Potensi dan Keberkesanan Gewang Soft Plastic

Keberkesanan Gewang Soft Plastic

Gewang soft plastic selalu dipandang ringkas, tetapi dalam dunia memancing, tidak semua sambaran datang daripada gewang yang beraksi garang.

Ada hari ikan memburu dengan rakus, mengejar gewang keras yang laju, berkilat dan bising. Tapi, ada hari ikan cuma duduk diam bersembunyi di dasar, menunggu mangsa yang lalu perlahan, atau sekadar menyambar sesuatu yang kelihatan lemah dan mudah ditelan.

Dekat sinilah gewang soft plastic mula tunjukkan taringnya.

Ia bukan gewang yang paling menarik perhatian dalam kotak pancing. Tidak sekeras minnow, tidak seagresif popper, dan tidak seberkilat spoon.

Tetapi dalam keadaan tertentu, soft plastic boleh menjadi antara gewang paling meyakinkan.

Bukan kerana ia mencuri perhatian ikan secara agresif, tetapi kerana ia memujuk ikan dengan persembahan yang lebih halus, lebih natural dan lebih dekat dengan cara ikan benar-benar makan.

Baca Sepenuhnya

Teori Warna: Mendalami Warna Killer Soft Plastic

warna killer soft plasticApakah warna terbaik atau warna killer soft plastic?

Soalan ini adalah antara persoalan yang popular sering diajukan oleh kebanyakkan pemancing.

[su_note note_color=”#F4f4f4″]

Jawapannya adalah; – tiada warna killer soft plastic sebenarnya.

[/su_note]

Pemilihan warna soft plastic yang terbaik adalah bergantung kepada cuaca, keamatan cahaya, warna dan tahap kekeruhan air.

Kesemua elemen-elemen ini boleh menentukan apakah warna yang produktif dan terbaik pada waktu tersebut.

Oleh itu, bagaimana pemilihan warna soft plastic dibuat?

Baca Sepenuhnya

SP Hacks: Tips Mengelakkan Soft Plastics Dari Terlucut & Terlorot

[su_dropcap style=”flat” size=”3″]A[/su_dropcap]ntara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna soft plastics (SP) adalah ia sering terlorot daripada jighead atau matakail.

Masalah ini bukan sahaja akan membuatkan SP cepat rosak, malah menjejaskan persembahannya apabila beraksi di dalam air

Di sini ada satu kaedah untuk mengatasi masalah ini daripada berlaku yang dikongsikan oleh sifu Badrulhisyam Badrulhisyam.

Sila rujuk gambar di bawah:

Baca Sepenuhnya

Tips Memancing Siakap Merah Dengan Soft Plastic

siakap merah soft plastic

Antara spesis yang sentiasa mencetuskan adrenaline rush kepada pemancing adalah Siakap Merah. Mengapa?

— Pastilah kerana ia ikan yang sangat agresif dan kuat!

Ia akan menghentam gewang dengan cukup padu dan berjuang sepenuh tenaga untuk melepaskan diri.

Taktiknya juga cukup licik dan jahat.1. Spesis ini adalah game fish yang hebat kerana, apabila ia dalam mood yang yang baik, ia akan menghentam pelbagai jenis gewang yang dihulurkan.

Maka tidak hairanlah ia sangat disanjungi oleh pemancing kita.

Baca Sepenuhnya