Berfikiran positif mempunyai banyak kebaikan.
Daripada mengembangkan kreativiti kita, ia juga akan turut membantu memperbaiki tahap kesihatan.
Dan apa yang lebih penting, ia akan memberi kita ketenangan hati serta kegembiraan.
Tetapi malangnya, jika anda lebih cenderung untuk berfikiran negatif, maka sukarlah untuk semua ini terjadi.
Disini ada kaedah dan cara bagaimana melatih semula otak kita untuk menjadi seorang yang lebih positif.
Sama seperti kemahiran hidup yang lain, belajar membentuk pemikiran positif memerlukan latihan dan usaha..
Kita tidak akan dapat berubah dalam masa singkat..
.. tetapi kita boleh berusaha dalam beberapa cara untuk membentuk pemikiran yang lebih positif.
- Lakukan sesuatu yang baik terhadap orang lain. Apabila kita membantu orang lain, walaupun orang yang tak dikenali, ia akan membuatkan kita gembira. Contohnya membantu orang buta atau tua melintas jalan.
- Raikan kejayaan kecil. Cari kegembiraan atau kejayaan kecil dalam kehidupan seharian anda. Mungkin seperti anda berjaya menyelesaikan sesuatu projek tepat sebelum bos bertanya mengenainya.
- Berbuat baik kepada diri sendiri. Pemikiran negatif mengenai rasa tidak selamat atau kegagalan diri mungkin sangat sukar untuk diatasi. Jadi berusahalah untuk baik kepada diri sendiri dan bukannya menyalahkan diri atas kesilapan. Berfikirlah tentang perkara yang anda baik-baik atau apa yang anda lakukan dengan baik sebagai peringatan tentang siapa anda sebenarnya.
Matlamat kita untuk menjadi positif tidak perlu diakhiri dengan mencapai kesempurnaan dalam setiap keadaan, terutamanya jika perkara tersebut bukan sahaja melibatkan diri anda.
Akan tetapi, sentiasalah berusaha ke arah menjadi lebih positif, kerana ia membawa kepada kehidupan lebih gembira setiap hari.
Tinggalkan Komen Anda..
Terima kasih kerana telah membantu Saya :)
Sama-sama :-)
Agreed on all points. Tulisan yang baik.
Terima kasih sudi membaca :-)