah kita harus memecahkan matlamat kita kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.
Perkara yang kita boleh capai hari ini akan membawa kita selangkah lebih dekat dengan matlamat terakhir dan impian yang sebenar.
Mengapa?
Kerana kita tidak boleh mencapai bintang dengan hanya memandangnya.
Dan apabila ia terlihat jauh; kita akan mudah untuk menjadi lemah semangat..
… dan berputus asa.
Maka, ambil sedikit masa untuk memecahkan impian kita kepada beberapa matlamat-matlamat kecil.
Jangan biarkan kesukarannya melemahkan anda.
InsyaaAllah, anda boleh mencapainya, tetapi pertama sekali anda perlu mula melangkah…
Tinggalkan Komen Anda..
Mengejar impian perlu berterusan sehingga tercapai walaupun pelbagai rintangannya.
Benar!
kadang-kadang kerana ketiadaan sokongan individu lain samaada perkara fizikal atau nasihat.
Benar. Itu salah satu faktor.
Mengejar sesuatu yang jauh, atau suatu yang belum pasti ni memang memerlukan keazaman yang kuat :)
Benar tuan, saya sangat setuju..
Sebab ia ibarat melompat ke dalam bilik yang gelap, kita samar-samar mencari arah tuju..
saya sekarang tengah mengejar impian..
moga tercapai…
Amin InsyaaAllah..
Never give up – dan jgn takut utk berubah. Kalau perlu ubah perancangan, it’s ok, doesn’t mean you’ve failed.
Sungguh!
Kadangkala kita perlu mengubah strategi dalam mencapai sesuatu matlamat.