Sabar Yang Sebenar Tidak Selalu Seperti Yang Kita Sangka

Sabar

Ramai orang menyuruh kita bersabar. Namun tidak ramai yang benar-benar menerangkan apakah maksud sabar yang sebenar.

Kata itu sering hadir ketika hidup sedang menguji kita. Ketika hati berserabut. Ketika doa terasa lambat dijawab. Ketika jalan yang kita harapkan tiba-tiba menjadi sempit dan gelap.

Pada saat itulah nasihat yang paling kerap kita dengar ialah: sabarlah.

Tetapi sabar yang bagaimana?

Adakah sabar itu bererti diam sahaja?

Adakah sabar itu sekadar menelan semua rasa sakit tanpa berkata apa-apa?

Adakah sabar bermaksud kita mesti kelihatan kuat, walaupun di dalam hati kita sedang pecah perlahan-lahan?

Di sinilah ramai orang tersilap memahami sabar.

Baca Sepenuhnya

Mengatasi Rasa Sunyi dan Kesepian

rasa sunyi dan sepi

Rasa sunyi dan sepi mungkin menjadi salah satu masalah hidup utama bagi sesetengah orang.

Kesunyian kadangkala sangat menyakitkan.

Ia seperti berjalan tanpa arah tujuan, tanpa perancangan dimana ia akan berakhir.

Ia adalah penderitaan dalam ketakutan.

Menurut John T. Cacioppo 1, kesunyian adalah satu penyakit.

Ia menyebabkan keradangan dalam badan, perlahan-lahan menyumbat saluran arteri, menyebabkan kencing manis, serta menyebabkan kemurungan.

Baca Sepenuhnya