Kunci-Kunci Penting Dalam Memaksimumkan Kreativiti dan Produktiviti

kreativiti-dan-produktivitiAda satu masalah bila kita cuba untuk menjadi kreatif dan produktif:

  • Bila kita cuba untuk lebih produktif, maka kita lebih sukar untuk kreatif..
  • … dan bila anda buat sesuatu dengan kreatif, selalunya kita cenderung untuk tidak produktif.

Kita terpaksa memilih salah satu.

Atau langsung tidak dapat mencapai kedua-duanya sama sekali.

Bagaimana kita boleh menjadikan kedua-dua perkara ini bergerak selari bersama?

Apakah perbezaan sebenar diantara kreativiti dan produktiviti?

Dalam bahasa mudah:

Produktiviti adalah ingin menyelesaikan perkara dengan cepat.

Orang yang produktif mahu sampai dari titik A ke titik B melalui jalan yang paling lurus dan sependek yang mungkin.

Orang yang produktif menyelesaikan setiap tugasan mereka dengan cara bersistematik.

Mereka mengukur dan membuat kemajuan yang berterusan terhadap matlamat yang ingin mereka capai.

Mereka cekap menggunakan masa dengan berkesan.

Kreativiti pula tidak.

Mereka lebih cenderung untuk perlahan.

Ia lebih cenderung untuk melencong dari point A ke point B supaya dapat melalui point C, D dan E dan mencari lagi ke mana ia boleh pergi.

Orang yang kreatif memerlukan masa dan ruang untuk berkembang. Mereka sukar untuk bergerak secara sistematik.

Mereka lebih suka mencari pengetahuan baru dan menerokanya (membuat uji kaji, melihat kemungkinan lain.. sebelum mendapat keputusan yang sebenar)

Produktiviti bermula dengan perancangan yang rapi ke depan.

Ia sudah menetapkan ke mana hendak dituju dan bagaimana cara terbaik untuk sampai.

Manakala, kreativiti bermula daripada pengembaraan minda bawah sedar kita.

Ia tidak tahu dimana ia telah sampai dan tak tahu pun bila ia bermula.

Ia hanya memulakan perjalanan, dan destinasi ditentukan apabila sudah berada dalam perjalanan.

Produktiviti lebih bermodul. Ia menggunakan benda yang sudah tersedia untuk membina projek baru.

Kreativiti pula lebih berminat untuk bermula dari kosong, kerana ia mahu meneroka kembali apa yang ia mungkin terlepas pada masa-masa yang terdahulu.

Produktiviti akan mengabaikan 5% kesempurnaan yang terakhir untuk menghasilkan lebih banyak item.

Kreativiti pula akan bermati-matian untuk melengkapkan 5% yang terakhir melebihi perkara lain, kerana 95% yang lain telah sempurna.

Saya rasa saya dah tak perlu jelaskan, anda dah nampak apa yang saya nak sampaikan disini.

Produktiviti dan kreativiti memang nampak seperti sesuatu yang berlawanan.

Tetapi bagaimana kita boleh mencapai kedua-dua perkara tersebut?

 

Produktiviti adalah sistem. Kreativiti adalah proses

Produktiviti adalah merupakan satu sistem.

Contohnya memecahkan sesuatu perkara kepada tugas-tugas kecil yang boleh diselesaikan dengan cepat.

Tugas seperti membayar bil elektrik adalah dibawah sistem produktiviti.

Begitu juga dengan membalas komen di blog, atau mencatat keuntungan jualan pada bulan ini.

Ia tidak memerlukan proses berfikir yang banyak.

Contoh perkara yang tak sesuai diletakkan dibawah sistem produktiviti adalah seperti ‘menulis artikel tentang kanak-kanak autism‘ atau menulis pelan bisnes untuk perniagaan anda.

Anda boleh menambah tugas tersebut dibawah sistem produktiviti, tetapi ia tidak akan banyak membantu.

Tugasan kreatif pula tidak mempunyai sempadan yang jelas.

Ia memerlukan anda berfikir dengan banyak, melihat pelbagai kemungkinan, membuat eksperiment dan melihat peluang-peluang baru.

Anda tidak akan tahu berapa proses yang perlu diambil dalam tugasan kreatif sehinggalah anda menyelesaikannya.

Walaupun tugasan kreatif mempunyai sedikit kesamaran, saya selalu menjalankan proses ini dengan memecahkan ia kepada beberapa part-part kecil.

Contohnya, setiap kali saya menulis saya akan pecahkan proses ini kepada:

  • Brainstorm dan kumpul maklumat
  • Buat sedikit kajian dan ambil nota dari beberapa sumber
  • Merancang artikel
  • Tulis draft
  • Edit draft
  • Proofing artikel dan semak senarai checklist sebelum publish.
  • Publish

Dalam setiap langkah diatas, saya tak dapat menetapkan masa. Manalah saya dapat tahu bila idea saya akan berhenti keluar.

Apabila saya selesai tulis draft, masa itulah baru saya sedar saya perlu buat lagi kajian untuk beberapa bahagian dalam artikel tersebut.

Saya juga selalu perlu membuat beberapa kali editing.

Setiap proses adalah berbeza, dan memerlukan tahap penakulan minda yang berlainan semasa menjalankannya supaya lebih efektif.

Contohnya apabila saya sedang menulis draft dan mengumpul maklumat, saya akan lebih kreatif.

Tetapi bila saya melakukan editing dan semak senarai checklist, fikiran saya akan lebih bersifat analitik.

Membuat kerja kreatif  secara bersistem  adalah KUNCI untuk membuat perkara yang memerlukan kedua-dua kreativiti dan produktiviti serentak.

Kedua-duanya bekerja dalam cara berbeza dan anda tidak boleh paksa kreativiti untuk masuk dibawah kotak produktiviti.

Apa yang anda boleh lakukan adalah memecahkan tugasan kreatif anda kepada proses dan jalan semua tugas kreatif tersebut secara sistematik (produktif)

 

Kita harus membiarkan kreativiti menuruti jalannya…

kreativiti dan produktivitiMenulis draf adalah bottleneck utama dalam proses penulisan saya.

Ia mengambil masa semahunya dan saya tak dapat bajet masa untuk proses ini.

Ia juga memerlukan minda dan badan saya bersedia dan merasa selesa semasa membuat ini.

Jika saya mahukan hasil kerja yang baik, saya harus membiarkan kreativiti saya mahu apa yang ia nak.

Bila saya menulis, saya akan menulis sehingga saya tak mampu lagi nak menulis.

Saya biarkan kreativiti saya mencari jalannya.

Jangan sekat dan buat perkara lain. Itu akan membuatkannya lebih sukar siap mengikut jadual.

Kita akan lebih produktif bila membiarkan kreativiti pergi sejauh yang mungkin.

Idea kreatif selalu datang tiba-tiba dan pada waktu yang salah..

Memang kita tak boleh membuat lukisan ditengah-tengah mesyuarat, tetapi kita ada cara untuk menyimpan idea kratif tersebut.

Tugas anda adalah untuk bersedia dengannya.

Dan jangan sesekali memaksa kreativiti anda.

Jika kita memaksa kreativiti kita (contohnya menulis), selalunya ia akan membuatkan kita memerlukan lebih banyak masa melakukan editing dan membetulkan kesilapan kemudian nanti.

Tetapi jika membiarkan kreativiti kita berkerja dalam keadaan bersedia, maka masa untuk editing kemudian akan berkurang, seterusnya membuatkan kita lebih produktif secara keseluruhan.

Kesimpulan disini: hasil kerja kita akan menjadi menjadi terbaik apabila bila kita bersedia dan tidak memaksa diri.

 

Kemaskan setiap komponen proses

Kadangkala, ada sesetengah tugas kreatif itu agak sukar dilaksanakan secara produktif bila dilihat secara keseluruhan.

Bila kita memecahkan proses kerja itu kepada beberapa komponen kecil, kita akan nampak ada sebahagian proses itu memerlukan kreativiti dan sesetengahnya pula tidak.

Maka bahagian yang tidak memerlukan kreativiti ini kita boleh perkemaskan supaya lebih produktif supaya kerja kita cepat siap.

Dan masa selebihnya kita boleh tumpukan kepada pecahan tugas lain yang masih tinggal.

 

Kita semua mahu menjadi lebih kreatif dan produktif..

Tetapi malangnya, ia selalu bertentangan bila kita memilih salah satu daripadanya.

Kunci untuk memaksimumkan kedua-dua perkara ini adalah dengan memecahkan sesuatu projek atau tugas itu kepada beberapa segmen.

Dari situ anda akan nampak segmen manakah yang perlu disusun dan dioptimumkan, serta segmen mana yang kita boleh tangguhkan dahulu buat sementara.

Sesetengah perkara lebih berkesan dilakukan dengan cara kreatif dan ada sesetengah perkara lebih efektif dilakukan dengan cara produktif.

Lakukan kerja mengikut apa yang lebih sesuai dengan tugasan itu.


Anda mempunyai sebarang komen mengenai perkara ini?

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments