Tidur Terjejas Kerana Emosi Terganggu? Mari Selesaikannya

emosi terjejas mengganggu tidur
Photo by Redd Angelo on Unsplash
Tidur juga boleh terganggu akibat faktor emosi seperti marah terhadap isteri, ahli keluarga, cemburu dengan rakan sekerja dan bimbang terhadap jiran dan banyak lagi.

Penyelesaian emosi untuk tidur ini adalah untuk tidur dengan hati yang bersih.

Ini sudah tentunya lebih mudah untuk berkata-kata berbanding jika ia dilaksanakan.

Bahkan, ia begitu sukar sehingga orang yang berjaya melakukannya dijanjikan syurga!

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Sesiapa yang tidak bergaduh apabila dia salah akan dibinakan rumah untuknya di dalam syurga. Sesiapa yang mengelaknya sedangkan dia berada pada kebenaran akan dibinakan rumah untuknya di tengah-tengah syurga. Dan sesiapa yang membaiki peribadinya, rumah akan dibina untuknya di syurga yang paling tinggi 

— Tirmizi

Bagaimana meninggalkan pergaduhan boleh menambah baik kualiti tidur kita?

Ia akan membuang emosi daripada diri kita yang mana emosi inilah yang akan menyebabkan kita berjaga sepanjang malam kerana memikirkan jalan untuk mengatasinya dengan cara yang lebih baik.

Ada suatu kisah yang menggambarkan kehebatan hati yang bersih:

Nabi Muhammad SAW sedang duduk bersama sekumpulan sehabat di dalam masjid dan baginda bersabda:

“Seorang lelaki akan masuk ke masjid ini daripada ahli syurga, dan seorang sahabat pun berjalan masuk.

Kemudian ia berlaku lagi dan seterusnya kali ketiga.

Abdullah ibn Amar ibn al-As RA ingin mengetahui apa yang begitu istimewa tentang lelaki ini jadi dia meminta kepada lelaki tersebut sekiranya boleh dia tinggal di rumahnya selama tiga hari.

Lelaki itu membenarkannya tinggal (di rumahnya).

Abdullah perasan bahawa lelaki tersebut tidak melakukan apa yang luar kebiasaan pun.

Dia tidak berpuasa sepanjang masa, dia tidur setengah malam, dan solat setengah malam dan sebagainya.

Jadi selepas tiga hari, Abdullah memberitahunya sebab sebenar dia tinggal bersamanya, dan bagaimana dia boleh menjadi ahli syurga.

Lelaki itu tidak dapat memikirkan apa-apa, tetapi selepas seketika beliau berkata:

Setiap malam sebelum aku masuk tidur, aku memaafkan sesiapa yang telah membuat salah kepadaku. Aku membuang perasaan buruk terhadap sesiapa jua daripada hatiku..

— Musnad Imam Ahmad

Bayangkan kita dapat memaafkan semua orang yang mengumpat kita, menipu kita, menengking kita, membantah kita dalam mensyuarat, atau memotong barisan di jalan raya, atau yang menyakiti kita, dengan sebenar-benarnya.

Betapa tenangnya hidup kita (dan tidur kita)

1. Memaafkan Mereka yang Berbuat Salah Kepada Kita

Saya tahu ia mungkin sukar.

Dalam sesetengah situasi, ia mungkin mustahil untuk memaafkan.

Namun, mari saya ingatkan kisah Abu Bakar RA, seorang sahabat Rasulullah SAW yang paling rapat dengan baginda, yang anaknya Aishah RA difitnah berzina oleh orang yang sama yang pernah beliau beri makan dan pakaian.

Selepas kejadian itu Abu Bakar bersumpah tidak akan memberikan bantuan kepada lelaki ini tetapi Allah mewahyukan ayat ini:

Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan”

— Surah An-Nuur ayat 22

Mendengarkan ayat ini, Abu Bakar terus memaafkan lelaki ini dan memberikan bantuan terhadapnya.

Terdapat cerita yang sama dalam sejarah Islam, termasuklah pada masa kini di mana ada yang memaafkan orang yang menyalahi mereka, bahkan orang yang membunuh ahli keluarga mereka.

Ia memerlukan hati yang besar, tapi cubalah untuk membina hati kita melalui masa (bukan sahaja untuk membantu kita tidur tetapi juga untuk akhirat kita)


2. Menyelesaikan Sebarang Konflik dan Isu Emosi

Apabila kita melalui sesuatu situasi sukar (perbalahan dengan pasangan atau anak, bos), cuba selesaikan isu itu dalam masa 24 jam dan jangan biarkan ia berlarutan selama berhari-hari.

Ia hanya akan membuatkan situasi menjadi lebih buruk untuk kita (dan memberikan kesan kepada tidur kita).

Sama ada kita yang melakukan kesalahan atau yang menjadi mangsa, jadilah orang pertama yang menyelesaikan isu itu.

Seperti kata Nabi Muhammad SAW: “Orang yang terbaik antara dua orang manusia adalah orang yang memulakan salam”


3. Jangan Tidur Ketika Marah

Jika kita sedang beremosi, mungkin kita mahu merehatkan sahaja minda dengan tidur.

Tetapi sepatutnya kita menyelesaikannya sebelum tidur, baik dengan bercakap mengenainya atau paling tidak, menulisnya.

Satu kajian daripada pakar otak UMass Amherst membuat kesimpulan bahawa jika kita mempunyai respons emosi yang negatif terhadap perkara yang sedang dihadapi, respons itu akan berkurangan dengan banyaknya jika kita tetap berjaga berbanding jika kita terus tidur.

Ini bermakna, jika kita terus tidur selepas mempunyai respons emosi negatif, kita lebih berkemungkinan mempunyai reaksi negatif yang sama kepada masalah itu pada masa akan datang.

 

Penutup

Premis asas kepada penyelesaian emosi adalah untuk tidur dengan mengekalkan hati yang bersih.

Sesukar mana pun, ia sangat penting untuk kesihatan kita, termasuklah tidur kita.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Samsufdin ahmad
Samsufdin ahmad
4 tahun yang lalu

Saya sering tidur siang hari 2 hingga 3 jam.adakan lkesan tidur saya waktu mlm hari.