Masalah Pendengar dan Pembaca Yang Pasif.

pendengar-yang-baikSejak dari bangku sekolah lagi, di universiti malah di tempat kerja, kita telah dibentuk untuk menjadi seorang pendengar yang pasif.

— Kita dilatih untuk diam dan hanya mendengar orang lain berucap.

Apabila mata sudah mula mengantuk dan layu, sebolehnya kita akan buat-buat keras biar orang lain tak nampak kita tersengguk-sengguk.

Dan bagi (sesetengah) orang yang sedang berucap pula, mereka lebih selesa dengan keadaan audiens seperti itu

Yang penting jangan mengganggu ucapan.

Jangan menjampuk.

Jangan bertanya soalan yang susah.

Mendengar secara pasif adalah bermaksud hanya membiarkan orang lain bercakap (komunikasi satu hala)

Sebaliknya, pendengar aktif, dalam erti kata lain, ‘menjampuk’ bila memerlukan penjelasan, dan bertanya soalan yang betul-betul penting apabila speaker sudah selesai berucap.

Jika ucapan itu berbaloi untuk didengar, maka mestilah ia berbaloi untuk ditanyakan soalan sehingga kita dapat memahaminya dengan jelas.

Saya melihat perkara ini juga sama dengan pembaca blog (serta medium-medium bacaan lain).

Jika pendengar yang aktif akan menjampuk untuk lebih faham, jadi mengapa tidak bila kita membaca sesuatu blog atau sesuatu laman web?

Kenapa kita tidak meninggalkan komen yang mempersoalkan, atau minta penjelasan lebih lanjut?

Atau sekurang-kurangnya memberi respon terhadap apa yang ada faham daripada apa yang dibaca?


Sekarang tiba masanya untuk anda membuktikan bahawa anda bukan pembaca pasif pada ruangan komen dibawah..

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Lin
Lin
6 tahun yang lalu

Bagaimana menjadi seorang pendengar yang boleh faham apa yang disampaikan