Terdapat pelbagai jenis bentuk jighead yang boleh kita temui diluar sana.
Jighead sebenarnya adalah sangat versatil.
Ia boleh digunakan di dasaran sungai dan segenap kolum kedalaman air.
Tetapi memilih bentuk jighead yang sesuai dengan teknik tertentu adalah satu perkara yang agak memerlukan penelitian.
Mari kita lihat beberapa bentuk yang popular di negara kita dan apakah kegunaan terbaik bagi setiap jenis bentuk jighead.
Oleh kerana terdapat pelbagai jenis jighead diluar sana, maka artikel ini akan diupdate dari masa ke semasa.
1. Jighead Bulat
Kelebihan jighead berbentuk bulat adalah ia dapat tenggelam ke dasar dengan cepat.
Ia bagus untuk situasi dimana anda tahu dimana ikan berada dan persembahan secara menegak (dari bot)
Kebanyakkan jighead bulat yang boleh kita temui selalunya mempunyai pelbagai warna yang menarik.
Gewang soft plastic yang terbaik untuk dipasangkan dengan jighead bulat adalah dari jenis cacing, jerkbait dan grub.
2. Jighead Kepala Tajam / Slider
Jighead jenis ini adalah ganti kepada texas rig.
Ia menggabung mata kail dan pemberat dalam satu rekabentuk, membuatkan ia senang untuk dipasangkan pada soft plastic cacing tanpa perlu memasang pemberat lain.
Dengan kepala berbentuk seperti peluru membuatkan ia sesuai untuk digunakan di kawasan rumpair.
Jighead slider sesuai dipadankan dengan soft plastic cacing, cicak, udang kara dan minnow.
3. Jighead dengan Kekipas / underspin
Jighead ini menambah kelebihan kilauan dan getaran pada soft plastic yang sedang berenang.
Apabila ikan sedang agresif, jighead dengan kekipas ini boleh menjadi senjata yang sangat membunuh, terutama untuk spesis seperti peacock bass dan siakap.
Gewang soft plastic yang ideal untuk dipadankan dengan jighead jenis ini adalah grub berekor kerinting dan dari jenis minnow.
Ia sangat senang digunakan, semudah lontar dan karau sahaja.
4. Jighead jenis Darter
Jighead jenis ini mempunyai bentuk kepada yang tajam, pipih dan hidrodinamik.
Oleh kerana rekabentuk sebegitu, ia dapat meluncur dalam air tanpa banyak rintangan.
Ia juga akan memberikan aksi ‘melilau’ atau darting dari sisi ke sisi kepada soft plastic jika dihenjut.
Teknik yang boleh dipraktikkan adalah semudah lontar dan karau, serta disertakan dengan sedikit jerk.
Jighead jenis darter sangat sesuai dipadankan dengan gewang soft plastic jenis minnow, fluke dan grub.
5. Jighead Cobra
Sesuai dengan namanya, bentuk kepala jighead menyerupai kepada ular tedung.
kadangkala ia didatangkan dengan bulu keras untuk melindungi matakail dari tersangkut.
Oleh itu, ia sesuai untuk kegunaan kalis sangkut (heavy cover) dikawasan banyak struktur seperti rumpair dan kawasan reba.
Soft plastic yang sesuai dipadankan dengan jighead ini adalah dari jenis grub, cicak, katak dan craw fish.
6. Standup jighead
Jighead ini dicipta khusus untuk membuatkan umpan soft plastic anda terjungkit dan berdiri tegak ke atas di dasar.
Ia seolah-olah meniru ikan mangsaan sedang mencari makan.
Standup jighead sesuai dipasang dengan soft plastic jenis cacing, lintah, grub, udang kara dan juga minnow.
Sesuai untuk persembahan menegak, bentuk jighead ini sangat efektif untuk memerangkap ikan yang betul-betul mencari makanan di dasar.
7. Jighead SWS
SWS bermaksud snagless weight sistem.
Selalunya kita menjumpai jighead jenis ini siap dipasang pada soft plastic udang zerek, tetapi ia sebenarnya juga efektif digunakan dengan SP minnow.
Dengan keupayaan kalis sangkut yang baik, jighead ini sangat ideal untuk menyeret soft plastic di dalam reba dan rumpair.
Oleh itu tidak hairanlah ia kian popular dikalangan pemancing negara kita terutamanya pemburu haruan.
Penutup
Setiap bentuk mata kail dan jighead mempunyai fungsi tersendiri.
Ia akan menyesuaikan sesuatu gewang soft plastic dengan keadaan padang pancing agar beraksi dengan lebih sempurna.
- Bentuk bulat atau leper akan melantun diatas dasaran berbatu dengan baik, tetapi akan menyeret rumpair jika digunakan dikawan bersamai.
- Bentuk tajam (slender) akan beraksi cemerlang dikawasan berumpair/samai, tetapi ia mudah tersangkut dikawasan berbatu.
Oleh itu, penting bagi setiap pemancing untuk mengambil berat tentang bentuk setiap mata kail dan jighead agar dapat memerangkap ikan dengan lebih efektif.
Seperti yang dinyatakan diatas, artikel ini akan dikemaskini dari masa ke semasa supaya lebih lengkap dalam menjadi panduan kita bersama.
Jika terdapat kesalahan pada artikel ini, sila perbetulkan saya pada ruangan komen di bawah.
Terima kasih.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum tuan..
Minta izin copy gambar.
Salm tuan..dkt bhgian pnutup tu .ade gmbr yg ade 3 jighead tu kn.. boleh sye tw function jighead yg xde pmbrt lgsg tu.gmbr yg pling kiri..sesuai utk umpan ape n tmpt ape
Itu matakail wormhook namanya.
Biasa digunakan untuk teknik weightless atau texas rig / carolina rig.
Teknik weightless tu biasa disasarkan untuk ikan yang dah culas.
Texas atau carolina rig pula kita sasarkan untuk ikan yang berada di dasar.
Tuan ade page fb x. Saya nk tanye care saye rig sp Zman btul ke x..sye brterima kasih kalau tuan dapt kasi page fb or whatsapp.haha
FB page saya takde. Whatsapp maaf la saya tak dapat bagi sebab saya private no saya.
Tapi tuan jangan risau, ada banyak tutorial untuk rig sp di youtube
Tuan sy ingin bertanya…jika sy mggunakn ssuatu sp itu…guna di kolam siakap…biase inchenaim berapa kali cast/lame megunakan jenis soft palstic senelum menukar ke colur yg lain?
Saya tidak menetapkan sebarang tempoh.
Selagi boleh sabar, saya sabar.
Biasa kalau saya dah rasa fedup dengan sesuatu warna, saya akan bertukar kepada warna lain pula tuan.
Ok tuan terima kasih…sy tgk youtube soft plastic di kolam pasir ris singapore ni yg semangt nk try soft.plstic diklam air masin kt msia
Tq tuan
Cantik tu tuan belajar dengan youtube caster singapore.
Mereka memang pakar menggayakan SP di kolam.
Semoga trip tuan sukses!
terbaekkk…btol2 mnmbh ilmu pghthuan didada
Terima kasih.
InsyaaAllah saya akan update dari masa semasa untuk post ini.