Gewang Killer: Kaedah Menggayakan Gewang Jerkbait

gewang jerkbait
Master gewang jerkbait, Mr. Teru

Tahu apakah faktor yang paling mencetuskan nafsu ikan pemangsa untuk menyerang?

— apabila terdapat ikan kecil yang sedang cedera atau hampir mati, dimana ia adalah sasaran mudah.

Ia adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu oleh banyak pemangsa!

Berdasarkan tabiat inilah munculnya asas penciptaan gewang jerkbait.

Gewang jerkbait dicipta untuk meniru mimik ikan yang sedang cedera, seolah-olah ia tidak dapat berenang dengan sempurna, kelemasan dan menunggu masa untuk mati.

Sebab itulah ia cukup killer untuk kebanyakkan spesis ikan pemangsa.

Artikel ini akan membincangkan kaedah dan strategi yang sesuai untuk menggunakan gewang jerkbait sebagai senjata yang efektif dalam pemburuan anda.

Mari mengenali gewang jerkbait


gewang jerkbait

Jerkbait pada kebiasaannya adalah sejenis gewang yang panjang dan kurus.

Antara spesis ikan negara kita yang cukup menyukai jerkbait adalah Siakap.

Malah ia juga cukup berkesan untuk memerangkap spesis-spesis lain seperti Toman.

Tidak dinafikan saya adalah peminat besar terhadap Jerkbait.

Biasanya terdapat 3 jenis variasi gewang jerkbait, iaitu:

  1. Slashbait
  2. Ripbait 1
  3. Lipless

Gewang jerkbait akan menghasilkan aksi melilau dari satu sisi ke sisi yang sangat menarik. Ia biasanya akan membuat ikan gila.

Gewang jerkbait mampu mencetuskan sambaran yang ganas dari ikan kerana persembahan visualnya.

Apabila digayakan secara betul, ia menghasilkan siri gerakan yang eratik di dalam air.

Cuba perhatikan bagaimana pergerakan gewang jerkbait dalam video dibawah:

Oleh sebab itu, ia sesuai digunakan dalam keadaan air yang mempunyai jernih atau separa jernih.2

Terdapat pelbagai jenis teknik karauan untuk gewang ini.

Ia boleh dipersembahkan secara perlahan atau secara aggresif, bergantung kepada tahap keaktifan ikan.

Gewang jerkbait mempunyai pelbagai saiz, daya keapungan dan bentuk lidah; dimana ia memberikan kita banyak pilihan untuk mencapai ‘zon pembunuh’.

Dibawah ini kita akan membincangkan peralatan dan teknik untuk menggayakan jerkbait.

Tips Pemilihan Peralatan

rod untuk jerkbait

Baitcaster atau Spinning?

Terpulang kepada anda menggunakan kekili baitcaster atau spinning.

Ia bergantung kepada keselesaan anda.

Ia tidak akan mempengaruhi pergerakan jerkbait kerana gewang ini bergantung kepada penggayaan rod.

Pemilihan kekili mungkin hanya bergantung kepada faktor jarak balingan, ketepatan dan keselesaan masing-masing.

Sebagai contoh, reel baitcaster akan membolehkan anda melontar gewang besar dan berat dengan jauh secara lebih efektif.

Kekili spinning pula mungkin lebih sesuai untuk melontar gewang jerkbait yang kecil dan lebih ringan.

 

Rod yang Sesuai

Ini adalah pemilihan yang paling kritikal untuk menggayakan gewang jerkbait secara efisien.

Tanamkan dalam fikiran bahawa menggayakan jerkbait adalah sangat bergantung kepada bagaimana anda mengerjakan rod anda.

kuasa joran dan aksi rod

Secara peribadi, saya gemar menggunakan rod yang mempunyai aksi medium-fast 3, dan mempunyai backbone yang kuat, dimana ia mudah untuk menggayakan jerkbait.

Rod yang terlalu lembut lebih cenderung untuk menyerap tenaga yang sepatutnya dipindahkan kepada pergerakan gewang, dimana ia akan membuatkan kita terpaksa lebih keras untuk menghasilkan aksi yang eratik.

Untuk pemahaman lanjut mengenai kepentingan aksi joran terhadap persembahan gewang, anda boleh merujuk kepada artikel ini: Memahami Pengelasan Kuasa Joran & Aksi Rod

 

Tali Pancing

Secara umumnya anda boleh menggayakan gewang jerkbait ini dengan apa jua jenis tali pilihan anda, tetapi ada beberapa aspek yang perlu kita pertimbangkan.

Tali yang kurang regangan seperti fluorocarbon atau sulam (braid) lebih mudah untuk memindahkan tenaga dari pergerakan rod kepada gewang, berbanding tali tangsi (monofilamen) yang mempunyai lebih daya regangan.

Fluorocarbon juga mempunyai kelebihan “halimunan” dimana ia membantu kita memburu ikan di kawasan air yang jernih di mana ikan mudah culas.

Kekurangan fluorocarbon pula adalah kadar tenggelam yang tinggi.

Jadi jika kita ingin mengekalkan gewang jerkbait kita pada kedalaman cetek, penggunaan tali mono akan lebih membantu.

Untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai sifat setiap jenis tali pancing, anda boleh merujuk artikel ini: Memilih Jenis Tali Pancing Terbaik

Memilih Gewang Jerkbait Yang Sesuai

gewang jerkbait
Rapala shadow rap ~ gewang killer siakap | Credit gambar kepada Sifu Mohd Anis

Dalam memilih jenis gewang jerkbait yang sesuai, ada beberapa faktor yang perlu kita pertimbangkan:

Warna Gewang Terbaik

Apabila menentukan warna gewang jerkbait yang sesuai, kita perlu melihat kepada faktor kejernihan air dan jenis ikan mangsaan di kawasan tersebut.

Bila kita memancing di kawasan jernih, warna semulajadi adalah pilihan yang baik, seperti warna belanak atau seluang.

Ingat, permainan jerkbait adalah untuk meniru ikan mangsaan yang sakit.

Oleh itu, untuk mencapai hasil terbaik kita harus cuba untuk “matching the hatch“.

Megabass Vision 110

Jika kejernihan air semakin berkurang, mungkin penggunaan gewang yang mempunyai warna garang akan membuatkan ikan lebih senang untuk mengesan gewang anda.

Kunci permainan jerkbait adalah kebolehan gewang untuk dilihat. Jika ikan tidak dapat mengesannya, maka ikan tidak akan menyerangnya.

Tenggelam, Suspending atau Timbul?

Keapungan gewang jerkbait terbahagi kepada 3 kategori: tenggelam, timbul dan suspending (mengampai).

Perkara ini agak penting untuk dipertimbangkan apabila memilih gewang jerkbait yang tepat kerana kita mahu memilih gewang yang mampu beraksi pada strike zone.

Menggunakan jerkbait yang mempunyai keapungan tinggi adalah kurang sesuai bila memancing ikan yang kurang aggresif dan pemalu.

Pastikan kita membeli gewang yang kita tahu apakah penggunaannya sesuai dengan teknik yang ingin kita lakukan.

Untuk mencapai strike zone yang dalam, gewang jerkbait berlidah selaman panjang adalah lebih sesuai untuk sampai kepada batang hidung ikan dengan lebih cepat.

Bagaimana Menggayakan Jerkbait?

rapala ripstop

Semuanya berkaitan dengan aksi pergerakan.

Banyak daripada kita tidak memanfaatkan potensi pergerakan gewang ini dengan sepenuhnya untuk menjebak ikan.

Sebab paling utama adalah kerana mereka tidak menggunakan aksi rod yang tidak sesuai.

Pergerakan yang dilakukan oleh jerkbait sepatutnya dijanakan oleh rod dan bukannya reel.

Reel atau kekili hanya berfungsi sebagai mengutip slack line dari aksi jerking yang dilakukan.

Sila tonton video dibawah bagaimana Mr. Teru menggayakan gewang Jerkbait di Sungai Amazon:

Untuk mendapatkan pergerakan eratik yang efektif, mulakan dengan merendahkan hujung joran pada posisi jam 3 dan kemudian henjut rod anda dengan lengan dan pergelangan tangan kepada posisi jam 5.

Kita mahu pergerakan ini cukup untuk menggerakkan gewang 1-2 kaki di dalam air.

Sebelum anda melakukan henjutan (jerking) yang seterusnya kutip dahulu slack line.

Antara tips untuk memaksimumkan pergerakan gewang adalah melonggarkan tali seketika (hulur rod ke depan) sebelum menghenjut.

Ini kerana dengan memberikan sedikit kekenduran sebelum jerking akan meningkatkan julat pergerakan yang akan dibuat oleh gewang.

Kaedah Persembahan Twitch & Jerk

gewang jerkbait siakap merah
Duo Jerkbait 100sp | Kredit gambar kepada Tackle Source

Biasanya gewang jerkbait akan digayakan dalam dua kaedah iaitu twitch dan jerk.

⇒ Twitch dan Jerk; walaupun kedua kaedah ini kelihatan seakan sama, tetapi terdapat sedikit perbezaan diantaranya.

Mari saya huraikan perbezaan antara dua teknik ini:

Twitch

Secara visualnya, kaedah twitch adalah nampak lebih lemah lembut.

Gerakan joran dilakukan dengan menggunakan pergelangan tangan.

Twitch adalah kaedah dimana selepas anda membuat lontaran, dan membuat karauan dengan sudut joran dikekalkan dalam kedudukan mendatar, anda perlu menghenjut-henjut perlahan hujung joran.

Tujuannya adalah untuk memberi sedikit “jentikan” (twitch) kepada gewang.

Ia akan memberikan aksi tidak normal kepada gewang anda, seolah-olah ikan mangsaan yang sedang cedera yang menunggu masa untuk mati.

Jerk

Jerk pula adalah kaedah yang lebih kasar dan sedikit ganas.

Ia memberikan aksi gewang yang lebih agresif berbanding twitch.

Gerakan joran lebih menggunakan kekuatan lengan dan bahu.

Pergerakan yang agresif ini akan membuatkan ikan menyerang untuk mempertahankan wilayah mereka dari penceroboh (gewang) atau menyerupai ikan yang tersesat dan terkeluar dari kumpulan.

Contoh aksi ini boleh dilihat dalam video Mr. Teru diatas.

Gewang yang mempunyai sisi yang rata (flat side) selalunya akan memberikan aksi darting yang sangat menarik bila digayakan dengan teknik twitch atau jerking ini.

Setiap kali selepas melakukan jerk atau twitch, hentikan gewang supaya timbul atau tenggelam mimik ikan sedang nazak hendak mati.

Kepentingan Aksi Pegun (Pause)

Penggunaan jerkbait biasa dibahagikan kepada dua musim, iaitu musim sejuk dan musim panas.

Namun dalam konteks perairan negara kita, jerkbait adalah sesuai digunakan untuk sepanjang tahun.

Iklim negara kita adalah panas sepanjang tahun, oleh itu boleh dikatakan kebanyakkan spesis ikan sentiasa aktif.

Maka karauan sedikit aggresif diselangseli pegun seketika selama beberapa saat cukup berkesan.

megabass jerkbait 110
Henjutan di sertai dengan pegun selama beberapa saat berjaya memikat lady fish yang pemalu ini..

Apabila mengerjakan jerkbait dengan agresif, sangat penting untuk mengutip slack line dengan efektif untuk memaksimumkan pergerakan gewang di dalam air.

Apabila anda mendapati ikan kurang aktif, maka kita boleh memperlahankan aksi gewang dan memberikan tempoh pegun yang lama. Mungkin sekadar 1-2 henjutan sahaja sebelum pegun.

Contohnya: henjut pertama – henjut kedua dan pegunkan gewang. Selepas 5-6 saat baru mulakan pusingan seterusnya.

Tetapi anda harus berjaga-jaga kerana ikan biasanya menerkam gewang jerkbait semasa ia pegun. Oleh itu sentiasalah bersedia untuk mengelakkan kehilangan ikan.

gewang jerkbait killer untuk siakap
Gewang siakap cukup pantang melihat gewang jerkbait terkinja-kinja..
Ritma:

Nota diatas saya hanya bercakap secara umum sahaja jenis ritma henjutan dan tempoh pegun yang memberikan strike.

Tetapi yang sebenarnya ia sentiasa berubah dari masa ke semasa dan padang pancing yang berbeza.

Apabila memancing, cuba eksperimen dengan pelbagai ritma henjutan sehinggalah anda menjumpai apa yang ikan mahukan pada hari tersebut.

Gewang yang terbukti efektif..

gewang jerkbait Lucky Craft Pointer 78 Deep
Kerapu antara spesis yang mudah tergoda dengan jerkbait, terutama yang berselindung di kawasan berbatu

Gewang jerkbait sudah terbukti berkesan untuk menjerat pelbagai jenis pemangsa di negara kita.

Seperti menggunakan popper dan jig, permainan jerkbait memerlukan sedikit “seni”.

Kita perlu kreatif mengawal tempo dan ritma henjutan, supaya pergerakan gewang menjadi eratik sehingga menimbulkan nafsu ikan.

Untuk menguasai teknik ini pasti memerlukan sedikit latihan.

InsyaaAllah jika anda sudah menjumpai kunci permainan gewang ini, anda pasti ketagih dengan keberkesanannya.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Goffer
Goffer
5 tahun yang lalu

Tolong beri contoh senarai gewang jerkbait terbaik untuk kegunaan arena pancing tempatan