Pakej Percutian Muslim Ke Dalat & Nha Trang, Vietnam

dalat nga trang

Anda sedang mencari pakej percutian muslim ke Dalat & Nha Trang, Vietnam?

Disini saya ingin kongsikan satu pakej percutian muslim ke Dalat & Nha Trang yang terbaik di Malaysia.

Pakej ini dibawakan oleh Kembara Sufi Travel & Tours SDN BHD

Apa yang menarik:

  • Syarikat ini memang sudah terkenal dengan kesungguhan menjaga kebajikan ahli rombongannya dalam segi kemudahan ibadah dan makanan yang halal.
  • Menawarkan pakej harga yang kompetitif dan termurah di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Kembara Sufi adalah syarikat yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam industri pelancongan Islam.

Saya sendiri adalah tour leader kepada syarikat Kembara Sufi ini.

Oleh itu saya akan kongsikan details mengenai pakej percutian muslim ini.

Semoga membantu anda membuat pilihan terbaik.

 

Berapa Harga Yang Ditawarkan Untuk Pakej Percutian Ini?

Harga yang ditawarkan adalah cukup kompetitif dan termurah di Malaysia.

Harga semasa yang ditawarkan untuk pakej ini adalah bermula dari RM1999.

  • Kanak-kanak (6 tahun kebawah berkatil) : tolak RM100 dari harga dewasa
  • Kanak-kanak (6 tahun kebawah tidak berkatil) : tolak RM200 dari harga dewasa
  • Bayi : RM450 sahaja
  • Tambahan bilik (single room): RM650

Perjalanan pakej ini akan mengambil masa sebanyak 5 hari 4 malam (5D4N).

 

Pakej Percutian Muslim ke Dalat & Nha Trang Ini Merangkumi:

Dengan harga yang dinyatakan di atas, pakej ini meliputi:

  • Tiket penerbangan (kelas ekonomi)
  • Penginapan (hotel bertaraf 2-3 bintang)
  • Makanan halal
  • Tiket lawatan
  • Bagasi 20kg (bergantung kepada airlines)
  • Air mineral 1 botol sehari untuk setiap orang
  • Bayaran bot / sampan
  • Pengangkutan
  • Pemandu pelancong
Kos pakej ini TIDAK termasuk:
  • Insurans perjalanan (optional)
  • Tipping (RM60/pax)
  • Tiket masuk ke Vinpearl Amusement Park

 

Apakah Waktu Yang Sesuai Untuk Melawat Dalat & Nha Trang?

Keadaan iklim negara Vietnam khasnya di Dalat & Nha Trang adalah lebih kurang Malaysia juga.

Cuaca di Dalat mungkin lebih sejuk sedikit, sekitar 15°C – 24°C

Justeru itu, anda boleh melawat negara ini sepanjang tahun mengikut kelapangan waktu anda.

Namun dinasihatkan agar anda membuat tempahan awal untuk mengelakkan kehabisan tempat penginapan berikutan tempat ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong terutama waktu puncak cuti sekolah.

 

Tarikh Lawatan Yang Disediakan (Tahun 2019)

Kami telah menyediakan beberapa tarikh lawatan pada tahun 2019 yang boleh dipilih tuan-puan:


  • 16 Januari – 20 Januari 2019
  • 26 Febuari – 2 Mac 2019
  • 6 Mac – 10 Mac 2019
  • 3 April – 7 April 2019
  • 15 April – 19 April 2019
  • 21 April – 25 April 2019
  • 19 Jun – 23 Jun 2019
  • 10 Julai – 23 Julai 2019
  • 12 Ogos – 16 Ogos 2019
  • 4 September – 8 September 2019
  • 9 Oktober – 13 Oktober 2019
  • 13 November – 17 November 2019
  • 11 Disember – 15 Disember 2019

 

Apa Tempat Yang Akan Dilawati Dalam Pakej Percutian Muslim Ke Dalat & Nha Trang Ini?

Sepanjang 5 hari 4 malam tersebut, peserta pakej percutian ini akan dibawa melawati ke destinasi menarik dan popular yang menjadi pujaan ramai pelancong.

Di bawah saya kongsikan sebahagian daripada destinasi yang akan dikunjungi:

1. Tanah Tinggi Dalat

Cuaca Dalat adalah seperti musim bunga di eropah.

Jika di negara kita, suhunya adalah ibarat seperti di Kundasang.

Suhunya sekitar 15°C – 24°C

Bandar ini dipenuhi dengan seni bina kolonial Perancis yang elegan dan ia dikelilingi oleh ladang strawberi, kopi dan bunga.

Dalat adalah terkenal sebagai tempat berbulan madu Vietnam dan sangat popular di kalangan pelancong.

Bagi pelancong asing, iklim sederhana telah menjadikan Dalat sebagai tempat sukan pengembaraan seperti berbasikal, water rafting dan mendakit ke bukit-bukau yang berhampiran.


2. Cau Dau Farm

dalat

Kebanyakan pelancongan Dalat akan melawat ladang teh, sebagai salah satu produk utama Dalat.

Cau Dat, terletak 20km dari bandar Dalat dan 1,650 meter pada aras laut, adalah di mana industri teh Vietnam berasal, dengan Syarikat Teh Dalat Cau Dat.

Kilang Teh Cat Dau ditubuhkan pada tahun 1927 dan terletak di tengah-tengah ladang teh hijau yang meliputi kawasan 230 hektar.


3. King Bao Palace

bao dai palace

Dihiasi meriah, istana utama Bao Dai, maharaja terakhir Vietnam.

Ia menarik para pelancong dengan jalan yang indah yang dipenuhi pokok dan kediaman diraja yang agak sederhana tetapi menarik.

Ia adalah tempat tinggal kepada Bao Dai dan keluarganya sehingga mereka dibuang ke Perancis pada tahun 1954.

Rumah itu kemudiannya diambil alih oleh Perdana Menteri, Ngo Dinh Diem.


4. Datanla Waterfall

Malas jalan kaki? Kita baik bobsled!

Ini adalah air terjun yang terdekat dengan Dalat.

Datanla terletak pada 7km utara Dalat.

Anda boleh sampai ke kawasan jeram sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki bobsled  yang mengujakan.


5. Valley of Love

dalat

Terletak kira-kira 5 km dari kota Dalat, Valley of Love terletak di lereng bukit dengan hutan pokok pain yang hijau sepanjang tahun.

Dengan pemandangan yang mengagumkan dilengkapi dengan sungai-sungai kecil, rumput hijau yang subur dan bukit-bukau bersilih ganti.

Pada masa lalu, lembah itu pernah disebut Vallée D’amour (Lembah Cinta) oleh orang Perancis sebelum dinamakan semula kepada Lembah Damai (Valley of Peace) di bawah pemerintahan Raja Bao Dai.

Sehinggalah pada tahun 1953, Pengerusi Dalat pada masa itu mencadangkan untuk menukar semua nama tasik dan jalan-jalan Perancis di Dalat ke dalam nama Vietnam.

Kemudian, nama “Thung Lung Tinh Yeu” (Lembah Cinta) terwujud.

Nama tersebut masih wujud sehingga hari ini.


6. Nha Trang City Beach

nha trang

Membentuk lengkungan megah, pantai pasir emas sepanjang 6km panjang adalah simbol bandar Nha Trang.

Di pantai ini, telah ditetapkan bahagian-bahagian yang ditetapkan untuk berenang (di mana anda tidak akan diganggu oleh jet ski atau bot).

Air birunnya sangat menarik, dan kawasan pesisir yang menyenangkan berjalan-jalan.


7. Vinpearl Amusement Park

Taman Hiburan Vinpearl, yang terletak di sebuah pulau di seberang teluk dari Pantai Nha Trang, adalah taman tema berskala besar yang mempunyai slaid dan permainan air, akuarium besar, kolam ombak, dan pelbagai permainan.

Taman ini boleh dilawati dengan kereta kabel yang menghubungkan Nha Trang City ke resort pulau ini.

 

Itenerari Aturcara Perjalanan

Aturcara perjalanan Pakej Percutian Muslim Dalat & Nha Trang 5 Hari 4 Malam
Hari Pertama

Nha Trang — Dalat

  • Tiba di Cam Rahn International Airport, Nha Trang
  • Menuju ke tanah tinggi Dalat
  • Singgah di Cau Dau Farm
  • Tiba di tanah tinggi Dalat
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Check-in hotel
  • Shopping di Dalat night market (free & easy)

Hari Kedua

Meneroka Dalat

  • Melawat King Bao Dai Palace dan Tunnel Clay
  • Melawat dan bersantai di Air Terjun Datanla
  • Makan tengah hari
  • Melawat Valley of Love
  • Singgah di kedai cenderahati sambil sightseeing di kawasan sekitar
  • Makan malam
  • Pulang ke hotel

Hari Ketiga

Tanah tinggi Dalat — Pantai Nha Trang

  • Sarapan pagi
  • Menuju ke Nha Trang City
  • Melawat Cham Ponagar Temple
  • Shopping di Dam Market
  • Check-in hotel di Nha Trang City
  • Makan tengah hari dan makan malam

Hari Keempat

Island Tour & Vinpearl Amusement Park

  • Free and easy di pantai Nha Trang (pilihan pertama)
  • Menuju Cau da Port untuk ke Pulau Vinpearl (pilihan kedua)
  • Menaiki bot melawat Mun Island
  • Makan tengah hari di Vinpearl Park
  • Pulang ke jeti dengan cable car merentasi Nha Trang Bay
  • Kembali ke hotel
  • Makan Malam

Hari Kelima

Meninggalkan Nha Trang

  • Aktiviti free & easy pada waktu pagi
  • Menuju Cam Rahn International Airport
  • Berlepas pulang ke Kuala Lumpur

 

Berminat Untuk Menyertai Pakej Percutian Muslim Ini?

Jangan lepaskan peluang menjejakkan kaki ke Dalat & Nha Trang dengan pakej percutian muslim paling jimat ini.

Apa yang lebih penting adalah:

Kebajikan anda untuk  menunaikan solat dan makanan yang halal sentiasa terjaga  sepanjang tempoh permusafiran ini.

Jika anda berminat, hubungi pihak Kembara Sufi Travel & Tour menerusi talian:

  • Office Shah Alam (HQ) : 03 – 55234498 / WS: 013 – 2000463
  • Office Kuantan : 09 – 5341598 / WS: 016 – 5071598
  • Office Teluk Intan: 05 – 6204904
  • Office Senawang: 016 – 6750101 / WS: 016 – 6246830

Anda juga boleh gunakan contact form dibawah untuk berhubung secara terus melalui emel:

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
Zalina
Zalina
4 tahun yang lalu

Ada tak date lain selepas 15/12/19. Klu ada sy nak booking asalkan selepas 15/12/19

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading