Sekarang Adalah Zaman Fotografi Smartphone

smartphoneSmartphone adalah kamera yang paling ideal untuk fotografi.

Mengapa?

  1. Sebab ia sentiasa ada dengan kita
  2. Kita boleh ambik gambar tanpa banyak fikir
  3. Memudahkan perkongsian gambar

Kunci untuk menjadi jurugambar yang baik adalah ini:

  1. Menangkap banyak gambar
  2. Mendapat maklumbalas
  3. Ulang

Dengan smartphone, ia akan selalu ada dengan kita (sama ada di dalam poket atau beg).

Jadi kita tiada alasan untuk tidak menangkap gambar.

Bagaimana saya tahu semua ini?

Dulu, semasa saya hanya bergantung kepada kamera DSLR semata-mata, saya selalu terlepas banyak moment menarik kerana selalunya saya akan tinggalkan kamera di rumah atau ia sedang terperuk dalam beg.

Tambahan pula, untuk memindahkan gambar dari kamera kepada komputer adalah satu proses yang leceh.

Kita juga memerlukan software editing tambahan seperti Photoshop dan Lightroom untuk menggilap gambar kita.

Itu belum lagi termasuk learning curve yang sukar untuk mahir menggunakan perisian-perisian ini.

Maka penggunaan smartphone adalah JAUH LEBIH MUDAH untuk mengambil gambar, edit dengan apps dan kemudian share dengan rakan, serta keluarga kita.

 

Bukankah Kualiti Gambar Smartphone Tidak Cukup Bagus?

fotografi smartphone
Antara contoh gambar yang saya ambil menggunakan Smartphone. Kualitinya hampir sebagus kamera sebenar bukan?

Ramai orang terlalu obses dengan “kualiti gambar” dari segi sharpness, resolusi, dan “bokeh” (kesan latar belakang yang kabur).

Memang semua diatas penting, tetapi lebih banyak yang saya belajar tentang fotografi, apa yang saya dapat simpulkan adalah:

— Foto yang hebat adalah lebih mementingkan komposisi, cahaya, dan emosi.

Pada masa kini, kebanyakkan smartphone sudah boleh menghasilkan gambar yang luar biasa.

Memanglah gambar kita masih tidak setanding seperti kamera DSLR yang mahal, tetapi kualitinya sudah boleh diterima.

Foto yang sharp tidak selalunya menandakan foto itu baik.

Tetapi gambar yang bagus selalunya akan memancarkan emosi, jiwa, dan kehidupan.

 

Kelebihan Smartphone Untuk Fotografi

Jika kita ingin menjadi kreatif setiap hari dengan fotografi, kita mesti “mengoptimumkan” saiz dan berat kamera kita.

Adalah lebih baik untuk mempunyai kamera kecil (kita boleh membawa ia ke mana-mana sahaja kita pergi) walaupun dengan kualiti imej yang sedikit kurang..

… berbanding kamera DSLR (dimana kita jarang bawa bersama kita) walaupun ia memberikan kualiti imej yang power.

Merakam detik itu adalah perkara yang paling penting sebenarnya.

 

Kenalpasti Apa Tujuan Utama Kita Ingin Merakam Gambar?

Setiap orang mempunyai kreativiti untuk menghasilkan gambar.

Kita semua mungkin mempunyai sebab-sebab yang berbeza untuk merakam foto.

Sama ada untuk mendokumensi saat-saat peribadi yang bermakna, atau untuk mengabadikan sesuatu keindahan (dan boleh berkongsi dengan orang lain), atau sebagai salah satu cabang “seni.”

Sebelum kita memutuskan bagaimana kita boleh menghasilkan gambar yang baik, kita perlu tahu mengapa kita ingin merakam foto:

  • Adakah kita melakukannya untuk hal peribadi, sebagai diari untuk diri kita sendiri?
  • Adakah kita ingin menambah pengikut di media sosial?
  • Adakah kita ingin berkongsi gaya hidup kita?
  • Atau kita ingin berkongsi detik-detik indah kehidupan seharian kita dengan orang lain, untuk memberi memotivasi, atau memberi inspirasi?

Di sini tiada jawapan betul atau salah.

Tetapi sila fikirkan secara mendalam mengenai persoalan ini sebelum kita meneruskannya.

 

Bagaimana Jika Smartphone Saya Dah Terlalu Ketinggalan Zaman?

Evolusi teknologi smartphone adalah terlalu pantas.

Hakikatnya, setiap 6 bulan telefon pintar kita akan ketinggalan zaman.

Memang sentiasa akan wujud telefon pintar yang lebih baru, lebih baik, dan lebih berkuasa di luar sana.

Cadangan mudah saya ialah: sentiasalah cuba mendapatkan smartphone terbaik dalam julat bajet anda.

Sesetengah orang mungkin mampu RM1k, manakala orang lain pula mungkin mampu sehingga RM3k.

Atau hanya gunakan je smartphone yang kita dah ada.

Secara jujur, jangan biarkan kualiti gambar telefon pintar anda menghalang anda.

Anggap sahaja ia adalah “kekangan kreatif” – bermakna, kita perlu memberi lebih tumpuan terhadap teknik menangkap cahaya yang baik, emosi dan momen yang tepat.

Jika anda boleh menangkap foto hebat dengan telefon pintar yang buruk, confirm anda akan menguasai fotografi dengan cepat.

 

Apa Perkara yang Penting Semasa Menangkap Gambar Menggunakan Smartphone?

Sebenarnya tips ini terpakai kepada semua jenis fotografi, tetapi ini adalah beberapa perkara yang membuat gambar hebat pada smartphone:

  1. Komposisi: Bentuk-bentuk yang kita sertakan dalam foto, termasuk pepenjuru (diagonals), horizontal, menegak (verticals), segitiga (triangles), bulatan, dan lengkungan (curves). Kita  mahu menghasilkan gambar yang mempunyai pergerakan, dinamik, namun tidak terlalu serabut.
  2. Framing: Apa yang anda mahu sertakan atau kecualikan dari bingkai? Apabila anda menghasilkan gambar, fokus pada tepi frame (dan cuba bersihkan). Sebuah gambar yang hebat adalah bila kita dapat menghapuskan unsur-unsur yang berlebihan dari bingkai – bukannya menambah lagi.
  3. Emosi: Bagaimana gambar tersebut membuat anda rasa? Adakah ia saat sedih, saat yang mengembirakan, atau momen yang mengujakan? Gambar tanpa emosi adalah mati.
  4. Bahasa badan: Pertimbangkan cara subjek anda memegang badan mereka. Adakah mereka membelakangi kita, menjauhi kita, atau membongkok? Bahasa badan akan menyampaikan perasaan mereka. Ini juga berkaitan dengan emosi.
  5. Cahaya: Ini adalah kesilapan terbesar yang dibuat oleh semua orang. Tidak kira berapa mahal kamera anda, jika cahaya anda tidak bagus, foto anda pasti tidak akan kelihatan bagus. Waktu terbaik untuk mengambil gambar adalah semasa “golden hour” (matahari terbit / matahari terbenam). Satu lagi tips yang baik untuk mengambil gambar adalah  cahaya yang melalui tingkap atau pintu.

 

Aplikasi Editing Gambar Yang Dicadangkan

smartphone apps

Terdapat banyak aplikasi di luar sana untuk memproses foto anda.

Salah satu yang saya cadangkan adalah VSCO

VSCO adalah aplikasi pemprosesan foto minimalis yang mempunyai banyak preset untuk  mensimulasi warna filem agar gambar kelihatan menarik dan estetik.

Kebanyakan jurugambar yang saya tahu menggunakan gabungan VSCO dan Snapseed.

Bagi saya secara peribadi, saya selesa menggunakan VSCO sahaja. Malah saya melanggan apps premium mereka iaitu VSCO X.

Tetapi terdapat banyak aplikasi lain di luar sana, dan anda bebas untuk bereksperimen.

“Editing” adalah seni memilih gambar terbaik kita.

Sama seperti tugas “editor foto” untuk majalah — tugas kita adalah untuk memilih gambar terbaik untuk penceritaan.

Ia adalah seni mengubah suai estetika imej. Ini bermakna kita mengubah kontras, crop, tone, kecerahan, sharpness, dll.

Oleh itu, sebahagian besar dari dunia fotografi adalah seni memilih hasil kerja terbaik anda (mengedit).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Adnan
Adnan
3 tahun yang lalu

Bagaimana hendak hubungi Tuan utk jadi penceramah kami untuk Ken atau bengkel fotografi Telefon bimbit?

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading