Apakah kebaikan tabiat menulis?
Anda perlu tahu bahawa:
— Lebih banyak kita menulis, kita akan menjadi lebih baik dari hari sebelumnya, terutamanya dari sudut minda dan emosi.
Menulis adalah sama seperti kemahiran lain – ia boleh dipertingkatkan.
Penulis yang baik sentiasa bersikap intelektual.
Mereka tahu apa yang mereka bicarakan dan suka berkomunikasi.
Kita boleh nampak ‘sesuatu yang istimewa’ dalam dalam diri mereka.
Adakah Otak Seorang Penulis Lebih Baik?
Kita tidak boleh menilai otak seseorang dengan cara yang baik atau buruk.
Tetapi kita pasti akan dapat melihat ciri-ciri tertentu yang terdapat dalam minda seseorang.
Ciri-ciri dan kemahiran yang kita asah sebagai penulis adalah satu pelaburan jangka panjang, kerana ia akan sentiasa mempengaruhi cara kita melakukan sesuatu perkara.
Dalam artikel ini, kita belajar tentang manfaat tabiat menulis kepada otak kita.
Dan bagaimana ia dapat mempertingkatkan hidup kita.
Seperti yang telah disebutkan, semakin banyak yang kita tulis, kita akan menjadi lebih baik dan semakin bagus-lah ciri-ciri yang dapat kita pupuk.
Apakah perkara tersebut?
Mari kita teruskan..
1. Tabiat Menulis Membantu Kita Mengembangkan Imaginasi dan Kreativiti
Apabila kita menulis, kita perlu ‘mengeluarkan’ kata-kata keluar dari otak.
Proses ini dipanggil mental effort, dan ia merangsang kepada peningkatan prestasi fungsi kognitif kita
Kreativiti kita, sebagai contoh, akan berkerja setiap kali kita menulis.
Sekiranya kita sedang menulis karya fiksyen, ia adalah perkara yang sama dengan imaginasi kita.
2. Mengembangkan Pengetahuan dan Memperluaskan Sudut Pandang
Proses menulis biasanya bermula selepas kita melakukan sedikit penyelidikan.
Proses ini jelas memerlukan pembacaan.
Apabila kita membaca, kita akan membina pengetahuan dalam sesuatu bidang yang khusus tersebut.
Apabila kita menambah pembacaan, kita akan semakin mengembangkannya.
Penulis profesional memperoleh banyak pengetahuan sepanjang kerjaya mereka kerana keseluruhan aktiviti penulisan sentiasa didorong oleh maklumat baru.
Selain itu, penulisan membolehkan kita meluaskan perspektif.
Kita akan dapat menilai maklumat, peristiwa, atau tindakan kita dari sudut pandangan yang berbeza.
3. Tabiat Menulis Meningkatkan Kecerdasan
Tulisan tangan akan mempengaruhi ketangkasan, yang mana seterusnya akan meningkatkan IQ kita
Banyak kajian mengesahkannya, dan penulis juga boleh mengesahkannya
Apabila kita menulis setiap hari, kita akan perasan bahawa proses berfikir tidaklah terasa begitu sukar lagi.
Kadang-kadang kita akan mendapati bahawa kita tidak perlu berfikir terlalu banyak tentang apa yang kita perlu tulis seterusnya.
Apa yang berlaku ialah minda bawah sedar kita sudah melakukan tugas kita secara automatik, membantu kita mencari sumber yang diperlukan untuk membantu penulisan kita.
Perkara ini berkaitan dengan pertukaran sistem 1 dan sistem 2 dalam otak kita.
4. Mengurangkan Tekanan & Membantu Memulihkan Isu Emosi
Adakah anda tahu bahawa penulisan juga dapat membuat luka fizikal pulih lebih cepat?
Fakta yang menarik untuk diketahui.
Selain dari segi fizikal, tulisan adalah ubat yang sangat baik untuk luka dan trauma emosi.
Apabila kita menulis masalah kita pada sekeping kertas, selalunya kita akan merasa lega.
Apabila kita membaca kertas itu lagi, kita akan merasa lebih baik dari sebelumnya.
InsyaaAllah, kita akan memperolehi keyakinan bahawa kita akan dapat bertahan dalam ujian tersebut.
Selain itu, ada satu kajian Harvard mencadangkan bahawa penulisan akan mengurangkan stress
Kurang tekanan bermakna produktiviti dan kesihatan yang lebih baik.
Jadi lakukan penulisan apabila kita merasakan keperluan untuk “sembuh”.
5. Tabiat Menulis Akan Melatih Kita Menyusun Idea dan Ekspresikannya Dengan Lebih Berkesan
Saya telah menulis hampir setiap hari sejak dari tahun 2010.
Perbezaan yang dapat dirasai hasil daripada penulisan yang konsisten adalah:
Saya dapat belajar bagaimana untuk menstruktur apa, bila, dan bagaimana saya hendak mengatakan sesuatu perkara atau idea.
Dalam tempoh ini, kemahiran komunikasi saya telah berkembang baik.
Dan saya percaya ia adalah hasil dari penulisan berterusan dan konsisten yang saya telah berlatih selama bertahun-tahun.
Penutup
Menulis selalu menjadi aktiviti dipandang remeh..
.. walaupun ia telah digunakan sebagai satu bentuk ujian di sejak dari bangku sekolah lagi.
Jika kita mula menyedari kepentingannya, kita akan memahami betapa bermanfaatnya aktiviti menulis ini.
Tidak kira kita menulis pada diari mahu pun pada blog, sebolehnya jadikan aktiviti ini sebagai tabiat harian.
Jadi apa pandangan anda mengenai perkara ini?
Tinggalkan Komen Anda..