9 Kaedah Memperbaiki & Menguatkan Hubungan Kekeluargaan

hubungan kekeluargaan

Antara masalah dalam keluarga muslim pada zaman moden ini adalah berlaku pepecahan.

Putusnya hubungan silaturrahim ini adalah sesuatu yang tidak bagus.

Kerana secara tidak langsung, ia akan memberi impak yang besar dalam melemahkan ummah.

Dengan pecahnya struktur tradisional keluarga besar dan penghijrahan ke bandar besar serta negara lain, kita telah terputus hubungan dengan saudara mara kita.

Dan dalam banyak kes, kita telah memutuskan hubungan kekeluargaan dengan mereka.

Tanyakan pada diri kita:

  • Berapa ramai abang, kakak, dan adik kepada ibu ayah kita yang kita kenali?
  • Bagaimana dengan anak-anak mereka?
  • Bagaimana dengan datuk nenek kita?
  • Bagaimana rapat kita mengenali keluarga jauh kita?

Islam menekankan kepentingan membina dan mengekalkan hubungan yang kukuh dengan keluarga.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Perkataan ‘Ar-Rahm’ (Rahim) asalnya daripada perkataan Ar-Rahman (Yang Maha Merahmati) dan Allah berkata: ‘Aku akan menjaga hubungan dengan mereka yang menjaga hubungan denganmu, dan Aku akan memutuskan hubungan dengan sesiapa yang memutuskan hubungan denganmu”

Bukhari

Hadis seterusnya membincangkan kepentingan hubungan kekeluargaan dan kesannya terhadap rezeki serta kehidupan kita:

Sesiapa yang mahukan nyawanya dipanjangkan, rezekinya bertambah dan mati yang buruk dijauhkan daripadanya, maka biarkan dirinya mempunyai takwa kepada Allah dan biarlah memenuhi hubungan kekeluargaan!”

Akhir sekali, antara sebab utama lemahnya talian kekeluargaan adalah kerana politik dalam keluarga.

Nabi Muhammad SAW memberikan satu formula untuk berurusan dengan sanak saudara dalam perkara ini:

Manusia yang menjaga hubungan persaudaraan dengan sempurna bukanlah seseorang yang melakukannya kerana ia akan mendapat pulangan daripada saudaranya. Tetapi orang yang benar-benar menjaga hubungan kekeluargaan adalah orang yang tetap melakukan sesuatu, biarpun orang lain telah memutuskan talian persaudaraan dengannya

Bukhari

Disebabkan kepentingan topik ini, saya mahu kongsikan beberapa tips yang praktikal:

9 Kaedah Memperbaiki & Menguatkan Hubungan Kekeluargaan

1. Cari siapa saudara kita

Ini adalah langkah pertama tetapi ramai orang yang mengabaikannya.

Ini kerana mereka tidak mahu mengakui bahawa mereka tidak mengenali semua ahli keluarga mereka.

Duduklah dengan ibu bapa kita dan tanyakan  kepada mereka tentang adik, abang, kakak, bapa saudara, ibu saudara mereka dan lain-lainnya.

Lukis salasilah keluarga dan simpan salinannya dalam komputer atau di atas kertas.


2. Cari cara untuk menghubungi mereka

Sama ada nombor telefon, e-mel, profil di facebook, skype atau twitter (percayalah kita mungkin terkejut!)

Kemaskini buku alamat (address book) kita dengan betul


3. Hubungi Mereka

jika saudara kita menggunakan mana-mana alat sosial atas talian (online social tools), hubungi mereka dengan satu salam yang mudah.

Saya pasti mereka akan terkejut dan gembira.

Jika kita tidak begitu mengenali mereka, mulakan dengan menghantar mesej biasa di telefon bimbit mereka yang diakhiri dengan nama kita dan mungkin ‘anak kepada sekian-sekian’ supaya mereka dapat mengenali kita.

Selepas itu, telefonlah mereka (sama ada dengan ibu bapa kita supaya lebih memudahkan proses berkenalan) atau hanya kita sahaja.


4. Berbual dengan datuk nenek kita

Terdapat begitu banyak hikmah, pengalaman dan pelajaran yang dapat dipelajari daripada orang tua kita.

Hanya duduk dengan mereka, tanyakan mereka beberapa soalan dan tekan butang rakam.

Jangan jadikannya formal, hanya duduk dan dengar sahaja.


5. Melawat dan menjemput sanak saudara untuk makan bersama

Jika saudara kita tinggal di bandar atau daerah yang sama, jemput mereka untuk makan bersama.

Ini adalah cara yang bagus untuk berhubung semula dan mengekalkan perhubungan dengan keluarga


6. Hubungi mereka melalui talian video

Kepada mereka yang mempunyai keluarga jauh di kampung atau di rumah yang internetnya biasa-biasa sahaja, ambil satu komputer riba atau tablet dengan kamera hadapan.

Fikirkan bagaimana kita boleh mendapatkan internet lebih baik untuk keluarga kita (lebih baik tanpa yang tanpa wayar) dan ajar mereka langkah mudah untuk membuat panggilan skype atau video


7. Berikan zakat atau sedekah kepada mereka

Malang sekali, kebanyakkan muslim melupakan bantuan kepada ahli keluarga mereka yang miskin.

Saya tidak pasti sama ada ia memalukan atau kerana mereka takut sanak saudara mereka akan mula ‘bergantung hidup kepada mereka’.

Boleh jadi juga ia disebabkan oleh kemalasan kita dan kebergantungan kita kepada organisasi kebajikan antarabangsa untuk melakukan zakat dan sedekah untuk kita.

Apa pun sebabnya, kita tidak punya alasan.

Lebih-lebih lagi apabila kita mempunyai arahan jelas daripada Allah bahawa memberi itu sepatutnya diutamakan kepada sanak saudara dan juga yang miskin melalui ahli keluarga yang lebih tua atau kita boleh menyumbang kepada salah satu perbelanjaan besar mereka.

Contohnya membiayai pelajaran anak mereka atau kos perubatan dan sebagainya.


8. Jadi tumpuan utama keluarga kita

Jika kita mengamalkan sebahagian nasihat di atas, kita akan menjadi tumpuan utama dalam keluarga.

Ambillah tanggungjawab ini dengan bahagia dan beri galakan kepada sanak saudara kita untuk saling berhubung semula.


9. Selesaikan isu-isu lama

Kita kita membina hubungan dengan ahli keluarga, kita mungkin akan mempunyai peluang untuk menyelesaikan isu-isu lama.

Bagaimana kita boleh menyelesaikannya?

– Minta bantuan ahli keluarga yang lebih tua.

Kita mungkin boleh mengambil kesempatan pada Ramadhan atau Hari Raya di mana ahli keluarga lebih cenderung untuk memberikan kemaafan dan melupakan, serta memulakan semua hubungan kekeluargaan mereka atas dasar cinta dan kasihan belas, insyaaAllah.

Penutup

Mulai dari hari ini, cuba tetapkan matlamat untuk memperbaiki dan menguatkan hubungan kekeluargaan.

Ia tidak akan mengambil masa yang lama, tetapi pasti meninggalkan impak yang positif terhadap sanak saudara kita.

Malah kesannya adalah lebih baik kepada diri sendiri.

InsyaaAllah segala usaha kita pasti dibalas dengan ganjaran pahala.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
shera
shera
3 tahun yang lalu

bagus!!!