
Kadang-kadang, hal yang paling kecil dalam hidup pun boleh memberi kesan yang paling besar. Salah satunya ialah senyuman.
Ringkas sahaja perbuatannya, tetapi kesannya boleh terasa jauh.
Ada hari-hari tertentu, senyuman kecil pun sudah cukup untuk membuatkan hidup terasa sedikit lebih ringan.
Dan sebenarnya, lebih baik lagi kalau kita boleh menghadiahkan senyuman itu kepada seseorang yang langsung kita tidak kenal.
Mengapa?
Sebab selalunya kita lalu di hadapan orang lain seperti mereka tidak wujud. Masing-masing berjalan dengan wajah kosong, pandang lurus ke depan, dan sibuk dengan hal sendiri. Seolah-olah dunia ini hanya berisi kita seorang.
Padahal, sedikit senyuman pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa kita masih manusia. Bukan tunggul kayu.
Kebanyakan daripada kita juga cenderung mengelakkan pandangan mata dengan orang asing di sekeliling.
Kita pura-pura sibuk. Pura-pura tidak nampak. Pura-pura tidak sedar ada manusia lain sedang berkongsi ruang yang sama dengan kita.
Apa kata cuba buat begini sekali-sekala: pandang tepat ke mata orang yang kita tak kenal itu, kemudian berikan senyuman yang ikhlas.
Dalam banyak keadaan, senyuman itu akan dibalas semula.
Dan di situlah menariknya perkara kecil seperti ini. Lebih banyak kita memberi senyuman, lebih banyak senyuman yang kita akan terima kembali.
Ia mungkin nampak remeh, tetapi benda-benda kecil beginilah yang perlahan-lahan menceriakan hidup.
Akhirnya, apa yang kita dapat?
Sebuah dunia yang terasa sedikit lebih mesra. Sedikit lebih ceria. Sedikit lebih manusia.
Mudah sahaja.

Dah lama rupanya artikel ini. Tetapi perkongsian yang menarik walaupun simple.
Dulu zaman bekerja (semasa praktikal), cuba nak praktiskan senyum kepada pelanggan dan angguk sikit kepala. Dia senyum juga.Tapi..tak lama datang balik nak berkenalan…adui…..#kenangan
Jangan senyum lebih-lebih, bahaya. :-)
Kekadang bukan tak nak senyum,malu atau sombong, tapi mata ni low self-esteem or tak suka eye-contact, tapi masa jejalan je la self-esteem kurang sebab bagus jugak, boleh menjaga pandangan *konon*…. tapi masa meeting dengan superior etc eye-contact tu penting ye,hehe
Mesti jalan tengok bawah je ni kan? haha.. anyway eye contact tu bagi saya tengok pada situasi la, macam awak jugak. Cuma client saya adalah murid-murid saya.
Kalau dengan perempuan bkn muhrim, memang tak boleh. Sebab dari mata jatuh ke hati.. ~ cehh. haha.
Memang kalau jalan kadang2 buat2 tak nampak orang,hihi… Kalau client kita students memang eye contact tu penting, macam saya pun, kalau students saya dah faham sangat maksud eye contact teacher diorang,hehe….kalau tak takde la pulak istilah cinta pandang pertama kan,hihi
Oh kak husna ni teacher rupanya.. saya ingatkan peguam sblm ni.. hihi
Akak ke?
Sy memang suka hati je panggil sape2 akak.. haha. Ke umur baru berapa?
Oo patut la ada gaya2 peguam, memang cita2 peguam rupanya. Takpe, kita senasib. Tapi kalau dipikirkan balik secara positif, bertuah pulak jadi cikgu ni walaupun tak minat. =)
Betul dah tu, adab dan sopan, even ada sesetengah orang akan sentap bila kena panggil ‘kak’
Oh sebaya rupaya kita. haha.
Xpe, boleh jadi yang kita taknak tu la yang terbaik buat kita. He knows :)