Bagaimana Untuk Suka Sesuatu Yang Baru, Membosankan & Kita Tak Suka?

 mari mencuba sesuatu yang baru
Hidup ini terlalu singkat untuk kekal ditakuk lama.. cubalah untuk buat sesuatu yang baru [Bergambar bersama penduduk tempatan di Boracay, Manila]
Pernahkah anda memaksa diri untuk buat perkara yang anda tidak suka?

Pagi ini, subuh-subuh saya sudah keluar memancing walaupun saya tahu banyak orang bencikan aktiviti ini, namun saya suka. (pelik orang yang tak suka mancing ni.. best gila kot. haha)

Tetapi saya pula benci berlari dan berjogging, tapi ada orang lain yang sangat suka.

Tapi itu dulu.. sekarang saya sudah mula suka untuk bersenam.

Banyak juga perkara-perkara yang dahulunya saya selalu ingin elakkan, pada akhirnya saya jatuh cinta terhadap aktiviti tersebut.

Contohnya travel, joging, berenang dan minum teh. haha. ヽ(^。^)丿

Memancing, seperti juga aktiviti lain, kita akan berasa teruk pada mulanya.

Dan apabila ia menjadi semakin baik, apabila kita sudah terbiasa dengannya.

Apa yang kebanyakkan orang tak tahu, kita semua boleh belajar untuk menyukai apa yang kita anggap asing dan tidak sesuai dengan diri kita.

Bagaimana?

Bagaimana untuk suka dengan sesuatu yang baru bagi kita?

Mungkin anda teringin juga untuk buat sesuatu yang baru.

Tetapi biasanya, kita semua akan terperangkap dalam jerat dengan menghabiskan waktu hujung minggu dengan cara yang sama sahaja.

Bahkan bukan minggu, hari-hari biasa pun sama juga. Balik-balik makan jenis makanan yang sama, jenis baju yang sama, dan tengok rancangan tv yang sama.

Mungkin sudah menjadi lumrah alam manusia ini makhluk yang sukar untuk mengubah rutin?

Tetapi kadangkala, dengan mencuba sesuatu yang baru akan membuatkan anda terikat kepada sesuatu yang lebih, lebih baik.

We keep moving forward, opening new doors, and doing new things, because we’re curious and curiosity keeps leading us down new paths.

– Walt Disney

Kemudian timbul satu persoalan : Bagaimana kita boleh mengatasi ‘rasa jelik’ dari sesuatu yang kita sedang cuba pelajari itu, dan kita boleh menjadi bagus dengannya pula?

Jawapannya: jadilah seorang yang ingin tahu bagaimana kejelekan tersebut. Terima kejelekan itu.

Apabila kita membuka hati kita untuk mengalu-alukan kejelekan sesuatu itu, wujudkan rasa ingin tahu mengenainya, dekat diri dengan perasaan yang teruk ini…

… dan anda pasti boleh bertahan, dan banyak perkara yang boleh kita akan belajar dari ini nanti.

 

Disini apa yang anda boleh cuba:

Dalam permulaan untuk belajar sesuatu, mungkin anda berasa frust dan tak selesa dengan kejelekan ini.  Ia mungkin benar-benar sukar, mengelirukan, penuh dengan kegagalan.

Mengapa? sebab anda berada diluar zon selesa.

Sekarang tukarkan perasaan kekecewaan tersebut, atau sebarang perasaan yang tidak selesa yang anda rasakan itu, seperti keliru, tak boleh sabar, bosan, rasa down dengan diri sendiri, rasa mahu berhenti…

… kepada perasaan menghayatinya, instead of cuba berhenti atau mengelakkan diri daripadanya.

Cuba duduk dengannya, tidur dengannya, makan dengannya. Cuma biarkan ia disitu bersama anda. Biarkan ia berada dalam diri anda

— Berikan ia ruang.

Sekarang, tukarkan perasaan ingin tahu tersebut kepada perasaan ini:

  • Dimanakah ia didalam diri anda?
  • Bagaimanakah sensasi daripada perasaan ini?

Jangan cuba menilai, tetapi sebaliknya beritahu diri anda bahawa anda tidak berapa tahu sangat, dan ingin tahu lebih lanjut mengenainya.

Cuba berfikir terbuka tentang apa yang anda rasakan itu. Jangan berfikir tentang perkara-perkara yang anda sudah tahu.

Rasai perasaan ini, lagi dan lagi, sehingga anda intim dengannya.

Ada banyak perkara yang perlu dipelajari dalam proses ini. Dan ini juga akan membuatkan anda berasa teruk. Namun anda akan OK. InsyaaAllah.

Dan kita hanya akan OK dengan perkara yang teruk tersebut, apabila kita tinggal dengannya, dan kita berjaya buat sebarang kemajuan dengannya.

Sebenarnya apabila kita telah bagus dalam membuat apa sahaja yang kita rasa teruk, kita akan cenderung dan suka untuk kekal bagus dalam perkara tersebut.

Dan kemudiannya, apabila anda telah menyedari perkara itu (yang anda benci pada mulanya), ia telah pun menjadi sebuah lagi zon selesa buat anda.

Seterusnya..

Pasti anda akan mahu menolak lagi diri anda dari zon ini. Apabila anda telah mencapai tahap ini, carilah perkara lain lagi yang anda rasa teruk untuk anda lakukan.

Just dive into it. Hadapi sahaja.

Risaukan penyelesaian perkara tersebut itu pada kemudian nanti.

Yang penting, fake it until you love it!

And it works!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Jua azura
Jua azura
8 tahun yang lalu

Assalammualaikum salam ukhuwah
Untuk memulakan sesuatu yang baru.. niat..semangat..kombinasi yang sewajarnya teguh dan kukuh..in sha Allah boleh.

Inchenaim
Reply to  Jua azura
8 tahun yang lalu

Iya benar.

Semangat itu paling penting, tapi untuk ia kekal teguh dan kukuh (istiqamah) dengan berlalunya masa tu yang susah.

Terima kasih kerana meninggalkan komen :)

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading