Kelebihan Hidup Secara Minimalist

hidup secara minimalist
Hidup secara minimalist * photo by The Black Workshop

Anda tahu apa yang paling best setakat ini saya rasa?

— Hidup  secara minimalist.

Ramai tokoh hebat didunia ini mengamalkan gaya hidup secara minimalist.

Contohnya Umar Abd Aziz dan Steve Jobs.

Sangat ringkas dan sederhana.

Apa itu gaya hidup secara minimalist?

Secara jujurnya, untuk menjadi seorang yang minimalist anda perlu hidup dengan kurang dari 50 barang, tidak boleh memiliki kereta, televisyen dan rumah.

Anda juga tidak boleh mempunyai pekerjaan.

Malah tidak boleh mempunyai anak dan isteri.

Anda juga mesti sanggup makan apa sahaja, tidak boleh berus gigi, mandi tak boleh bersabun dan rela untuk pergi serta tinggal dimana-mana sahaja tempat dalam dunia ini.

OK, saya bergurau sahaja. hihi

——

Minimalist sebenarnya adalah gaya hidup yang ringkas.

Tidak mempunyai banyak barang dan hanya memiliki benda yang diperlukan sahaja.

Simple.

Gaya kehidupan minimalist cenderung kepada suasana persekitaran yang ringkas dan kemas, menyingkirkan benda yang tak diperlukan.

Dan hanya hidup dengan barang-barang yang penting sahaja secara sederhana.

Ia adalah satu kehidupan yang rileks dan tenang tanpa terlalu obses dengan gadjet dan terikut-ikut dengan trend kehidupan semasa.

Hidup secara minimalist bukannya bermakna miskin dan tidak berharta, tetapi lebih selesa hidup secara sederhana dan ringkas.

Minimalist itu menenangkan.

Minimalist adalah hidup yang membosankan, kosong dan tak bermakna?

Jangan silap faham.

Hidup secara minimalist bukannya bermakna kita perlu hidup secara kosong, bosan dan statik tanpa perubahan.

Ia bergantung kepada seseorang itu kerana setiap orang adalah berbeza.

Setiap orang mempunyai gaya tersendiri menyesuaikan konsep minimalist yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

Menurut Tim Ferriss, kehidupan secara minimalist adalah:

The choice-minimal lifestyle becomes an attractive tool when we consider two truths:

1) Considering options costs attention that then can’t be spent on action or present-state awareness.

2) Attention is necessary for not only productivity but appreciation.

Therefore:

Too many choices = less or no productivity
Too many choices = less or no appreciation
Too many choices = sense of overwhelm

Bagi saya, kehidupan yang minimalist adalah menyingkirkan perkara yang tak diperlukan..

… dan membuka ruang kepada apa yang lebih penting dan keseronokan yang lain.

Ia adalah hidup simple yang membolehkan saya lebih fokus dan merasa lebih tenang, serta tidak serabut.

Selain itu, ia membolehkan saya menyimpan lebih duit kerana saya hanya membelanjakan terhadap perkara yang diperlukan sahaja.

Apa yang best hidup secara minimalist?

Banyak.

Kurang stress. Kurang berbelanja dan kurang hutang.

Masa untuk maintaining setiap barang pun berkurang,  dan lebih masa untuk buat aktiviti lain yang kita enjoy.

hidup secara minimalis
Boleh dikatakan saya pakai kasut ini setiap masa, selama 3 tahun. Pricey but worth it. Minimalist mementing kualiti. (RM200 je pun padahalnye.. acah mahal. haha)

Lagipun saya serabut tengok barang banyak-banyak.

Dengan meminimumkan barang kita, lebih mudah untuk mengemas dan menyusun barang kita.

Dengan gaya hidup yang minimalist, kita akan merasakan:

  • Hidup yang sangat ringkas & rileks
  • Merasa serba cukup
  • Balajar sayang apa yang kita ada.
  • Making time and space untuk fokus apa yang benar-benar penting
  • Mencari kebebasan
  • Sentiasa menjangkakan dan menerima perubahan

Apa yang menarik mengenai minimalism ini adalah apabila kita benar-benar menghayatinya..

… kita akan sedar bahawa apabila kita hidup dengan serba ringkas, kita akan rasa kehidupan kita akan lebih bermakna..

… lebih daripada apa yang pernah kita bayangkan.

Hidup secara minimalist adalah orang kedekut?

Tidak.

Kedekut dan minimalist itu dua perkara berbeza.

Untuk jadi kedekut tak perlu jadi minimalist, orang kaya raya pun boleh kedekut.

Orang yang serba lengkap dan mewah pun boleh kedekut.

Semua orang boleh kedekut.

hidup secara minimalist

Tapi minimalist adalah lain.

Sifat seorang minimalist bukannya kedekut, tetapi berhati-hati dan hanya membelanjakan wang kepada perkara yang perlu sahaja.

hidup secara minimalist
wardrobe yang minimal dan rare!

Jika anda terpaksa membeli sesuatu barang, lebih baik terus memilih barang yang berkualiti, bukan barangan murah.

Kerana barangan yang berkualiti (sedikit mahal) adalah lebih elok dan lebih tahan lama.

 Minimalist adalah berkenaan dengan kualiti, bukan kuantiti. 

Walaubagaimana pun, ini bukanlah ukuran yang sebenar, kerana ada juga barangan yang murah tetapi berkualiti.

Saya cadangkan anda beli barang yang anda benar-benar suka dan mahu, sebab ia akan bersama kita dengan tempoh yang lama.

Contoh berkaitan hal ini adalah dalam membeli pakaian, saya cenderung untuk beli 1 atau 2 helai sahaja dalam setahun.

Yang saya rasakan cukup untuk keperluan saya sahaja.

Sebab saya tahu, bila kita terlalu banyak pakaian dalam almari, alih-alih tak dipakai juga. Pakai baju yang sama juga setiap minggu.

Orang lelaki mungkin tiada masalah dengan perkara ini, tetapi mungkin sukar kot bagi orang perempuan. huhu

Bagi saya, daripada kita membeli dan menambah pakaian baru pada setiap bulan, apa kata anda belajar memenuhkan almari baju anda dengan beberapa helai koleksi pakaian yang berkualiti, cantik dan kita boleh pakai selalu, serta berasa puas hati bila memakainya.

Yang penting, minimumkan pembelian dalam setiap perkara.

Simple itu sexy.

Penutup

Hidup secara minimalist adalah bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

Minimalism adalah merupakan alat untuk menyingkirkan sesuatu yang tak diperlukan, supaya dapat menjalani hidup yang lebih bermakna..

… kehidupan yang dipenuhi dengan kegembiraan, kebebasan dan adanya kesedaran kendiri.

Bila saya telah dapat menyingkirkan perkara lain, saya akan lebih dapat menumpukan fokus kepada perkara yang lebih penting dalam kehidupan seperti kesihatan, hubungan silaturahim, minat saya, dan sumbangan terhadap masyarakat.

That’s what living a meaningful life is about for me.

Bagaimana pula dengan anda?

Adakah anda juga seorang minimalist?

guest
16 Comments
Inline Feedbacks
View all comments