Hidup ini tetap berjalan, walaupun awak memilih untuk kekal dengan masa lalu.
Jadi mengapa pilih perkara yang merugikan?
Hiduplah dan move on.
Past is past. You’re here now.. and you will go forward.
Hidup sentiasa berputar diluar jangkaan kita setiap saat.
Dalam kehidupan ini, ada perkara yang tak terjangka boleh berlaku bila-bila masa. Sekelip mata kita mengalami kehilangan.
Kadang, memang sukar untuk melihat hikmah dalam sesuatu kejadian dan kehilangan.
Namun, jangan pernah terikat dengan bayangan seseorang di masa silam.
Walaupun awak tidak akan pernah berhenti merindui insan istimewa yang telah pergi, namun redhalah.
Redhalah seikhlas hati.
Itu yang akan mengajarkan kita erti seorang hamba dan kekuatan.
Bila kita sentiasa bersangka baik pada setiap takdir Allah. Allah pasti akan memberi yang terbaik buat diri kita.
Tabahlah seperti Nabi Ayub. Optimislah seperti Nabi Muhammad.
Kehidupan ini kisarnya tentang menerima hakikat.
Pedih dan sakit itu biasa.
Telan saja.
InsyaaAllah, kehilangan yang diiringi dengan berperasangka baik pada Allah, kesemua itu akan berubah dengan menjadi sebuah ‘keampunan’.
Inilah saat yang sangat berharga untuk memperkuatkan sangka baik terhadap Allah.
Ya mufarrijal humum, Ya Mufarriju farrij, Farrij a’nna humumana, Ya hayyu Ya qayyum, Ya zaljalali wal iqram..
Kuatkan semangat.
Lelah mana pun awak nak bangun. Jangan pernah kalah.
Walaupun ambil masa. Walaupuan perlahan-lahan awak naik.
It’s not easy.
But you can learn to do it.
Slowly…
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum wbt.
“Tuntutan bertindih” menjadikan kita sentiasa kalah denganNya.
Segala yg kat langit dan kat bumi, semua Dia punya…
Kita datang kat planet ni dulu, telanjang dan bogel. Balik nanti pun akan telanjang bogel…
Datang 0, balik nanti pun 0….
Datang sorang, balik pun sorang…
Seposen syiling pun tak dapat bawak. Semua ditinggal…
So, kita tak memiliki, kita diberi dan terus diberi oleh Dia.
Orang yg kehilangan adalah orang memiliki….
Kalau tak memiliki tak de apa yg hilang…
“MilikKu, segala-gala yg berada di langit dan di bumi. KepadaKu, dikembalikan segala-galanya.”
(Al Quran, Ali Imran: 109)
So, jangan pernah ada rasa “pemilikan” walau apa jua…
Then, kita tak pernah kehilangan dan plus 2 bonus…. kita tak kan pernah rasa takut dan tak pernah bersedih.
Memalukan…. orang bagi pinjam utk hak pakai sementara. Kita buat macam hak mutlak kita dan tak nak pulang…
Tak de tuntutan bertindih…
Kita pun tak bersedih…
Semuanya milik Dia !!!
Assalamu’alaikum. Perkongsian pengalaman. Sekiranya kita masih teringat-ingatkan org yg dikasihi yg tlh pergi, maka letaklah gambarnya di dalam dompet kita. Apabila teringatkan arwah itu hadiahkanlah surah Al-Fatihah kpdnya. In shaa Allah rasa rindu yg amat mendalam dan jiwa yg kemurungan itu akan pergi dengan perlahan-lahan. Jika sering bermimpikan arwah krn terlalu rindu, in shaa Allah mimpi itu tidak akan bkunjung lagi. Selain itu, jika mampu niatkan sedekah atau waqaf utk arwah. Mudah2an pahalanya berterusan di alam sana. Yang penting amalkan surah Al-Fatihah apabila teringatkan arwah. Itulah pengalaman saya yg kehilangan ayahanda yg dikasihi lg disegani secara tiba-tiba kerana serangan sakit jantung. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian pengalaman ini.
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman & ilmu yang berharga tersebut :-)
Ya terimalah kenyataan itu walaupun pahit…percayalah masa penyembuh luka yang terbaik… lama kelamaan kita akan sedar semuanya pinjaman Allah semata mata…InsyaAllah yang lebih baik akan menyusul….tak payah berduka lama lama…ngabihkan borehh
Betul :-)
Alhamdulillah…jazakallah atas tulisannya…
Semuanya dari Allah :-)
Betul tu.Seorang yg berlari dahulu nya merangkak di waktu bayi.Terus melangkah setapak ke hadapan,demi sebuah impian masa depan.Keep writing and inspiring!
Alhamdulillah. InsyaaAllah jika Allah masih memberi ruang dan peluang untuk menulis.