Kita Tak Tahu Sapa Jodoh Kita

jodoh
Jodoh saya adalah dengan kucing?

Kita tak tahu sapa jodoh kita.

Kadang-kadang bercinta sampai 10 tahun pun kalau takdak jodoh putus jugak.

Tak kira lah macam mana kita cuba jaga hubungan tu sekali pun.

Kalau dah tak tertulis dia tu bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita.

Pernah dengar orang cakap “Alah aku ni dah lama kenal dia. Semua perangai dia aku tau.”

Sebenarnya kita silap.

Walau lama mana pon kita kenal seseorang tu selagi kita tak duduk satu rumah dengan dia kita takkan tau macam mana perangai sebenar dia.

Kita pernah tengok muka dia bangun tidur macam mana? Muka dia masa mengigau macam mana? Dia ni tidur berdengkur ka tak? Kita tau ka?

Makan pulak. Kalau kat kedai tu boleh la control. Bukan main sopan lagi. Kalau dekat rumah nak makan sopan macam tu jugak ke?

Fikirlah.

Advertisement

Jangan sebab terlalu cari sangat sapa jodoh kita sampai kita lupa DIA.

DIA yang tentukan sapa jodoh kita.

Bukan kita.

guest
16 Comments
Inline Feedbacks
View all comments