Apa Kepentingan Kerja Rumah Kepada Pelajar?

kepentingan kerja rumahDalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat perdebatan yang berterusan di kalangan ahli akademik mengenai sejauh mana kerja rumah dapat menyumbang kepada kejayaan akademik pelajar.

Malah, ada yang mendakwa bahawa kerja sekolah adalah membebankan dan tidak harus diberikan kepada pelajar.

Walau pelbagai teori dikeluarkan oleh mereka yang kononnya cerdik pandai, namun kebanyakkan guru masih lagi memberikan kerja rumah secara harian atau mingguan kepada murid.

Dan saya juga sebagai guru berpendapat, kerja rumah masih lagi relevan.

Namun kita harus tahu bahawa:

— untuk kerja rumah dapat memberi impak yang maksimum kepada pelajar, ia perlu “dilakukan dengan cara yang betul.”

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mempunyai masa melakukan kerja sekolah yang ditetapkan setiap hari.

Dan tempat yang bebas daripada gangguan supaya mereka dapat fokus terhadap tugasan mereka.

Disini ada tiga sebab yang paling penting bagaimana kerja rumah dapat membantu pelajar berjaya:

1. Membentuk Disiplin dan Kemahiran Belajar

Kerja rumah bukan sahaja membuat anak-anak belajar.

Tetapi ia juga mengajar “bagaimana” untuk belajar.

Dalam kehidupan nyata, kita tidak dapat mempelajari segala-galanya dalam suasana bilik darjah.

Kita perlu belajar sendiri cara study dengan bijak, dan kerja rumah akan memaksa kita melakukannya.

Menyiapkan tugasan kerja rumah juga mengajar pelajar pengurusan masa dan tugas yang berkesan.

Ia membantu mereka menetapkan dan memenuhi matlamat, mengambil inisiatif dan menggalas tanggungjawab peribadi, dan membentuk disiplin untuk melakukan kerja secara berdikari.

Belajar secara berkumpulan juga penting, tetapi kita tidak boleh mengabaikan keperluan anak-anak untuk membangunkan kemahiran belajar mandiri.

2. Menyediakan dan Mengukuhkan Apa Yang Diajar Di Dalam Bilik Darjah

Kandungan kerja rumah biasanya dirangka dengan cara merangkumkan semua ciri pembelajaran di dalam kelas.

Bagaimana?

Kerja rumah mengandungi dua prinsip asas:

  1. Ia mengulang apa yang dipelajari di kelas pada hari itu dan memperkenalkan apa yang akan diajar pada hari berikutnya.
  2. Oleh itu, mereka mengukuhkan konsep yang telah dipelajari dan menyediakan pelajar untuk mempelajari apa yang akan diajar seterusnya.

Kerja rumah juga membantu pelajar menghadapi kuiz dan ujian yang memainkan peranan yang besar dalam menentukan gred mereka.

Kaedah latih-tubi memang bukan cara terbaik untuk menghadapi peperiksaan.

Tetapi jika langsung tidak belajar di rumah untuk menghadapi peperiksaan, pastinya pelajar itu sukar mendapat keputusan yang cemerlang.

3. Memberi Peluang Ibu Bapa untuk Terlibat

Sebab ketiga mengapa kerja rumah sangat penting untuk kejayaan pelajar adalah ia membolehkan anak-anak mendapat manfaat penglibatan ibu bapa.

Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang aktif dalam soal pendidikan mereka selalunya jauh lebih cemerlang di sekolah.

Dan tanpa kerja rumah, ibu bapa hanya mempunyai peluang yang sedikit untuk terlibat.

Kerja rumah membolehkan ibu bapa melihat apa yang diajar di sekolah kepada anak-anak mereka  dan membolehkan mereka menilai kemajuan anak mereka.

Ibu bapa yang membantu anak-anak mereka menempuhi “kesukaran kerja rumah” dengan memberi galakan melalui berkomunikasi dan tindakan — akan memberi mesej bahawa kejayaan di sekolah adalah penting dalam kehidupan.

Anak-anak yang sudah besar mungkin tidak suka mengakuinya, tetapi semua anak-anak secara semulajadi memang ingin menggembirakan ibu bapa mereka.

Dan jika ibu bapa mereka memberikan penghargaan yang tinggi terhadap pencapaian dan kerja sekolah, anak-anak lebih cenderung untuk melakukannya dengan baik.


Kesimpulan

Membentuk kemahiran menyelesaikan kerja rumah yang baik adalah kunci kejayaan setiap pelajar di sekolah.

Kerja rumah memberi banyak manfaat kapada anak-anak, bukan sekadar menambah ilmu yang dia belajar.

Ia juga membantu pelajar membentuk disiplin, kemahiran belajar sendiri, mengulang semula apa yang dipelajar dan mempersiapkan diri untuk menerima apa yang akan diajar di dalam kelas kemudian nanti.

Dan ia sangat memberi anak-anak galakan apabila memiliki ibu bapa mereka sendiri yang terlibat dalam pembelajaran mereka.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

3 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Lenisha
Lenisha
2 tahun yang lalu

Terima kasih untuk notes ini

Adam
Adam
3 tahun yang lalu

1.Membentuk Disiplin dan Kemahiran Belajar

2.Menyediakan dan Mengukuhkan Apa Yang Diajar Di Dalam Bilik Darjah

3.Memberi Peluang Ibu Bapa untuk Terlibat

ur mom
ur mom
3 tahun yang lalu

deez nuts in ur mom xddddd

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading