Sesetengah orang memang tiada masa untuk membuat maintainance atau penambahbaikan terhadap blog.
Mengapa?
Sebab seringkali apabila kita telah meluangkan masa menulis kandungan blog, maka sukar untuk ada peluang untuk membuat perkara lain terhadap blog selain daripada itu.
(Ya, menulis satu proses yang sangat memakan masa)
Tetapi itu tidak bermakna kita harus terus mengabaikan blog.
Sekiranya kita memecahkan tugas kita menjadi bahagian-bahagian kecil, kita akan terkejut dengan apa yang dapat kita boleh capai.
Dalam artikel ini, saya akan menunjukkan kepada anda 9 penambahbaikan blog yang boleh dilakukan dalam masa dua minit
– yang dapat membantu anda meningkatkan blog anda ke peringkat yang seterusnya.
Bersedia?
Jom..
1. Tukar Kepada Tajuk Lebih Menarik
Walaupun anda hebat membina tajuk menarik perhatian pada hari ini, kemungkinan besar masih ada beberapa artikel-artikel lama yang berdebu dalam arkib anda..
.. dimana ia mungkin memerlukan tajuk yang lebih baik.
Kebanyakan pembaca menilai penulisan dengan tajuk.
Beberapa perubahan kecil seperti menambah kata sifat, nombor, atau bahkan mengubah tajuk untuk membuatkan manfaat artikel nampak lebih jelas, dapat memberikan peningkatan besar terhadap trafik.
Di sini ada beberapa contoh:
Tajuk Lama: Menabung Secara Efektif
Tajuk Baru: 6 Langkah Bijak Menabung Secara Mudah & Berkesan
Anda rasa artikel mana yang akan mendapat lebih perhatian? Pasti yang kedua bukan.
Namun kedua-dua artikel ini mempunyai isi kandungan yang sama. Cuma tajuk yang memberi impak berbeza.
Rujuk panduan ini untuk membina tajuk artikel yang menarik: 11 Formula Menulis Tajuk Artikel Blog Yang Menarik
2. Buat Pautan ke Artikel Lain
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan bounce rate adalah untuk memberi banyak peluang kepada pembaca untuk menyemak kandungan lain yang berkaitan.
Anda mungkin mempunyai artikel yang berguna dalam arkib anda yang tidak diketahui orang.
Ambil masa dua minit untuk mencari tempat yang sesuai untuk menghubungkan mereka dari artikel yang sedia ada.
Anda juga boleh memaut ke artikel baru dari artikel lama anda.
Mungkin kita telah menulis dengan mendalam dalam sesuatu topik (contohnya memancing), jadi kita harus menunjukkan kepada pembaca artikel-artikel berkaitan yang terbaik kita ada.
Apa yang paling menarik?
Ini adalah strategi SEO yang paling mudah dan berkesan di dalam planet.
Sila ikuti Panduan Lengkap Membina Pautan Dalaman yang ditulis saya sebelum ini.
3. Kemas kini Mengenai Laman Mengenai Anda
Bilakah kali terakhir anda mengemaskini halaman perihal anda?
Orang putih menyebut sebagai “About Page”
Jika anda seperti kebanyakan blogger lain, anda pasti tidak menyentuhnya sejak kali pertama anda menulisnya.
Kan?
Dan mungkin ia sudah bertahun-tahun yang lalu.
Ambil semak kembali sekarang.
Ada terdapat sesuatu yang sudah ketinggalan zaman? Tidak relevan?
Cuba lihat perkara-perkara ini:
- Maklumat bibliografi, perkembangan terbaru dan sebagainya.
- Informasi mengenai servis atau produk – anda mungkin nak singkirkan yang lama atau tambah yang baru.
- Pautan ke artikel yang terbaik – anda mungkin ada penulisan yang baik untuk diwar-warkan.
4. Tambah Gambar Diri Sendiri
Foto boleh menjadi cara yang baik untuk membantu pembaca rasa terhubung kerana ia menunjukkan kepada mereka orang disebalik penulisan tersebut.
Jika anda ada gambar baru yang bagus (ia tidak perlu nampak profesional pun), maka tambahkannya ke halaman perihal anda.
Anda juga boleh letakkan ia pada header atau pada sidebar
Gambar akan membantu struktur halaman dan membuatkan ia mudah untuk dibaca.
Anda boleh lihat contoh halaman perihal saya disini
5. Singkirkan Widget Daripada Sidebar
Kebanyakan sidebar pada sisi blog adalah menyerabutkan.
Ia selalunya membuatkan pembaca struggle untuk mencari pilihan yang mereka mahu sebenarnya (seperti butang untuk follow FB atau twitter anda).
Periksa sidebar anda dan cari widget yang tidak penting, kemudian singkirkan ia.
6. Menguruskan Komen
Selalunya kita mudah terlepas pandang komen.
Luangkan masa selama dua minit untuk memeriksa apa-apa komen yang memerlukan jawapan balas atau sebarang komen spam yang terselit.
Soalan-soalan yang tidak dijawab dan komen spam akan memberikan kesan yang tidak baik kepada pembaca.
Ia membuatkan adan kelihatan seperti tidak peduli dengan blog dan pembaca anda
Sekiranya anda merasa sukar untuk mengikuti komen, anda mungkin boleh menutup bahagian komen pada artikel yang melebihi daripada sebulan.
Juga idea yang baik untuk menutup bahagian komen pada halaman seperti about page supaya ia tidak akan menyerabutkan dari masa ke semasa.
7. Masukkan Lebih Banyak Maklumat pada Halaman Hubungi
Sesetengah blogger meletakkan borang hubungi (contact form) semata-mata dan tidak ada maklumat lain.
Walaupun ini bukan salah, tetapi ia mewujudkan halangan bagi pembaca yang mungkin mahu menghubungi anda dengan cara lain.
Bergantung pada tujuan blog anda, anda mungkin tidak mahu atau perlu menyertakan nombor telefon atau alamat pada halaman hubungi anda
Tetapi menjadi idea yang baik untuk menambah:
- Alamat Emel (tidak semua pembaca percaya kepada contact form dan lebih selesa untuk emel secara manual)
- Pautan kepada profil media sosial, terutamanya jika anda mudah dihubungi melalui Twitter atau Facebook berbanding emel.
8. Membaiki Semula Ejaan Yang Silap
Typo atau silap ejaan berlaku kepada setiap blogger
Walaupun ia kesilapan biasa, tetapi ia tetap boleh memberi kesan buruk.
Jika artikel dan halaman anda penuh dengan kesilapan ejaan, anda akan kelihatan kurang profesional.
Ia mungkin memberi kesan jika tujuan blog anda adalah untuk perniagaan kerana bakal pelanggan anda mungkin mempersoalkan keseriusan anda terhadap perkara kecil tetapi penting sebegini.
Baca dengan berhati-hati seluruh artikel blog anda bermula dengan artikel yang mendapat paling banyak traffic.
Jika anda mengesaan ejaan salah, perbetulkan.
Jika kita telah pasti penulisan kita telah bebas kesilapan, perhatikan pula struktur ayat yang boleh diperhalusi atau imej / video yang boleh ditambahkan.
9. Tambahkan Call to Action
Apabila anda sampai ke penghujung penulisan blog, memang mudah untuk berhenti begitu sahaja.
— Tapi anda telah membuang satu peluang yang besar.
Sebaliknya, lebih baik kita memasukkan “call to action” – satu arahan untuk pembaca melakukan sesuatu.
Anda mungkin mahu mereka:
- Meninggalkan komen
- Kongsi pada media sosial
- Lihat artikel berkaitan
- Memperkenalkan produk atau servis yang berkaitan.
… atau apa-apa tindakan lain yang akan memberi manfaat kepada anda (dan mudah-mudahan mereka juga).
Kesimpulan
Setiap tweak ini hanya mengambil masa dua minit sehaja – tetapi ia boleh mendatangkan faedah yang besar.
Penambaikan yang manakah akan anda telah lakukan pada hari ini?
Adakah anda mempunyai cadangan lain untuk sesi penambahbaikan 2 minit ini?
Saya berharap anda dapat berkongsi dengan saya dalam ruangan komen.
Tinggalkan Komen Anda..
boleh saya tahu, apa nama plugin yang inchenaim guna untuk subscribe to blog via mail atas tu yer.
terima kasih
Wassalam Umi,
Saya gunakan plugin jetpack sahaja untuk subscriber tu.
saya dapati ada typo dalam artikel ini..
untuk menjaga maruah tuan saya tidak berani nak kata di mana typo tersebut hahahaha..
Just kidding…
apa-apapun penulisan ini sangat membantu saya sebagai blogger pemula..
terima kasih kerana sudi berkongsi perkara yang amat bermanfaat
Haha. Komen tuan sangat mendebarkan, membuatkan jantung saya berdegup kencang.