Hati Sering Ragu-Ragu Tentang Kewujudan Tuhan?

kewujudan tuhan

Kadang-kadang apabila saya berfikir tentang kejadian alam, hati saya selalu terdetik, apakah Tuhan itu benar-benar wujud?

Ia adalah gangguan syaitan.

Pernahkah anda mengalami, apabila diberitakan mengenai penciptaan alam ini oleh Allah (SWT), tiba-tiba hati kita terdetik “Maka siapakah pula yang mencipta Allah?”

Jika kita mengalami bisikan sebegini, kita perlu berhenti sejenak dengan membaca taawuz, iaitu membaca:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Auzubillah Minasyaitan Nirajiim

(Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam)

Ini kaedah yang diajar oleh syariat apabila timbul rasa hati atau mainan akal yang datang daripada bisikan syaitan.

Maknanya, janganlah kita melayan bisikan itu dan bersegera membaca taawuz untuk memohon perlindungan Allah daripada syaitan.

Apa Tandanya Kewujudan Tuhan?

Golongan ateis (golongan yang tidak percaya tentang kewujudan Tuhan) sering bertanyakan soalan provokasi ini untuk membuatkan kita merasa ragu-ragu.

Sebenarnya sebelum menjawab pertanyaan tersebut, kita boleh bertanya kembali kepada orang yang bertanya itu, “Apakah tandanya Tuhan tidak ada?”

Kerana lebih mudah bagi kita untuk mengambil pendekatan menyerang balas sebegini.

Tanda tuhan itu ada dan berkuasa lebih mudah dilihat dan dijelaskan.

Lihat sahaja alam ini yang sangat teratur dan tersusun dari sebesar-besar kejadian hingga sekecil-kecil kejadian.

Sebagai logik mudah, bayangkan kita masuk ke sebuah dewan seminar.

Di situ telah disediakan kerusi-kerusi yang tersusun elok untuk hadirin. Dipentas ada mikrofon, set sofa dan rostrum untuk ahli panel.

Mana mungkin kesemua itu tersusun sendiri tanpa apa yang menyusun dan mengaturnya.

Hal ini tidak mungkin, kerana kesemua peralatan di dalam dewan itu berada di tempat yang betul sesuai dengan kegunaannya.

Subhanallah.

Alam ini disusun oleh Allah SWT.

Perhatikan planet-planet yang beredar dengan orbit atau manzilah masing-masing. Matahari berada pada jarak yang tetap dengan bumi.

Sekiranya matahari beranjak dekat sedikit sahaja dengan bumi, contohnya sekitar beberapa milimeter – pasti bumi ini akan terbakar.

Kalau matahari terganjak sedikit jauh pula, pasti bumi akan dilanda musim dingin yang luar biasa.

Ini bukti adanya kuasa yang mengatur kedudukan matahari dan planet-planet lain. Itulah Tuhan.

Tidak mungkin susunan planet itu terjadi dengan sendiri tanpa ada yang mengaturnya sedemikian rupa sesuai dengan fungsinya.

Begitu juga dengan oksigen, hidrogen dan nitrogen.

Sebagaimana yang kita pelajari dalam ilmu sains, kesemua elemen ini berada dalam kadar yang tetap. Oksigen misalnya tidak berubah kadarnya untuk kegunaan makhluk.

Sekiranya oksigen terkurang sahaja insyaaAllah kita sukar bernafas, dan sahabat-sahabat kita yang ada penyakit asma akan bermasalah.

Kalau oksigen terlebih daripada kadar yang diperlukan, bencana kebakaran pasti mudah berlaku.

Demikian juga kita lihat komet yang berada di angkasa dan kejadian gerhana matahari serta gerhana bulan.

Komet Halley misalnya akan dapat dilihat daripada bumi setiap 75-76 tahun sekali.

Gerhana matahari dan gerhana bulan, sama ada gerhana penuh atau separa, boleh dikesan dan diramalkan kemunculannya dalam tempoh-tempoh tertentu.

Kita juga dapat meramalkan waktu solat lima waktu dengan tepat untuk tempoh setahun.

Ini bukti bahawa pergiliran siang dan malam berlaku dalam kadar yang tetap dan teratur.

Subhanallah.

Kalau difikir secara rasional akal dan common sense, pasti kita tidak dapat menafikan bahawa semua ini tidak terjadi dengan sendiri atau secara kebetulan.

Sebaliknya, kita akan melihat kewujudan, keperkasaan dan kekuatan Allah di situ.

Sebagaimana segala peralatan di dalam sebuah dewan seminar tidak akan tersusun dengan sendiri, maka begitulah juga dengan alam yang jauh lebih kompleks ini.

Tidak mungkin alam ini terjadi secara kebetulan melainkan sudah pasti ada yang mengatur kedudukan serta perjalanan alam ini dari sekecil-kecil benda kepada yang sebesar-besarnya.

Untuk mengatur segala benda di dalam sebuah dewan seminar, ia memerlukan gandingan tenaga beberapa orang.

Untuk mengatur sebuah negara, pastinya ia memerlukan lebih ramai orang dan kerjanya lebih sukar.

Inikan pula untuk mengatur planet bumi dan seluruh alam ini. Ia hanya dapat dilakukan oleh al-Qahar, iaitu Tuhan Yang Maha Perkasa.

Tidak mungkin tenaga atau kuasa yang biasa-biasa dapat mengatur alam yang sangat kompleks ini.

Bayangkan Jika Tuhan Tertidur…

Satu ketika Bani Israel – bangsa yang sangat degil dan sering mengolok-olokkan para rasul mereka bahkan membunuh para rasul itu – telah bertemu dengan Nabi Musa a.s.

Mereka bertanya, apa yang akan terjadi kalau Tuhan tertidur walaupun sekelip mata.

Nabi Musa tidak mempunyai jawapan.

Maka Nabi Musa yang merupakan Kalimullah, mengajukan pertanyaan ini kepada Allah.

Allah SWT meminta Nabi Musa mendapatkan jawapan di satu tempat dengan syarat Baginda mesti membawa gelas yang berisi susu.

Nabi Musa pun pergi ke tempat itu dan menunggu jawapan daripada Allah sambil memegang gelas yang berisi susu.

Oleh kerana terlalu lama menunggu dan masih belum mendapat jawapan daripada Allah, maka akhirnya Nabi Musa terlelap.

Gelas yang berisi susu terlepas dari tangannya dan jatuh. Gelas itu pecah dan susu di dalamnya bertebaran.

Itulah sebenarnya jawapan daripada Allah. Sekiranya Allah tertidur sekelip mata sahaja – Maha Suci Allah daripada sifat lemah ini – alam ini akan berlaga dan berlanggar antara satu sama lain. Alam ini akan hancur.

Di dalam al-Quran, Allah berfirman yang maksudnya:

Dia (Allah) tidak mengantuk dan tidak tidur.

<span class="su-quote-cite">Al-Baqarah 2: 255</span>

Ertinya Allah SWT menjadikan dan mengatur sendiri alam ini dengan kekuasaan-Nya. Alam itu tidak terlepas daripada pengaturan Allah walaupun hanya seketika.

Jadi, cara untuk melawan bisikan syaitan adalah dengan:

  1. Memantapkan lagi ilmu kerana apabila ilmu sudah meresap dalam hati, ia akan membenteng diri daripada tipuan syaitan.
  2. Lazimkan diri membaca taawuz kerana dengan membaca taawuz, kita memohon perlindungan terus daripada Allah dalam menghadapi bisikan jahat syaitan yang mahu meragukan kita.
Rujukan
  1. Ustaz Pahrol Mohd Juoi – Slot rancangan radio IKIM.fm dan petikan daripada buku Laba Disebalik Bala

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

9 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
uknown
uknown
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum saudara,Saya semalam pernah kena situasi macam ni.Saya ada melawan/ajuk/kata kat syaitan yang Allah itu tidak diciptakan dan Allah hidup sendirinya, kemudian tiba tiba ada part saya salah kata yang “Aku pun tidak tahu siapa yang menciptakan Allah” lebih daripada satu kali.Kemudian saya fikir balik saya terkejut dan cepat cakap aku tarik balik kata tu dan ucap kalimah syahadah.Masa tu saya memang gelisah melayan bisikan syaitan dengan terketar sebab dengan geram.Masa tu jugak saya cakap dengan laju dan berbelit2m-belit tanpa sedar tersalah kataAdakah jatuh murtad

Tasha
Tasha
4 tahun yang lalu

Boleh nk bertanya.. Kalau ragu2 cmtuh jatuh murtad ker..saya risau sesangat.

Adi
Adi
Reply to  Tasha
3 tahun yang lalu

Saya pun selalu risau tentang ini. Kita tak terfikir pun untuk menidakkan kewujudan Allah, tetapi terkadang termakan bisikan syaitan.

Atf
Atf
5 tahun yang lalu

Sorry. Tuhan tak wujud.

Ben
Ben
Reply to  Atf
4 tahun yang lalu

Kalau Tuhan tak wujud..anda juga mustahil akan wujud di dunia ini..manusia pertama tidak wujud magically tiba2…Tuhanlah yang mencipta dan menyempurnakan sifat fizikal dan diberikan roh untuk hidup dan kemudian manusia berkembang biak dan jadilah anda pada hari ini saudara Atf.

Janganlah menjadi manusia tidak bersyukur dan lupa diri dgn menafikan kewujudan Tuhan setelah diberi peluang untuk bernafas.

makciksenahoi
makciksenahoi
6 tahun yang lalu

Assalamu’alaikum. Bagus rencana Tuan ini utk org2 yg baru belajar mengenali Pencipta-Nya. Ilmu Tauhid asas ilmunya.Permulaan agama itu ialah mengenali Allah S.W.T.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading