Saya Menulis Untuk Ingat

menulis untuk ingatSemasa mewujudkan blog ini dulu, saya ada menetapkan untuk menulis setiap minggu

Agak memalukan, selepas 3 tahun, saya hanya menulis 60 post dalam blog ini.????

Semasa saya menulis post ini, saya membaca post saya yang lepas-lepas.

— Ia memberi satu perasaan yang hebat menyelusuri kehidupan yang telah lalu.

Ia mengingatkan saya apa tujuan saya mewujudkan blog ini, apa yang ingin saya kongsikan dan bagaimana saya meningkatkan tahap penulisan saya.

Baca Sepenuhnya

Apa Beza Antara Blog dan Laman Web?

beza antara blog dan laman web

Apa beza antara blog dan laman web?

Saya tahu ramai orang keliru mengenai perbezaan dua perkara ini.

Ramai yang menganggap laman web dan blog adalah benda yang sama, tetapi yang sebenarnya adalah tidak.

Mari saya terangkan dengan jelas tentang perbezaan antara blog dan laman web.

Baca Sepenuhnya

Tutorial Lengkap Melajukan Blog WordPress (Langkah-Demi-Langkah)

Panduan melajukan blog wordpress

Blog yang perlahan memang mengecewakan:

Setiap saat yang berlalu tanpa apa-apa muncul di skrin, membuatkan saya tertanya-tanya apakah blog itu wujud sebenarnya?

Tanpa sempat membaca kandungan blog tersebut, saya telah menutup tetingkap browser dan pergi ke blog lain.

Lupakan blog perlahan tersebut!

Sebelum kita pergi lebih jauh, tanya diri anda:

  • Apakah ini yang pembaca anda rasa mengenai blog anda?
  • Adakah blog anda mengecewakan?

Baca Sepenuhnya

Mengapa Anda Tidak Harus Menyorok Idea Anda?

Jangan terlalu menyorok idea anda.

Berikan semua yang anda tahu, dan akan lebih banyak nanti perkara baik akan kembali kepada anda.

Pasti anda akan teringat pada zaman sekolah dahulu, dimana ada rakan-rakan yang menyorok jawapan mereka daripada anda dengan meletakkan lengan mereka diatas buku latihan atau kertas jawapan.

Begitu juga nanti di tempat kerja, anda akan jumpa ramai orang begitu berahsia dengan idea mereka.

  1. Mereka risau idea tersebut akan dikritik dan dikatakan teruk
  2. Mereka risau idea tersebut akan dicuri

Masalah yang akan berlaku bila anda berterus-terusan menyorok idea, ia akan membantut potensi anda.

Akhirnya idea tersebut akan menjadi basi.

Baca Sepenuhnya