Bagaimana Kita Boleh Tertipu Dengan Endowment Effect?

fenomena endowment effect dalam kehidupan seharian

Pernahkah anda ditawarkan harga yang tinggi untuk sesuatu benda, tetapi anda enggan menjualnya?

Saya pernah ditawarkan untuk menjual salah satu blog kelolaan saya pada harga RM5K. Tetapi saya enggan menjualnya kerana percaya nilainya adalah lebih tinggi.

Namun selepas itu saya berasa menyesal pula dengan keputusan itu. Tiada lagi tawaran lain yang datang selepas itu sehinggalah sekarang.

Saya terpedaya dengan fenomena endowment effect.

Fenomena endowment effect menjadikan sesuatu harga barang tidak munasabah

Kesan endowment ini menyebabkan kita menganggap sesuatu benda itu lebih bernilai sesudah dapat memilikinya.

Dalam erti kata lain, kita menjual sesuatu benda pada harga yang lebih tinggi daripada nilai yang sepatutnya.

Fenomena endowment effect sangat ketara berlaku dalam sektor hartanah.

Sering kali tuan tanah terlalu taksub dengan rumah mereka, justeru meletakkan harga yang terlampau tinggi. Mereka enggan mengikut harga pasaran dan menyangka pembeli sanggup membayar lebih.

Tindakan ini adalah sesuatu yang tidak wajar memandangkan lebihan harga itu adalah berdasarkan nilai sentimental.

Richard Thaler melakukan eksperimen yang menarik di dalam kelasnya di Universiti Cornell bagi mengukur tahap fenomena endowment effect.

Beliau memberikan sebuah kole kepada separuh daripada pelajarnya, lalu memberikan mereka pilihan sama ada menyimpan kole itu atau menjualnya pada harga yang dirasakan munasabah.

Separuh lagi pelajar yang tidak mendapat kole ditanya sejauh manakah mereka sanggup membayar harga untuk sebiji kole. Thaler cuba membuka pasaran untuk kole.

Mungkin ada pihak menyangka sekurang-kurangnya 50 peratus daripada pelajar itu sanggup membuat pertukaran, sama ada menjual ataupun membeli kole.

Tetapi keputusan yang diperoleh jauh lebih rendah daripada itu, kerana rata-rata pemilik kole enggan menjual pada harga kurang daripada USD 5.00 walaupun harga yang sebenarnya adalah tidak sampai USD 2.00.

 

Kita semua mudah terpedaya dengan perasaan ‘hampir memiliki’

Boleh dikatakan, kita lebih pandai mengumpul ‘harta benda’ berbanding dengan membuangnya.

Tabiat ini bukan sahaja menjelaskan mengapa rumah kita dipenuhi barang-barang yang tidak berguna, tetapi juga mengapa penggemar setem, jam, dan karya seni jarang sekali melepaskan koleksi mereka.

Apa yang menarik, fenomena endowment effect bukan sahaja memberi kesan terhadap rasa pemilikan, malah juga memberi kesan perasaan ‘hampir memilikinya’

Perkara sebegini dialami sendiri oleh saya di laman bidaan alat pancing.

Seseorang (termasuk saya) yang membida sehingga bidaan terakhir mempunyai perasaan bahawa barangan yang dilelong itu adalah milik mereka.

Oleh itu, si pembida sanggup menaikkan harga demi mendapatkan barang itu.

fenomena endowment effect dan winner's curse
Fenomena winner’s curse selalu terjadi didalam lelongan.

Bakal pemilik secara tiba-tiba sanggup membayar lebih mahal daripada apa yang dirancang dan sekiranya dia menarik diri, tindakan itu dilihat sebagai kekalahan pada dirinya.

Dalam lelongan seperti ini, kita sering kali dapat melihat fenomena winner’s curse, iaitu pembida terperangkap didalam desakan ingin memenangi bidaan.

Apakah itu fenomena winner’s curse?

Ia menggambarkan satu fenomena yang sering berlaku dalam lelongan. Dalam sesuatu lelongan tertentu, pemenang akan cenderung untuk berbelanja melebihi had.

Defini yang lebih tepat mengenai fenomena ini menurut Paul Milgrom, Stanford University:

The winner’s curse in auction theory traditionally refers to the selection bias that arises because a bidder tends to win more often when his value estimate is too high than when it is too low.

Winner’s curse berlaku kerana pemenang bidaan cenderung untuk membida melangkaui nilai yang sebenar.

Perkara ini berlaku bukan sahaja kerana dia ingin memiliki barang itu semata-mata, tetapi juga didorong oleh ego yang tinggi untuk menang.

Ia berkaitan dengan kecerdasan emosi.

Mereka yang menang akan merasa satu kepuasan apabila dapat memenangi suatu bidaan, walaupun pada zahirnya dia terpaksa mengalami kerugian.

Bila kita sudah terjatuh dalam perangkap winner’s curse ini, pada waktu ini kesedaran kognitif kita kurang berfungsi kerana diri kita dikuasai oleh emosi.

Jadi berhati-hatilah.

Bacaan untuk pemahaman lanjut mengenai winner’s curse boleh dibaca disini dan sini

Kesimpulan

Kesan fenomena endowment effect dan winner’s curse adalah sangat kuat dan selalu mempengaruhi kebanyakan orang yang berinteraksi dengan kita dan berurus niaga setiap hari.

Apa yang boleh kita ambil dari fenomena ini dalam membuat keputusan:

  1. Kebanyakan syarikat menggunakan taktik membuatkan orang ramai berasa memiliki sesuatu produk, walaupun mereka tidak lagi memilikinya. Ia adalah cara yang ampuh untuk mengaitkan nilai dan hubungan emosi dengan apa yang ditawarkan. Contohnya syarikat kereta yang menawarkan test-drive, atau arkitek yang membuat lakaran awal bagaimana suasana bakal rumah anda nanti.
  2. Fenomena winner’s curse adalah perkara biasa berlaku dalam bidaan. Masalah terjadi apabila si pemenang meletakkan nilai tertinggi dan terlebih membida. Ia berkaitan dengan ke-ego-an ingin bersaing dan emosi.
  3. Salah satu cara untuk mengelakkan fenomena winner’s curse ini adalah dengan membida dengan amaun yang kecil dan jangan termakan dengan permainan emosi ingin menang.

Kajian lanjut yang lain mengenai kesan endowment ini boleh dibaca disini

***

Pernahkan anda mengalami kedua-dua atau salah satu fenomena ini? Jika pernah, kongsikan pengalaman anda pada ruangan komen dibawah.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading