Kita Adalah Apa Yang Kita Kongsikan

budayaSaya mempunyai seorang kawan yang memang selalu boleh diharapkan untuk mencadangkan buku yang bagus-bagus untuk dibaca.

Seorang lagi rakan saya pula, bukan sahaja sentiasa tahu apa perkembangan terbaru dalam dunia kamera..

.. malah dia sangat yakin dengan setiap apa yang dia rekemenkan.

Jika diperhatikan, memang ada sesetengah orang sentiasa suka berkongsi ilmu atau link artikel yang bagus dan sangat bernilai untuk dibaca.

Tapi malangnya, bagi kebanyakan orang lain pula, mereka masih lagi teragak-agak dan segan.

“Bagaimana jika orang lain tak sukakannya..”

“Nanti orang lain cakap aku bajet acah-acah bagus & alim pulak..”

“Nanti jadi riak dan menunjuk pulak..”

The fear of being judged adalah sangat ketara dalam budaya orang kita.

It’s typical Malaysians, terutamanya orang Melayu.

Ada beza sebenarnya berkongsi benda yang baik dan berkongsi dengan niat menunjukkan. Kita semua boleh nampak dan rasakan.

Zaman sekarang kita hidup dalam budaya yang sentiasa berubah..

Dan budaya ini ditentukan oleh pemikiran-pemikiran (idea/ilmu) yang kita gunapakai, dan dengan siapa kita pilih untuk kongsikan.

Berkongsi idea atau ilmu yang kita ketahui adalah perkara yang paling sangat baik hati dapat dibuat untuk mengubah dunia kepada yang lebih baik.

Budaya yang kita akan tempuhi dalam kehidupan bulan seterusnya, adalah hasil daripada apa yang kita semua kongsikan pada hari ini.

The things we share and don’t share determine what happens next.

Ia memerlukan keberanian untuk berkata, “Aku telah baca ini dan kau pun patut baca ni jugak..”

Ya, keberanian untuk mengambil peduli tentang budaya diri kita (dan juga rakan-rakan kita) untuk maju ke hadapan dan mencapai sesuatu.

InsyaaAllah bila kita share benda baik, kebaikan itu sendiri akan datang kepada kita.

Do you care to share this?

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Bunga
Bunga
6 tahun yang lalu

Isi tulisan yang kemas dan bernas!

puteri aisha
puteri aisha
8 tahun yang lalu

Tahniah Inchenaim…good luck..chayo2..

Inchenaim
Reply to  puteri aisha
8 tahun yang lalu

Terima kasih..

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading