Pakej Percutian Muslim Ke Eastern & Central Europe 2022

central europe
Bandar Chesky Krumlov

Sedang mencari pakej percutian ke Eropah?

Disini saya ingin kongsikan satu pakej percutian muslim ke Eastern & Central Europe yang terbaik di Malaysia.

Pakej ini dibawakan oleh Kembara Sufi Travel & Tours SDN BHD

Apa yang terbaik mengenai pakej ini?

  • Pakej percutian ini menawarkan harga paling jimat dengan servis yang terjamin (boleh baca testimoni peserta terdahulu di facebook)
  • Syarikat ini memang sudah terkenal dengan kesungguhan menjaga kebajikan ahli rombongannya dalam segi kemudahan IBADAH dan makanan yang HALAL.

Secara ringkas: jika anda benar-benar mahukan pakej percutian ke Eropah yang berbaloi, anda akan menyukai ini.

Mari saya terangkan apa yang kami tawarkan.

 

Mengenai Syarikat Kembara Sufi Travel & Tours

kembara sufi travel & tours

Pernah dengar mengenai Kembara Sufi?

Untuk pengetahuan anda, Kembara Sufi Travel & Tours adalah syarikat yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam industri pelancongan Islam.

Syarikat ini sudah wujud lebih dari 10 tahun.

Objektif utama syarikat ini adalah menyediakan pakej percutian paling mesra muslim dan paling murah di Malaysia dengan jaminan kualiti terbaik.

Saya sendiri sudah beberapa kali mengikuti pakej percutian muslim bersama Kembara Sufi.

Oleh itu saya akan kongsikan details mengenai pakej ini semoga membantu anda membuat pilihan terbaik.

 

Mengenai Eastern & Central Europe

Apa yang terbayang di dalam fikiran anda mengenai Eastern & Central Europe?

Untuk pengetahuan anda, central & eastern europe merangkumi beberapa negara ini:

  • Germany
  • Hungary
  • Austria
  • Republic
  • Czech
  • Poland

Ramai yang tidak tahu bahawa negara-negara ini adalah “permata yang tersembunyi” yang jarang diterokai pelancong.

— Ia menawarkan pemandangan yang sangat indah!

Kawasan ini terkenal dengan binaan-binaan unik bangunan bersejarah empayar (Austria – Hungary) yang masih boleh dilihat disulami landskap semulajadi yang sangat meruntun jiwa.

 

Berapa Harga Yang Ditawarkan Untuk Pakej Percutian Ini?

Harga yang ditawarkan adalah cukup kompetitif dan termurah di Malaysia.

Harga semasa yang ditawarkan untuk pakej ini adalah bermula dari RM6999.

Perjalanan pakej ini akan mengambil masa sebanyak 12 hari 9 malam (12D9N).

 

Pakej Percutian Muslim ke Ini Merangkumi:

Pakej ini termasuk perkara-perkara ini:

  • Tiket penerbangan
  • Baggage roundtrip (30kg)
  • Makanan dalam penerbangan
  • Makanan sepanjang trip
  • Guider berbahasa english
  • Pengangkutan sepanjang trip
  • Penginapan (hotel 3 & 4 bintang)
Pakej ini TIDAK termasuk:
  • Travel insurans (optional)
  • Tipping: 5 euro perday for driver
  • Entrances fees for the mentioned place

 

Apakah Waktu Yang Sesuai Untuk Melawat Eastern & Central Europe? 

eastern & central europe

Kawasan eropah timur & eropah tengah merangkumi kawasan geografi yang besar dengan kepelbagaian iklim dari Mediterranean ke alpine sehinggalah seperti Artik.

Secara umumnya, musim pelancongan bermula dari bulan Mei sehingga September terutama di kawasan persisiran kerana cuaca panas dan kering sepanjang hari.

Pada September hingga pertengahan Oktober, cuaca adalah lebih sederhana dan nyaman.

Musim sejuk di eropah timur bermula pada Disember sehingga pertengahan Mac

Ini adalah masa yang baik untuk melawat eropah jika anda berhajat untuk merasai suasana winter dan salji.

Pelancong dari Malaysia selalunya mengambil peluang melawat eropah timur pada musim ini.

 

Tarikh Lawatan Yang Disediakan 

Winter
  • 21 Januari – 2 Febuari 2019
  • 4 Febuari – 16 Febuari 2019
  • 21 March – 1 April 2019

Spring
  • 1 April – 12 April 2019
  • 4 April – 15 April 2019
  • 8 April – 19 April 2019
  • 15 April – 26 April 2019
  • 18 April – 29 April 2019
  • 22 April – 2 May 2019

Summer
  • 18 Julai – 29 Julai 2019
  • 1 Ogos – 12 Ogos 2019
  • 8 Ogos – 19 Ogos 2019
  • 5 September – 16 September 2019
  • 19 September – 1 Oktober 2019

Autumn
  • 3 Oktober – 14 Oktober 2019
  • 17 Oktober – 28 Oktober 2019
  • 31 Oktober – 11 November 2019
  • 25 November – 6 Disember 2019

Winter
  • 28 November – 9 Disember 2019
  • 12 Disember – 23 Disember 2019

 

Apa Tempat Yang Akan Dilawati Dalam Pakej Percutian Muslim Ke Eastern & Central Europe

Sepanjang 12 hari 9 malam peserta pakej percutian ini akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik dan popular yang menjadi pujaan ramai pelancong.

Di bawah saya kongsikan sebahagian daripada destinasi yang akan dikunjungi:

1. Hallstatt

Hallstatt adalah sebuah pekan kecil yang sangat indah terletak di daerah Gmunden, Austria.

Ia mempunyai tasik yang sangat indah yang diwartakan oleh  UNESCO World Herittage.

Hallstatt dikenal sebagai “kota garam” tertua di dunia.

Dalam bahasa Celtic, Hall bererti garam. Hallstatt bermakna “lokasi garam“. Penemuan aktiviti pencarian garam berlaku sejak tahun 5.000 Sebelum Masehi.

Bukti sejarah Hallstatt bermula hasil penemuan mayat seorang lelaki yang membeku di dalam batu garam.

Mayat ini dipercayai sebagai bukti pekerja yang menjadi korban kecelakaan saat bekerja sekitar tahun 1.000 SM.

Penemuan ini kemudian melahirkan kisah “Man in Salt“ yang kini menjadi tarikkan oelancong dalam tur saltmine Hallstatt.

Selain dijumpai “Man in Salt”, sejarah aktiviti perlombongan garam, juga ditemukan dengan penemuan potongan-potongan tanduk rusa pada 1838 yang digunakan untuk mengorek garam.

Potongan tersebut bukti keberadaan masyarakat zaman Neolitik.

Pada 1846, satu perkuburan besar ditemui di sekitar tasik ini olwh akeologi, Johann Georg Ramsauer.

Penemuan kuburan yang mencakupi lebih dari 4000 rangka tulang manusia menjadi salah satu pemulaan tarikan bagi mereka pengkaji sejarah purba.

Selain kota perlombongan garam yang tertua di dunia, Hallstatt juga diiktirah sebagai kota tertua di Eropah.

Lebih tua dari Kota Rome!

Rudolfstrum atau Benteng Rudolf yang berdiri sekitar 855 meter di atas lembah Hallstatt telah berusia 730 tahun.

Rudolfstrum didirikan oleh Duke Albertcht I dari Austria pada 1284 sebagai benteng pertahanan bagi para pelaut dan perniaga.

Nama Rudolfstrum diambil dari Afder Rudolf I, pemimpin pertama Kerajaan Hapsburg yang juga ayah Duke Albertcht I.

Memasuki tahun 1313, Rudolfstrum digunakan sebagai rumah kediaman manager pelombongan.

Ini berlaku selama 640 tahun. Memasuki era 1960-an, Rudolfstrum mulai menjadi tarikan pelancong yang terkesan keindahan desa Hallstatt, Hallstätter See, dan pengunungan Dachstein dari atas Rudolfstrum.

Dari pusat desa menuju Rudolfstrum ditempuh dengan pendakian selama satu jam atau kereta kabel dengan tiket untuk dewasa sebesar 12 euro.

Bagi penyuka barang koleksi masa lampau, Museum Hallstatt menarik untuk dikunjungi.

Muzium ini memamerkan peralatan pelombong berusia 7000 tahun silam dan peninggalan kuburan zaman Besi.

Muzium ini baru kembali dibuka pada 2002 setelah sejak 1969 beberapa koleksi Hallstatt dibawa ke Vienna untuk dipamerkan di Muzium Naturhistorisches.


2. Mozart Square

mozart square

Mozart square terletak ditengah-tengah ibu kota Salzburg yang sangat bersejarah.

Tumpuan utama disini adalah patung Mozart yang dibuat daripada tembaga yang didirikan pada tahun 1842.


3. Marienplatz

marienplatz

Marienplatz adalah pusat bandar lama Munich yang asalnya didiami oleh sekumpulan Benedictine Monks dalam tahun 700.

Ia mula menjadi pusat perdagangan selepas kumpulan Monks ini mendapat kebenaran dari King Henry The Lion untuk mendirikan pasar jualan di sini.

Nama asal pasar yang dibina oleh Benedictine Monks ini adalah Schrannenplatz (Grain Square).

Nama ini kemudiannya telah ditukar menjadi Marienplatz (St. Mary’s Square) sebagai cara untuk memohon perlindungan Virgin Mary dari wabak kolera yang melanda ketika itu.

Bangunan yang sangat menarik di Marienplatz adalah New Town Hall (Neues Rathaus) yang dibina bagi menggantikan Old Town Hall (Altes Rathaus) yang berhampiran.


4. ISTANA SWANSTONE

Jika anda ke Germany, anda perlu ke sebuah Istana kota Neuschwanstein (bahasa Jerman: Schloss Neuschwanstein, bahasa Inggeris: New Swanstone Castle ialah sebuah istana yang dibina pada abad ke-19 berunsurkan seni bina Pemulihan Roman.

Ia terletak di atas sebuah bukit berketinggian 800m di Hohenschwangau berdekatan Füssen di barat daya Bavaria, Germany di banjaran Alps dan berhampiran dengan austria.

Istana ini dibina oleh Ludwig II dari Bavaria sebagai sebuah tempat rehat peribadi.

Ludwig dipercayai membiayai pembinaan istana ini melalui kos pribadi pinjaman dan bukannya mengambil dana daripada tabung rakyat di Bavaria.

Neuschwanstein bermaksud New Swan Stone.

Kalu tengok istana ni dari jauh memang nampak macam swan pon. King Ludwig II adalah peminat opera dan istana ini direka berdasarkan opera-opera yang dia selalu tonton. Dia digelar ‘Fairytale King’ sebab dia memang suka citer2 dongeng gitu. He brought dongeng to life.

Sepanjang hayatnya dia hanya sempat tidur 11 kali dalam istana ni.

Diceritakan juga yang dia telah banyak menghabiskan masa dan hartanya sendiri untuk menyiapkan istana ini.

Walaupun dia tidak menggunakan harga negeri, namun hutangnya yang melebihi pendapatan menyebabkan banyak pihak yang tidak menyukai caranya.

Maka tidak hairanlah bila King Ludwig II ditemui mati di sebuah tasik secara misteri.

Selepas kematiannya pembinaan istana itu terus dihentikan oleh keluarga diraja Bavaria.

Raja Ludwig II sangat bangga dengan pembinaan Istana dan menjadi pemilik asal swanstone pernah memberitahu Richard Wagner melalui sebuah surat.

Richard Wagner sendiri adalah seorang pembesar German yang terkenal di masanya (1813-1883) dalam surat tersebut, Raja Ludwig II mengatakan bahwa lokasi Istana begitu indah, suci dan tertutup, sebuah tempat ibadat yang dapat merapatkan manusua dengan tuhan dan akan memberikan keselamatan untuk dunia.

Bangunan ini bermula dibina pada 5 september 1869 dan telah siap sepenuhnya pada 1892 (Namun ada banyak perkara yang perlu diperbangunkan).

Arkitek yang dipertanggungjawab untuk menguruskan pembinaan istana ini adalah Eduad Rediel.

Meskipun tujuan asal pembinaan istana ini adalah sebagai tempat rehat peribadi Raja Ludwig ll, ia kemudian dibuka kepada awam selepas kematian beliau pada tahun 1886.

Dianggarkan sehingga kini lebih daripada 61 juta orang telah melawat Istana kota Neuschwanstein.

Dianggarkan setiap tahun lebih daripada 1.3 juta orang melawatnya dan mendaki bukit ini untuk melihat istanan swanstone, dan kira kira 6,000 orang sehari melawat kesini pada musim panas.

Pemandangan dan tumpuan orang ramai untuk pergambar selain didalam Istana Swanstone.

Disini terdapat satu jabatan Marie yang memberikan penorama castle dan perkampungan yang sangat cantik. Jabatan ini bersempena nama pemaisuri ludwig ll.

Istana ini sering digunakan dalam beberapa filem dan menjadi inspirasi kepada Istana kota Sleeping Beauty di Disneyland.

 

Jika anda berhajat melihat lebih banyak lagi gambar berkaitan pakej percutian muslim ke Eastern & Central Europe dan destinasi lain, anda boleh melawat Facebook Page Kembara Sufi Travel.

 

Itenerari Aturcara Perjalanan

Dibawah ini saya sertakan itenery perjalanan sepanjang mengikuti pakej percutian ini:

Aturcara Perjalanan Pakej Percutian Muslim Eastern & Central Europe 12 Hari 9 Malam
Hari Pertama

Berlepas dari KLIA


Hari 2

Meneroka Bandar Munich

  • Tiba di Munich
  • Menuju ke ibu kota Munich
  • Melawat mercu tanda bandar Munich Allianz Arena, BMW Welt dan Marienplatz
  • Check-in hotel
  • Dinner
  • Bermalam di Munich

Hari 3

Munich – Salzburg

  • Sarapan
  • Melawat Neuschwanstein & Hohenschwangau Castle
  • Bavarian Castle
  • Picnic di kawasan Tasik Schwangau
  • Bertolak ke Salzburg, Austria.
  • Check-in hotel
  • Dinner
  • Bermalam di Salzburg

Hari 4

Salzburg – Hallstatt – Vienna

  • Sarapan
  • City tour bandar Salzburg
  • Free time di Mozart Square
  • Menuju Hallstatt
  • Tiba di Vienna
  • Check in hotel
  • Makan malam dan bermalam di Vienna

Hari 5

Vienna – Budapest

  • City tour Vienna
  • Free time di Mariahilfer untuk shopping
  • Menuju ke Budapest
  • Tiba di Budapest
  • Check in hotel dan makan malam
  • Bermalam di Budapest

Hari 6

Budapest – Zakopane

  • City tour bandar Budapest
  • Boat trip menyusur sungai Danube
  • Menuju Zakopane  –  ski resort yang terletak di Gunung Tatras, Poland
  • Check-in resort
  • Makan malam

Hari 7

Zakopane – Krakow – Brno

  • Melawat ibu kota Zakopane
  • Menuju Krakow
  • City tour Krakow
  • Menuju ke Brno, Republik Czech
  • Check-in hotel
  • Makan malam

Hari 8

Brno – Cesky Krumlov – Prague

  • Menuju ke bandar Cesky Krumlov
  • City tour
  • Menuju ke Prague
  • Check-in hotel
  • Makan malam

Hari 9

Prague

  • City tour bandar Prague
  • River cruise sungai Voltava
  • Melawat masjid di Prague
  • Makan tengah hari
  • Free time & shopping
  • Kembali ke hotel
  • Makan malam

Hari 10

Prague – Munich

  • Sarapan
  • Menuju Munich
  • Singgah di Ingolstadt
  • Free time
  • Check-in hotel
  • Makan malam

Hari 11

Berlepas dari Munich

  • Sarapan pagi
  • Free time
  • Menuju ke airport Munich
  • Berlepas ke Malaysia

Hari 12

Tiba di Malaysia

(Pengembaraan tamat)

Nota

Aturcara perjalanan mungkin berubah-ubah mengikut kesesuaian masa, cuaca dan musim.

 

Berminat Untuk Menyertai Pakej Percutian Muslim Ini?

Jangan lepaskan peluang menjejakkan kaki ke Eastern & Central Europe dengan pakej percutian muslim paling jimat ini.

Apa yang lebih penting adalah:

Kebajikan anda untuk  menunaikan solat dan makanan yang halal sentiasa terjaga  sepanjang tempoh permusafiran ini.

Jika anda berminat, hubungi pihak Kembara Sufi Travel & Tour menerusi talian:

  • Office Shah Alam (HQ) : 03 – 55234498 / WS: 013 – 2000463
  • Office Kuantan : 09 – 5341598 / WS: 016 – 5071598
  • Office Teluk Intan: 05 – 6204904
  • Office Senawang: 016 – 6750101 / WS: 016 – 6246830

Anda juga boleh gunakan contact form dibawah untuk berhubung secara terus melalui emel:

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

3 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Zurainny Ismail
3 tahun yang lalu

Lebih mudah & selesa melaway Europe guna tour agency – makanan, tpt tinggal, program, dll, lebih teratur & terjaga.

John
John
3 tahun yang lalu

Pakej yang menarik

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading