Penerangan Ringkas Jenis-Jenis Spool Baitcaster Daiwa

Apa yang anda faham mengenai spool pada baitcaster (bc) anda?

kita mungkin mudah tersilap menganggap bahawa gelendung (spool) untuk semua baitcaster adalah sama.

Disamping berfungsi menyimpan tali pada reel, spool juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi prestasi balingan dan keupayaan sesuatu reel.

Saiz spool, berat, kedalaman, kelebaran dan rekabentuk serta jenis rotor memberikan pengaruh besar terhadap fungsi dan potensi sesebuah reel.

Dan elemen-elemen ini lah yang akan diambil kira dalam penciptaan sesuatu reel untuk mencapai fungsi tertentu yang diingini.

Baitcaster direka untuk game ultra finesse (T3 Air), dan BC yang direka untuk tugas berat (Z2020) adalah dua contoh yang sempurna bagi baitcaster yang berbeza.

Dan spool memainkan peranan penting dalam memberikan fungsi dan keupayaan masing-masing kepada kedua-dua reel tersebut.

Jadi mari kita mengenali beberapa spool yang berbeza dalam keluarga besar Daiwa.

Jenis Spool Baitcaster & Spesifikasinya

Spesifikasi yang disenaraikan untuk setiap spool adalah dinyatakan secara umum sahaja. Kapasiti tali untuk sesetengah model mungkin sedikit berbeza. 

  • 100 – Adalah pilihan untuk spool dalam untuk Daiwa saiz 100, dan ia terkenal kerana lagenda TDZ dan Zillion original. Spool ini bersifat all-rounder dan kuat. Spesifikasi muatan tali → 12lb/110m
  • 103  Adalah pilihan pertama spool cetek untuk saiz 100. Digunakan untuk mencapai prestasi lontaran yang cemerlang menggunakan gewang yang ringan pada TDZ, Alphas dan Steez. Spesifikasi muatan tali → 12lb/110m
  • 105 – Pilihan baru untuk reel saiz 100 dan ia lebih cetek berbanding 103. Direka untuk permainan gewang ultra finesse. Spool yang sangat ringan, pantas dan seimbang. Spesifikasi muatan tali → 10lb/90m
spool baitcaster daiwa
  • 1000 – Spool 34mm yang sepadan untuk reel saiz 1000 seperti T3 dan Ryoga. Tersedia dibawah jenama RCS dalam dua jenis, iaitu spool cetek dan dalam. Spesifikasi muatan tali → 10lb/70m (RCS SV 1000 shallow), 12lb/80m (RCS SV 1000 deep)
  • 1012   Spool versi cetek dan rata untuk reel saiz 1000 seperti Daiwa T3. Ini adalah spool yang paling cetek untuk reel saiz 1000 dan ia dilengkapi dan rotor Magforce Z. Spesifikasi muatan tali → 12lb/100m
spool baitcaster daiwa 1012
RCS 1012
  • 1016 – Spool ini adalah yang paling menonjol dalam keluarga saiz 1000. Terkenal kerana prestasi mengagumkan dengan T3 1016, dan apa yang menarik adalah spool ini boleh dipadankan dengan Steez 100/103. Spesifikasi muatan tali → 16lb/100m
  • 1516 –  Diperkenalkan pada tahun 2015 melalui reel TD Zillion. Spool 1516 adalah tambahan saiz dalam keluarga spool saiz 1000. Mempunyai ukuran diameter 36mm dan dicipta rata pada bahagian dasar. Spesifikasi muatan tali → 16lb/100m
  • 200 – Spool dalam dengan diameter 38mm. Ditampil pertama kali melalui pelancaran Tatula HD. Ringan, kuat dan mampu menyimpan banyak tali. Spesifikasi muatan tali → 14lb/180m
  • 2014 – Nombor tersebut membayangkan bahawa ia dicipta untuk tali 14lb. Dengan rekabentuk rata pada bahagian dasar, spool RCS 2014 adalah spool cetek yang hebat untuk dipadankan dengan Ryoga dan Z2020 Spesifikasi muatan tali → 14lb/100m & 12lb/120m
  • 2020 –  Spool ini terkenal kerana dipadankan dengan Daiwa Z2020. Dicipta untuk memuatkan tali kasar dan untuk permainan heavy cover serta untuk ikan besar. Spesifikasi muatan tali → 20lb/100m
  • 2025 – Spool terbaru untuk reel dalam julat saiz 2000. Spool yang dipadankan dengan reel Ryoga Bay Jigging 2025. Kuat dan berprestasi tinggi seperti Ryoga. Spesifikasi muatan tali → PE2/250m
  • 300 – Sinonim dengan baitcaster bersaiz besar dan tahan lasak seperti Millionaire dan Lexa 300H. Spesifikasi muatan tali → pelbagai.
  • 3000 – Spool ini mendapat perhatian dengan keluarnya Ryoga Shrapnel. Ia Luas, besar dan kuat. Spesifikasi muatan tali → PE5/195m

Info Lain Mengenai Spool Daiwa

Spool Daiwa juga mempunyai beberapa kod lain yang memberitahu kita tentang beberapa ciri penting.

Daripada ratio pusingan sehingga kepada jenis spool, terdapat banyak perkara yang perlu difahami dan diambil perhatian.

Di bawah adalah penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan:

Floating Spool

Floating spool adalah sistem unik daiwa mengapungkan spool secara bebas dan berasingan dari shaft pinion gear

Oleh itu, spool akan berputar bebas tanpa sebarang geseran diatas bearing sendiri, seterusnya meningkatkan jarak lontaran.

spool baitcaster
Konsep free floating spool

Type R

Dimodifikasi untuk prestasi yang lebih power, ia dilancarkan menerusi reel legenda Daiwa TDZ pada tahun 1990-an.

Baitcaster type R adalah lebih ringan, lebih pantas, dan diubahsuai untuk mencapai prestasi lontaran yang lebih tinggi.

Ia juga turut ditampilkan bersama rotor brek yang diubah suai yang tiada pada spool standard.

Power dan berprestasi tinggi, tetapi ia juga sukar dikendalikan (terutamanya pada model awal) kecuali di tangan pemancing berpengalaman.

SV Spool

Spool ajaib terbaru dari Daiwa kerana spool ini boleh melakukan apa sahaja.

SV bermaksud Super Versatile.

Sesuai dengan namanya ia boleh mengendalikan lontaran gewang ultralight dengan mudah, serta juga boleh mengendalikan gewang bersaiz besar tanpa masalah.

Spool baitcaster Stress Versatile (SV)
Spool terbaru dari Daiwa, Stress Versatile (SV)

Air Spool/Air Brake

Kombinasi spool dan sistem brek yang membolehkan gewang seringan 1-2 gram dilontar dengan sangat mudah dan jauh.

Ia menjadi terkenal dengan penciptaan reel yang inovatif, Daiwa T3 air dan Daiwa SS air.

Sistem Air Brake juga digunakan pada reel Alphas SV untuk memberikan prestasi terbaik dalam permainan finesse.

Memahami Kod Yang Tertera Pada Baitcaster Anda

Kod-kod dibawah ini biasanya tertera pada body baitcaster atau pada kotak.

Ia memberikan panduan kepada anda untuk membuat keputusan sebelum pembelian baitcaster dilakukan:

  • L  Bermaksud reel tersebut mempunyai pengayuh pada sebelah kiri.
  • Bermaksud kelajuan rendah. 4.9:1, 5.1:1. & 5.3:1 adalah sebahagian daripada ratio rendah yang telah digunakan sejak sekian lama.
  • Bermaksud High iaitu bermaksud Kelajuan tinggi. 6.3:1 adalah standard bagi Daiwa untuk kelajuan tinggi.
  • SH Bermaksud super High Speed. 7.1:1 adalah standard ratio kepada SH.
  • XXH Extra Extra High speed, iaitu laju macam ribut. 7.3:1 dan keatas adalah standard untuk XXH dan semakin mendapat tempat pada hari ini.
  • PE Bermaksud reel tersebut dicipta untuk kegunaan tali PE. Ciri biasa untuk reel jenis ini adalah levelwind berkelajuan tinggi untuk mengurangkan tali terbenam di dalam spool.

Penutup

Saya harap sudah ada sedikit idea berkaitan dengan jenis spool dan BC dari keluarga Daiwa.

Mempunyai banyak rekabentuk, berprestasi tinggi dan sentiasa mengembangkan keupayaan potensi susuatu reel menunjukkan Daiwa sangat serius dalam dunia memancing.

Maka tidak hairanlah produk syarikat ini mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia.

Semua orang ternanti-nanti inovasi terbaru setiap tahun.

Semoga penerangan ringkas ini sedikit sebanyak membantu anda memahami keluarga Daiwa.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Bard
Bard
6 bulan yang lalu

Apa maksud tws?

Mat lupi
Mat lupi
5 tahun yang lalu

Trima kasih bang atas perkonsian ilmu

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading