Sebenarnya semua orang adalah penulis.
Ini adalah fakta.
Bila difikirkan kembali tentang tabiat menulis, sebenarnya kita semua secara sedar tidak sedar, suka atau tidak suka.. kita memang telah melakukannya setiap hari.
Kita menulis emel, membalas whatsapp, kita post sesuatu status di facebook, Twitter, Instagram dan kita juga meninggalkan komen pada blog.
Bukankah setiap post yang kita buat itu secara tidak langsung membuatkan diri kita seorang penulis?
Menulis adalah satu aspek yang kita selalu lakukan dalam hidup kita– samalah seperti kita menaiki tangga, berulang-ulang setiap waktu dan pada setiap hari.
Penulisan boleh membuatkan kita kelihatan bijak dan sebaliknya juga boleh membuatkan kita kelihatan bodoh.
Ia melambangkan mentaliti kita.
Ia boleh menggambarkan imej kita sebagai seorang yang periang, baik, matang dan boleh dipercayai.
Tetapi ia juga boleh jadi sebaliknya, mencerminkan kita sebagai seorang yang bosan, tidak mesra dan ego serta kurang cerdik.
Pembaca kita bukan bodoh.
Mereka boleh menilai kita dari gaya penulisan.
Jadi, yang bagaimanakah yang anda mahu digambarkan?
Bagaimana menjadi penulis yang hebat?
Dalam kehidupan kita, kebanyakkan orang percaya bahawa;
.. kebolehan untuk menulis dengan baik dan hebat, adalah satu ‘keistimewaan’ hanya yang dianugerahkan kepada orang tertentu sahaja..
Bukan semua orang dapat anugerah ini.
Kebolehan menulis dengan baik dianggap sebagai suatu seni, terhubungkait dengan kehebatan luar biasa dan suatu anugerah tuhan untuk sesetengah orang sahaja.
Dahulu hampir sepanjang hidup, saya juga berfikiran begitu.
I thought writing was an art. Something special. For talented people only.
Bagi saya penulis adalah seseorang yang sangat menarik.
Mereka dilahirkan dengan bakat yang hebat untuk menarik perhatian orang dengan karya mereka. Memberi inspirasi kepada orang lain.
Itulah yang saya fikirkan.
Pemikiran sebegini menjadikan kita beranggapan bahawa dalam dunia ini terdapat dua golongan orang:
- Iaitu orang yang memang dilahirkan dengan bakat menulis
- Mereka yang malang, iaitu mereka yang tiada harapan untuk menulis dengan baik, hopeless struggle. – Ibarat cuba untuk mengukir batu marmar dengan sebilah pisau lipat.
Hakikatnya semua orang bukan dilahirkan untuk menulis dan bukanlah juga untuk menjadi malang.
Malah, mereka yang merasakan bahawa mereka boleh menulis (dan juga mereka yang merasa tidak boleh), selalunya tersilap!
Semua orang boleh menulis, dan skill ini boleh dipelajari.
Kunci untuk menjadikan penulisan kita meningkat & menjadi semakin baik, daripada batu kepada permata, adalah dengan menulis setiap hari.
Ya, menulis adalah rutin, bukannya suatu seni.
Ia harus dilatih dan diamalkan dari masa ke semasa.
Jadikan penulisan kita untuk menyebar kebaikan, untuk memberi inspirasi
Di dalam dunia realiti, kebanyakkan daripada kita adalah berada dalam kategori pertengahan;
– iaitu berkebolehan untuk menapis keluar penulisan yang cincai untuk menjadikan sesuatu itu lebih berinspirasi dan disenangi orang lain.
Mampu untuk berkomunikasi dengan baik dalam penulisan bukan sahaja menjadi sesuatu yang anugerah; tetapi ia adalah satu kemestian.
Dan selalunya perkara ini dipandang secara tidak serius oleh anda semua.
Apa yang penting adalah kita betulkan niat kita, kerana dengan penulisan juga kita boleh berdakwah, menyebarkan kebaikan dan mengispirasikan orang lain.
Penulisan kita tidak semestinya perlu ditulis panjang-panjang.
Tulisan yang pendek dan padat juga mampu untuk menyentuh hati orang lain.
Cuba lihat contoh penulisan di blog seth godin, tulisan beliau pendek tetapi sangat memberi inspirasi. Lagi? Cuba lihat status facebook Puan Ainon Ahmad, ringkas tapi padat.
Jadi bagaimana untuk menjadi seperti mereka diatas?
Fake it until you make it…
If you want to be a writer you must do two things above all others: read a lot and write a lot.”
– Stephen King.
Dalam dunia kita sekarang ini, kita telah sedia menulis dan membaca dengan banyak pada setiap hari. Anda memang dilahirkan untuk menjadi penulis.
Cuma skillnya sahaja yang perlu dilatih.
Sebenarnya otak kita mempunyai kebolehan yang mengagumkan untuk sentiasa belajar kemahiran baru.
Jadi perkara mudah yang anda boleh buat adalah, cuba-cuba tiru gaya penulisan orang lain yang memberi inspirasi, gaya penulisan yang kita suka.. dan kita akan dapat idea selepas itu.
Just fake it until you make it.
Ini adalah salah satu cara untuk kita menjadi kreatif.
Jadi, mari kita berusaha!
Belajar untuk meningkatkan penulisan setiap hari.
Simpan keinginan untuk memberi inspirasi dan menyebarkan kebaikan.
Kita semua kreatif. Semua orang mampu menjadi penulis, dan memang telah dilahirkan untuk menjadi penulis.
Anda hanya perlu meneroka potensi diri anda untuk menjadi penulis yang lebih baik. Berlatih, berlatih, berlatih dan berlatih!
Semoga kebaikan dapat tersebar dengan penulisan kita. InsyaaAllah.
Apa masalah anda berkaitan dengan bidang penulisan?
Kongsikan apa yang ada hadapi pada ruangan komen dibawah agar kita sama-sama boleh menyelesaikannya.
Terima kasih kerana membaca tulisan ini.


Assalamualaikum tuan, mungkin komentar saya ini agak lewat sebab saya baru jumpa artikel ini, kebetulan saya dalam proses membina blog sendiri,
Saya berumur 40an, dan baru tergerak hati hendak menulis blogs, ini adalah kerana sejak pkp awal tahun lalu, masa saya banyak terperap di rumah, jadi saya luangkan banyak masa untuk membaca blog dan menonton YouTube, seperti yang saya katakan awal tadi, saya dalam proses membina blog, saya tak tahu dari mana harus bermula, apa isu teknikal yang bakal saya hadapai untuk membolehkan blogs saya tu berada dalam injin carian Google kelak. Apakah langkah seterusnya? Ada orang berpendapat manfaat kan sahaja Google blogspot.com kerana ianya percuma, tapi apa yang saya dapati seolah olah Blog saya tak ada orang baca, sebab itulah saya membeli domin dan housing dan dalam proses menunggu.
Jadi apa yang saya buat sekarang adalah membaca dan cuba memahami gaya penulisan orang lain serta mencari sumber yang membahaskan tajuk “gaya penulisan’ , apa yang saya sedari ialah saya lebih cenderung dan senang dengan gaya penulisan yang tidak terlalu formal, seperti yang tuan cakap seolah olah kita sedang bercakap dengan orang di hadapan kita, ya saya setuju dengan pendapat itu, itulah yang saya cari dan ingin saya terjemahkan dalam penulisan saya kelak, saya juga setuju dengan rangka/draf penulisan supaya kita tidak hilang arah tujuan kita. Akhir kata saya mohon pandangan dari tuan dari aspek teknikal dalam mengendalikan blog serta gaya penulisan yang baik. Sekian terima kasih.
Saya memang minat menulis dan berkeinginan sangat utk menghasilkan buku yang boleh memberi pengajaran , inspirasi dsbnya. Apa lg dgn byk pengalaman merantau dan kisah kisah kehidupan org lain serta diri sendiri. Masalahnya saya tidak tahu dimana ingin bermula kerana terlalu byk cerita ingin saya kongsikan. Minat menulis setakat ini hanya saya lakukan difb sahaja setakat ini.Niat utk membuka blog sebelum menghasilkan buku juga tak tercapai kerana masih tidak tahu membuat blog sendiri walau berkali mencuba.
Tuanlah sebenarnya “Seorang Penulis yang Baik (Dan Memberi Inspirasi)” itu…
Saya mula suka dengan blog ini dan akan baca kesemua penulisan tuan. InshaAllah.
Inspiring!
Allahurabbi, saya orang biasa-biasa je puan. Apa pun terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Penulisan dah lama saya tinggalkan jadi bila saya memulakan semula,idea saya seakan beku dan saya tak tahu hendak mula dari mana.Bila saya menulis mengikut imaginasi saya,ia seakan serabut dan mengarut.Jadi bagaimana saya hendak menulis dengan baik?
Cadangan saya, tulis outline dahulu idea-idea dalam bentuk bullet list.
Dari situ cik/puan akan nampak idea seterusnya dan susunan idea yang hendak dimasukkan dalam penulisan.
Saya memang lakukan ini sebagai ice breaker bila berhadapan dengan situasi buntu
Okay saya cuba.Terima kasih ye????
Terima kasih, info sangat menarik. Semoga Allah memberkati kamu ☺
Sama-sama.
Terima kasih kerana mendoakan.
Saya mencari artikel ttg penulisan ini pada tahun 2020, semoga ia terus memberi manfaat, hasil yg baik dan mampu dijadikan panduan
Alhamdulillah. Terima kasih atas feedback tuan :-)
Terima kasih atas tip y diberi….sy suka menulis….jemput datang ke blog sy..
Sama-sama.
Baik InsyaaAllah
Saya suka membaca serta suka menulis dan kadang kadang saya mahu orang yang membaca dpt inspirasi dprd penulisn sy. Namun saya tidak tahu dimana saya mahu merungkaikan penulisan saya. Semua nya hanyalah di diary.
Mungkin memulakan blog boleh menjadi idea yang baik untuk memaparkan dan mengembangkan penulisan Rif’ah.
Saya cadangkan begitu :-)
Saya baru saja menghasilkan sebuah travelog pendek tentang pengalaman saya mengembara. Tiba-tiba rasa ingin menulis setelah lama berhenti. Memang teringin kadi seorang penulis. Cuma tak tahu bagaimana saya nak publish hasil tulisan saya.
Mungkin Puan Erin boleh bermula publish tulisan-tulisan puan dengan blog.
Blogging is a good way to gain followers.
Saya bercita-cita nak menjadi penulis. Tapi tulah saya sentiasa tak yakin dgn apa yg saya tulis. Ibarat belum masuk medan perang tapi dh mengaku kalah. Kawan-kawan selalu bagi semangat tapi adakalanya saya cepat patah semangat. Tapi alhamdulillah otak saya sentiasa ligat mencurahkan idea sewaktu menulis. Mungkin itu salah satu rezeki tuhan buat saya. Namun perasaan cepat berputus asa itu selalu ada apatah lagi apabila melihat penulis lain yg lebih gah dan hebat dalam karya mereka.
Itu normal Sofiya, saya pun begitu kadangkala.
Rasa hopeless.
Tetapi insyaaAllah jika kita keep going dengan usaha menulis, pasti Allah permudahkan. Lebih-lebih lagi kita berkarya menghasilkan tulisan yang membawa kepada kebaikan.
Terima kasih encik atas nasihat yg diberikan.
Inshaaallah, moga allah beri kekuatan.
Sama-sama.
Semoga kita terus istiqamah dalam bidang ini.
Saya teringin menjadi penulis. Tetapi saya tak pandai mengungkapkan idea saya dalam bentuk penulisan. Saya takut ayat yang saya tulis terlalu klise, terlalu skema, dan terlalu pelik. Apa yang saya patut buat untuk mengatasi masalah ini??
Itu memang masalah biasa puan farhana.
Strategi yang terbaik adalah kita merangka dahulu apa yang hendak ditulis diatas kertas. Kita drafkan dahulu semua idea kita dan kemudian baru kita susun balik.
InsyaaAllah penulisan kita akan tersusun dan tidak pelik.
Tetapi apa-apa pun, memang penulisan ni memerlukan latihan yang berterusan, seperti sukan.
InsyaaAllah apabila kita dah biasa dengan flow-nya, menulis akan menjadi sesuatu yang mudah :-)
Saya suka menulis. Tetapi penulisan saya tak pernah ada penutup. Bila saya rancak menulis, tiba2 datang satu perasaan bosan dgn idea saya sendiri, lalu saya berhenti menulis. Saya pernah menulis blog tapi itu cerita 8 tahun yg lalu. Tapi bila saya baca semula tulisan saya dalam blog tu, saya rasa pelik, macam mana saya boleh terfikir untuk menulis begitu. Apa yang patut saya buat untuk menghilangkan perasaan tidak yakin pada diri sendiri?
Salah satu rahsia untuk menulis dengan teratur adalah kita bermula dengan perkara akhir;
bermaksud kita sendiri jelas apa mesej utama atau matlamat penulisan tersebut. Kita dah tetapkan apa yang pembaca akan beroleh pada akhir penulisan.
Lepas semua ini jelas, baru kita merangka proses penulisan. Kita boleh draf perenggan pembukaan, isi-isi utama dan akhirnya perenggan penutup.
Draf tu memang penting, tidak kira dalam bentuk poin-poin atau peta minda. Yang penting kita wujudkan struktur penulisan dulu.
Ia diibaratkan sebagai peta yang akan membawa kita ke mana tempat yang kita perlu pergi.
Ia akan banyak memudahkan tugas kita menghasilkan penulisan artikel
Dan penulisan yang baik adalah seperti matematik; ia perlulah logik dan teratur.
Untuk menjawab soalan terakhir, tiada cara lain untuk membina keyakinan dalam penulisan.
— Kita perlu berlatih menulis setiap hari. Menulis, menulis dan menulis!
Ia adalah kemahiran yang boleh diasah seperti kemahiran lain. InsyaaAllah akan improve dari masa ke semasa.
Terima kasih atas sokongan dan perkongsian tuan untuk saya terus menulis.
Sama-sama puan.
Bersama-sama kita berkongsi pandangan dan pengalaman :-)
terima kasih atas perkongsian tuan. boleh tuan cadangkan adakah menulis dengan cara menaip terus di blog atau mana² ruangan di media sosial atau perlu dikarang di kertas terlebih dahulu. terima kasih
Saya lebih gemar menulis atas kertas dulu secara outline untuk merangka apa yang saya nak tulis.
Contohnnya:
– Intro
– Isi Utama 1
– Isi Utama 2
– Isi Utama 3
– Penutup
Setiap isi utama saya akan catatkan dengan huruf besar. Selepas itu saya isikan secara bullet point apa yang saya nak tulis mengenainya.
Selepas saya dah nampak halatuju penulisan saya, barulah saya akan mula menaip pada blog.
Kaedah ini adalah lebih pantas dan lebih efektif untuk menulis bagi saya.
Saya mempunyai masalah penulisan. Kadang-kadang saya rasakan penulisan saya membosankan. Tiada ayat ataupun perkataan yang membangkitkan keinginan pembaca untuk membaca.
Jangan berputus asa tuan.
Penulisan ni seperti kita membina otot, kita perlu berlatih setiap hari untuk menajamkan skill.
Lihat contoh penulisan dari penulis yang kita minat, cuba tiru dan ikut gaya mereka.
Lama-kelamaan pasti kita akan tune kita sendiri ????
Alhamdulillah. terima kasih Tuan atas perkongsian yang bermanfaat. Masalah yang saya hadapi mungkin susah untuk bermula. Mungkin Tuan boleh kongsikan tips yang mudah untuk diaplikasi.
Nampaknya masalah tuan adalah berkaitan produktiviti.
Saya ada menulis artikel mengenai kaedah untuk mengatasi sikap malas dan susah memulakan sesuatu.
Jika tuan berminat tuan boleh rujuk artikel tersebut disini: Mengatasi Sikap Malas dan Melengahkan Kerja Menggunakan Strategi 2 Minit
Dan lagi satu..kita perlu letak diri kita sebagai pembaca dan elak tulis cerita ‘syok sendiri’… Kita bayangkan ibarat kalau kita yang baca story tu, menarik atau tidak..lebih baik kalau tulis artikel yang dekat di hati pembaca… #sekadarperkongsian
Benar, kita sendiri harus meletakkan diri kita dalam situasi pembaca agar penulisan kita mempunyai nilai empati yang memenuhi kehendak pembaca.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan pandangan berharga tuan.
Kebiasaannya isi sesebuah artikel tak jadi masalah sangat tapi yang rumitnya nak fikir lead untuk tarik perhatian pembaca….lead yang penting sbb perkara pertama pembaca tengok..kalau para pertama pun dah boring…dorang takkan berminat untuk baca para yang berikutnya…itu pendapat saya saja hehehe
Ya benar, dalam penulisan perkara teknikal yang paling penting sekali untuk mendapatkan perhatian.
Bermula daripada tajuk yang power, pembuka kata yang mencetus rasa ingin tahu dan sub-sub tajuk yang mengekalkan perhatian.
InsyaaAllah bab teknikal saya akan ulas dalam entri lain. Artikel ini hanya sekadar membincangkan perkara fundamental sahaja :-)
Idea apa benda nak tulis tu selalu ada..tetapi saya ada masalah kekurangan idea utk menyusun ayat jadi menarik untuk dibaca..
Menyusun plot untuk cerita..
Sebenarnya memang dah baik kalau Laila dah ada idea tu.
Itu memang perkara biasa. Saya pun macam tu. Tapi sebenarnya bila dah buat first draf, sikit demi sikit, kita akan nampak macam mana nak gunakan ayat.
Tips saya: tulis dulu draf kita yang buruk tu. Lepas tu biarkan dulu.
Rilek-rilek dulu, dengar lagu, baca-baca blog lain.
Nanti lepas sehari atau dua hari, bila kepala kita dah fresh, insyaaAllah kita akan dapat buat editing menggunakan ayat yang tersusun dan menarik.