Menjadi Kaya Membuatkan Kita Lebih Bahagia?

Menjadi Kaya Membuatkan Kita Lebih Bahagia?

Ada orang suka berkata bahawa wang tidak penting dalam hidup…

Ayat itu sedap didengar. Nampak bersih. Nampak mulia. Tetapi dalam banyak keadaan, ia juga kedengaran agak mewah.

Kerana selalunya, yang paling mudah berkata begitu ialah orang yang tidak sedang berserabut memikirkan bil sewa, duit belanja, yuran anak, kos rawatan, atau baki akaun yang semakin menipis di hujung bulan.

Kita tidak perlu menjadi materialistik untuk mengaku satu hakikat yang sederhana ini: hidup memang terasa lebih berat apabila wang tidak cukup.

Jadi, adakah menjadi kaya membuatkan kita lebih bahagia?

Jawapannya tidak semudah ya atau tidak.

Baca Sepenuhnya

Apa Maksud Kematangan? Tanda-Tanda Seseorang Semakin Matang

Kematangan seseorang

Ada orang yang semakin bertambah umur, tetapi tidak semakin tenang. Di situlah kita mula melihat bahawa kematangan bukan soal usia semata-mata

Usianya naik, tetapi egonya masih sama. Pengalamannya bertambah, tetapi reaksinya masih mentah.

Dia masih mudah melenting, masih sukar menerima teguran, dan masih membuat keputusan mengikut rasa hati yang datang dan pergi.

Pada masa yang sama, ada juga manusia yang masih muda, tetapi sudah pandai membawa diri.

Mereka tidak bercakap terlalu banyak, tetapi tahu menjaga batas. Mereka tidak nampak hebat pada luaran, tetapi boleh dipercayai pada janji, amanah, dan adabnya.

Itulah sebabnya kematangan tidak pernah benar-benar boleh diukur dengan angka umur.

Baca Sepenuhnya

Teknik Casting Kerapu Menggunakan Gewang

casting kerapu menggunakan gewang ofmer

Bagaimana teknik casting kerapu menggunakan gewang?

Ikan kerapu adalah antara salah satu spesis yang menjadi kegilaan ramai pemancing.

Selain daripada rasa isinya yang sedap, ikan kerapu juga adalah pejuang yang handal.

Kudratnya yang kuat dan permainannya yang licik seringkali membuat kita hampa.

Dalam artikel kali ini saya cuba kongsikan cara memancing ikan kerapu dengan kaedah casting di kawasan muara dan sungai.

Baca Sepenuhnya

Sila Backup Blog Anda Sekarang Sebelum Menyesal!

backup blog wordpressIa baru sahaja terjadi kepada saya..

Separuh daripada tulisan-tulisan saya yang terdapat dalam blog ini hilang tanpa dapat dipulihkan!

Memang tidak dinafikan ia membuatkan saya sangat sedih dan kecewa.

Ia adalah satu mimpi ngeri buat saya.

Segala penat lelah, kajian dan jerih-perih saya menghasilkan artikel selama ini terbuang begitu sahaja.

Baca Sepenuhnya

Pakej Percutian Muslim Ke Korea 2024

pakej percutian ke korea

Anda sedang mencari pakej percutian muslim ke Korea?

Disini saya ingin kongsikan satu pakej percutian muslim ke Korea yang terbaik di Malaysia.

Pakej ini dibawakan oleh Kembara Sufi Travel & Tours SDN BHD

Apa yang menarik, syarikat ini memang sudah terkenal dengan kesungguhan menjaga kebajikan ahli rombongannya dalam segi kemudahan ibadah dan makanan yang halal.

Baca Sepenuhnya