Salah satu konsep yang paling menarik dikenali sebagai Kaizen, berasal dari budaya Jepun.
Jika diterjemahkan, Kaizen bermaksud “berubah ke arah lebih baik”
Ramai orang melihat ini sebagai satu strategi produktiviti, tetapi pada pendapat peribadi saya, ia lebih daripada satu falsafah di mana kita secara berterusan memperbaiki pendekatan dan sistem kita dalam memperbaiki diri.
Pembelajaran adalah proses, bukan perlumbaan.
Falsafah Kaizen selalunya digunakan dalam kebanyakkan organisasi kilang untuk meningkatkan pengurusan dan operasi mereka.
- Mengenalpasti. Kenal pasti apa yang kita mahu ubah dan lakukan penambahbaikan. Kemudian, membuat kesimpulan mengenai hasil yang anda dapat dari tindakan anda.
- Uji. Jalankan ujian kecil untuk mengesahkan kesimpulan kita.
- Rancang. Berdasarkan keputusan yang kita dapat dari ujian tadi, buat rancangan untuk melaksanakan perubahan.
- Menjalankan Rancangan. Lakukan rancangan kita dan buat perubahan.
- Lihat Kembali. Ukur hasil dan jejak apa kemajuan yang kita telah lakukan. Kemudian, luangkan masa untuk buat refleksi.
- Ulang. Ulangi proses dengan memperbaiki kelemahan dan mengenal pasti masalah baru.
Jangan Mengharap Kesempurnaan
Dalam Kaizen, kita kita tidak menyasarkan kesempurnaan.
Malah, orang yang mengamalkan falsafah kaizen memang tidak percaya kepada idea kesempurnaan.
Membuat perubahan itu sudahlah sukar.
Cuba bayangkan membuat perubahan besar dengan matlamat untuk mencapai keadaan sempurna – ia hanya menjadikannya jauh lebih sukar.
Pendekatan yang lebih baik adalah dengan memberi tumpuan kepada kemajuan kecil dan, ulangi proses tersebut.
Ia adalah salah satu daripada strategi melakukan penambahbaikan berterusan.
Ia mahu menjadi lebih baik dari masa ke semasa.
Pendekatan Kaizen mengingatkan bahawa semua penambahbaikan harus dikekalkan jika kita ingin mendapatkan hasil yang konsisten.
Fikirkan langkah kecil yang kita boleh ambil setiap hari yang akan membawa kita secara berperingkat ke arah matlamat.
Menjadi 1% lebih baik setiap hari adalah cara yang mudah dan praktikal untuk mencapai matlamat besar.
Ya, 1% memang nampak seperti sedikit.
Ia kecil. Ia mudah. Ia boleh dilakukan.
— Ia sesuatu yang kita boleh telan dengan mudah.
Dan ia terpakai untuk kebanyakan perkara yang kita mahu lakukan atau dicapai.
Ia mengurangkan rasa takut dan lebih mudah diurus.
Ia mungkin merasa kurang menarik berbanding membuat perubahan besar, tetapi hasilnya akan lebih kuat dan lebih tahan lama.
Kemajuan Diri Adalah Sesuatu Yang Tiada Penamat. Ia Proses Sepanjang Hayat
Kita tidak akan pernah selesai.
Walaupun kita telah mencapai beberapa kejayaan, dan ingin mengekalkannya – kita tetap perlu terus melakukan perkara-perkara yang menjadikan kita berjaya itu.
Langkah pertama untuk memperbaiki kehidupan kita dan menjadi lebih baik dari sebelumnya tidak akan menjadi sesuatu yang mudah.
Tiada siapa yang boleh menjanjikan kita bahawa perkara ini akan mudah tetapi memberi hasil.
Ada harga yang perlu dibayar untuk setiap tindakan dan hasil yang kita mahukan.
Namun ia adalah lebih baik mencuba dari tidak langsung.
Tinggalkan Komen Anda..